INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
9
yang dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu wajib beramal dengan apa yang dia yakin
benar dari segi dalil dan kesahihannya.
34
Seseorang tidak boleh berpegang dengan sesuatu pandangan sedangkan dia tahu pandangan
itu lemah, atau tidak sahih. Sejarah Islam tidak sunyi dari golongan yang mengikut mazhab
tertentu secara taksub yang hampir berlawanan dengan pemikiran Islam yang sahih.
Umpamanya kita dapati salah seorang ahli fekah mazhab Hanafi, iaitu al-Karkhi menyebut:
“Setiap nas yang menganggahi mazhab kita, maka nas tersebut sama ada ditakwilkan,
atau dimansuhkan”. Majoriti terbesar ulama umat ini tidak bersetuju dengan cara yang
seperti ini, yang tidak boleh dianggap betul dari segi ilmiah. Pendapat ini membawa
tuannya ke peringkat mensucikan para imam sedangkan mereka sendiri tidak sampai ke
peringkat sebegitu”.
35
Sesungguhnya tiada dalil syarak yang mewajibkan muqallid beriltizam secara berterusan
dalam taklidnya kepada sesuatu mazhab fekah. Tiada pula dalil yang menegahnya untuk
bertukar dari mazhabnya ke mazhab yang lain. Telah ijmak kaum muslimin bahawa
muqallid boleh mengikut mana-mana mujtahid yang dia mahu sekiranya telah sampai
kepadanya mazhab atau pandangan mereka yang sebenar. Umpamanya, dia boleh mengikut
setiap hari imam yang berbeza-beza dari mazhab yang empat. Sekalipun muncul pada
zaman yang akhir ini mereka yang mencela muqallid bertukar mazhab, namun itu
merupakan taksub yang dimurkai syarak dan batil dengan sekapat kaum muslimin.
36
Oleh yang demikian, sikap taksub kepada mazhab ini perlulah bebas dalam diri dan ianya
tuntutan syarak. Taksub hanya membelenggu pemikiran dan menghapuskan kebebasan
minda dan dan nilai-nilai kreatif dalam merumuskan sesuatu pendapat. Taksub mazhab
juga menyebabkan seseorang menolak kebenaran dan ianya penting sebagai tuntutan dalam
kehidupan. Pemahaman yang kuat tentang sikap ektrem atau fanatik dan taksub ini perlu
untuk menajadikan kehidupan masyarakat Islam kembali hidup aman sejahtera tanpa ada
pihak yang berlebih-lebihan bahkan segalanya berada dalam kesederhanaan.
Kedua: Sikap Taksub Dalam Beragama
Terdapat hubungan yang kuat antara agama dan sikap fanatik atau ekstreme. Untuk
memahami bagaimana seseorang individu atau kumpulan yang terlibat dengan fanatik
agama itu boleh terlibat melakukan kerja syaitan dengan menggunakan nama Tuhan, boleh
difahami dari perspektif sosiolagi bagaimana imaginasi agama digunapakai oleh kumpulan
agama, kepimpinan dan pengikut-pengikut untuk membentuk set minda mereka.
37
Seseorang yang fanatik atau kumpulan yang menyokong ekstremisme agama sudah pasti
akan melakukan apa sahaja sekiranya mereka mendapati apa yang mereka lakukan itu
direstui atau terdapat dalam perintah Tuhan dan agama. Pada masa itu mereka dan
kumpulan mereka adalah sebagai wakil dan jalan bagi Tuhan untuk melaksanakan
perintah-Nya di muka bumi ini. Segala tindakan mereka tidak mengira kesan negatif
bahkan mereka meyakini akan diberi ganjaran di akhirat dan jika mereka mati, Syurga dan
bidadari akan menunggu mereka. Konsep menjadikan orang lain sebagai mangsa sudah
34
Ibid., 12.
35
Ibid.
36
Ibid.,14.
37
Mansor Mohd Noor, Memahami dan Mengurus Ekstremeisme Agama di Malaysia, 55.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
10
tidak wujud lagi dan hanya keuntungan yang mereka kira pasti akan diperolehi.
38
Terdapat
beberapa kejadian yang berlaku berhubung dengan fanatik agama di dalam negara ini dan
pernah berlaku. Antaranya, sembahyang dua imam atas dasar perbezaan parti politik yang
diskong, kafir mengkafir dalam pelbagai isu, memulaukan kenduri atas pelbagai alasan,
dan kewujudan kumpulan yang dilabelkan sebagai esktrem seperti Kumpulan Mujahidin
Malaysia (KMM) dan al-Maunah.
Boleh dikatakan bahawa, golongan ini sebenarnya terpengaruh dengan amanat yang telah
disampaikan oleh Tuan Guru mereka sehingga mereka sanggup mengkafirkan orang lain
dan tidak mahu solat berimamkan mereka yang bukan dari golongan mereka. Selain itu,
kenduri yang diadakan oleh kumpulan yang bertentangan dengan fahaman mereka tidak
akan mereka hadiri.
39
Kebanyakan fanatik dalam beragama ini boleh dikatakan melibatkan
soal ibadah. Perkara ini juga dapat difahami sebagai ajaran sesat yang begitu banyak dalam
masyarakat pada hari ini. Ajaran sebegini dianggap salah dan berlebihan kerana tiada nas
dan dalil tentangnya. Akibat daripada sikap fanatik seperti ini akidah dan ibadah Islam
tercemar dan masyarakat umum menjadi terkeliru tentang Islam yang sebenar. Sebagai
contoh ghuluw dalam aspek zikir menari yang dilakukan oleh ahli tarikat dan golongan
sufiyah.
40
Menurut Datuk Hj. Mohd Nakhaei Hj. Ahmad, ekstreme berbahaya dalam pemikiran atau
tindakan yang mana bahana ekstreme atau fanatik dapat dilihat kepada skop pemikiran
golongan tersebut iaitu menerusi ketaksuban dimana mereka terlalu taksub kepada satu-
satu pendapat sehingga tidak mahu langsung menerima pendapat orang lain dan seolah-
olah tidak ada satu pun pendapat lain yang boleh digunapakai. Pegangan mereka juga tidak
berdasarkan kepada bukti dan kebenaran, sebaliknya taksub kumpulan dan puak.
41
Prof.
Dr. Yusuf al-Qardawi menyatakan terdapat enam tanda pelampau agama atau mereka yang
berfahaman ekstreme, jumud serta sempit, radikal serta sanggup bertindak ganas iaitu:
42
[1]
taksub dengan pendapat tertentu; [2] suka mengerjakan yang susah; [3] melampau yang
tidak kena dengan tempatnya; [4] keras dan ganas; [5] sangkaan buruk dengan orang lain;
dan [6] kecenderungan kafir mengkafir.
Manakala menurut Prof Dr. Ahmad Kamal Abu al-Magd menyenaraikan lima sebab
kepada kelahiran pelampau agama iaitu,
43
[1] memahami al-Quran dan hadith dengan cara
yang sempit; [2] pengambilan ilmu dari ceramah umum; [3] taat membuta tuli; [4]
memencilkan diri dari masyarakat; dan [5] penyalahgunaan pendapat.
Oleh yang demikian, daripada sebab-sebab kelahiran ekstremee agama ini dapat
disimpulkan untuk mengetahui hubungan agama dan keganasan adalah dengan fahaman
yang salah dan terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan sikap yang melampau dan
daripada sikap ini menjadikan titik permulaan kepada satu permasalahan yang cukup besar
38
Ibid.,54.
39
Md. Shukri Shuib, Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani Ekstremeism Islam di Malaysia
(Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, 2007), 79.
40
Mushaddad Hasbullah, Mohd Asri Abdullah, “Wasatiyyah Pemacu Peradaban Negara”, Dalam Pendekatan
Wasatiyyah Dan Cabaran Ekstrimism Di Malaysia ed. Mahmood Zuhdi Abdul Majid ed. ke-1 (Putrajaya:
Institut Wasatiyyah Malaysia, 2013), 12.
41
Md. Shukri Shuib, Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani Ekstremeism Islam di Malaysia, 59.
42
Ibid., 60.
43
Ibid.,