A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə1/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19

a I huruf pertama abjad Rumi.

a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia, ~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan!

AA kep Asia-Afrika.

AB kep anggaran belanja.

aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll: “Satu ...,” ~ Wit dr kerusinya.

aba II; ~-daba hama, kuman.

abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya;

berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya.

abadi Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~;

mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban;

terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat;

keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan;

pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.

abadiah, abadiat Ar abadi.

abah I arah, tuju: tak tentu ~nya;

mengabah menuju;

mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg tertentu.

abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd bapanya).

abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;

~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.

abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr;

mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan;

terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan;

keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok;

keabaian perihal abai;

pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll);

pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).

abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.

abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.

abalone (abaloné) sj siput drpd genus Haliotis yg boleh dimakan.

abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami;

~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain);

berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang;

berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertimbang rasa.

abang II Jw merah.

abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat;

berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh;

mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat.

abau sj kura-kura, labi-labi; main ~ main tampuk labu.

ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu campur.

Abd. kep Abdul.

abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.

abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; ~ negara Id pegawai kerajaan;

mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau utk kepentingan seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara;

mengabdikan 1. menjadikan abdi, menghambakan, memperhamba: ~ tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya: tenaganya diabdikannya kpd negara;

pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan: tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku.

abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja itu sendiri.

abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yg berisi organ-organ (spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).

abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.

abet Jk tingkah laku;

mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.

abiad Ar sl putih; fidah yg ~ perak yg putih.

abid Ar orang yg menghambakan diri kpd Allah dgn beribadat kpd-Nya.

abidin Ar jamak bagi abid.

abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit raja singa.

ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.

abintara sl pesuruh raja; bentara.

abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup drpd benda bukan hidup.

abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll);

mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta;

pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad.

ablasi (Bio) pembuangan tisu atau organ tubuh secara pembedahan.

abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa: keadaan yg ~; 2. Id agak gila;

keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan tidak normal, keadaan luar biasa.

abnus Ar sl kayu hitam.

aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.

abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.

abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. = berabonemen berlanggan.

abrak sl batu cermin, mika.

abrar Ar golongan orang yg soleh.

abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.

abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.

absah Id sah (bkn surat keterangan dll);

mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll);

keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;

pengabsahan pengesahan.

absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll);

mengabsen Id memanggil nama-nama orang utk mengetahui atau menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll): guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.

abses (absés) bengkak yg bernanah.

absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).

absolutisme prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.

abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~;

mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;

keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.

abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih ciri-ciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg dikaji.

absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras: sesungguhnya adalah ~ utk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.

abtar Ar 1. sl kudung; 2. terputus rahmat Allah.

abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk;

~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;

spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;

abu-abu Id warna kelabu;

mengabu menjadi abu, menyerupai abu;

mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai;

keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.

abu II kalah (dlm permainan congkak dll).

abu III suatu pangkat di Siam.

abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.

abuh I riuh, sibuk.

abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak pd kaki (tubuh dsb).

abuk; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.

abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka dll).

abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai (terhasil).

abung; limau ~ limau bali, limau besar.

abur; mengabur membuang-buang (wang dll), menghamburkan, membazirkan, memboroskan;

pengabur orang yg membuang-buang atau membazirkan (wang), pemboros.

abus 1. bahagian atau pecahan yg terkecil; 2. duit syiling zaman dahulu yg terendah nilainya; 3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai.

abuya Ar 1. ayah; 2. panggilan hormat kpd orang yg ajarannya (biasanya ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.

abvolt unit ukuran voltan elektrik yg bersamaan dgn 1 x 10-8 volt.

abyad Ar abiad.

Ac simbol kimia bagi aktinium.

acah; beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut;

mengacah melakukan gerak utk mengelirukan atau menyesatkan lawan;

mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja utk bertindak;

acahan perbuatan mengacah.

acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.

acak II Jk; mengacak melakukan sesuatu tidak dgn peraturan, mengacaukan;

acak-acakan kacau-bilau, tidak teratur.

acan I; mengacan melakukan gerak pukulan atau serangan utk mengelirukan atau menyesatkan lawan.

acan II; mengacan mengharapkan, mencita-citakan.

acan III Kd mengusik seseorang (dgn tujuan utk bergurau).

acang Id perkakas utk mengukur keadaan air dlm dandang.

acang-acang Mn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri.

acap I = acap-acap kerap kali, sering kali.

acap II 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air (padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur, mata keris pd tubuh seseorang, dll);

mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).

acap kali beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia masih melakukannya walaupun sudah ~ ditegur.

acar I sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi); jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur;

mengacar membuat acar.

acar II = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm ~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul, tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).

acara I 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi;

beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah;

mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum;

mengacarai 1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa”, aku ~ percakapan;

mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara);

pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

acara II Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll).

acaram sl cincin bertunang, cincin tanda.

acau; mengacau mengigau; aco.

aci I diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat;

mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan.

aci II batang logam tempat roda berpusing, gandar roda;

~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin pembakaran dalaman;

aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.

aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua).

aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup puyuh.

aci V tepung (sagu, ubi kayu, dll).

aci-aci Id andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalau-kalau;

mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan;

aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan: sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu.

acik nama timang-timangan bagi anak yg kedua bongsu.

acita (Hindustan) beras.

aco; mengaco Jw 1. mengigau; 2. berkata tidak keruan (yg bukan-bukan).

acu I; mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakut-nakutkan (spt mengangkat atau menghalakan senjata hendak menikam dsb); 2. = mengacu-acu memikir-mikirkan (sesuatu yg hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian (kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya;

mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan, menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu-acukan menganjurkan, merancang-rancangkan: sudah lama ia mengacu-acukan langkah ini.

acu II; mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dll);

acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat.

acu III; mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb) seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai atau tidak dsb).

acu IV sj tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar, Knema hookeriana.

acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan perjuangan kebangsaan;

mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua;

acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian;

ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.

acum; mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi, menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang;

acuman 1. hasutan; 2. tentangan;

pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.

acung I Id; mengacung menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas: tangannya ~;

mengacungkan menghalakan (sesuatu ke arah seseorang), menunjukkan (tangan dll): ~ senjata; ~ tangan;

pengacungan perbuatan mengacungkan: ~ senjata.

acung II Mn; mengacung menyepak, menendang.

AD Id kep Angkatan Darat.

ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya?

~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə