LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BULAN JUN 2017
Purata peredaran angin untuk troposfera aras bawah bagi bulan Jun 2017 (Rajah 1)
menggambarkan ciri-ciri sinoptik utama iaitu rabung subtropika di hemisfera utara,
palung monsun di hemisfera utara dan selatan dan angin barat daya di Teluk Bengal
dan Laut China Selatan. Rabung subtropika di hemisfera utara merentasi bahagian
barat Lautan Pasifik iaitu dari Garisan Tarikh Antarabangsa di latitud 20 °N hingga 25
°N, hingga ke Filipina di latitud 10 °N hingga 15 °N. Kedudukan rabung subtropika di
hemisfera utara adalah hampir kepada purata klimatologi. Ia kekal separa-pegun
berbanding bulan yang lepas (Mei 2017). Palung monsun di hemisfera utara
diperhatikan bermula dari utara benua kecil India antara 25 °N hingga 30 °N dan
melengkung secara menegak hingga hampir selari dengan persisiran pantai Vietnam di
sekitar 110 °E dan berakhir di Laut Sulu sekitar 5 °N hingga 10 °N latitud, 120 °E
longitud. Kedudukan palung monsun di hemisfera utara adalah hampir dengan
kedudukan purata klimatologi, namun ia telah berganjak ke arah utara sebanyak 10 °
latitud berbanding bulan yang lepas. Di hemisfera selatan, palung hampir khatulistiwa
kekal separa pegun semenjak bulan yang lepas. Palung tersebut terletak pada garisan
latitud 5 °S, bermula dari Lautan Hindi, sebelah barat Sumatra, dan melengkung
mencapai Kalimantan di garisan khatulistiwa sehingga ke selatan Mindanao, Filipina. Ia
terletak di dalam lingkungan kedudukan purata klimatologinya. Angin bertiup dari arah
barat hingga barat daya dengan kelajuan 5 hingga 10 knot di Laut China Selatan, dan
20 knot di Teluk Bengal. Kelajuan angin telah meningkat berbanding bulan yang lepas
konsisten dengan kemaraan musim monsun barat daya dan purata klimatologi.
Purata peredaran angin di troposfera aras atas (Rajah 2) jelas menunjukkan ciri-ciri
sinoptik utama di aras 200-hPa bagi bulan Jun 2017, iaitu rabung subtropika aras atas
di hemisfera utara dan selatan, Palung Tropika Troposfera Atas (TUTT), dan angin
atasan kuat yang bertiup dari timur laut merentasi Laut China Selatan. Rabung
subtropika di hemisfera utara dicerap terletak di linkungan 20 °N hingga 25 °N, bermula
dari Laut Arab sehingga ke barat Lautan Pasifik, dengan kehadiran sebuah pusaran
antisiklon di dalam rabung tersebut. Kedudukan rabung subtropika di hemisfera utara
telah berganjak ke arah utara dan pusaran antisiklon tersebut telah berganjak ke arah
barat laut berbanding bulan lepas. Rabung subtropika di hemisfera selatan pula kekal
separa-pegun antara 10 °S sehingga 15 °S semenjak bulan lepas. Angin di troposfera
aras atas kekal bertiup dari timur laut sejak Mei namun ia telah menguat kepada 30
knot berbanding 20 knot pada bulan yang lepas. TUTT mantap terbentuk di antara 170
°E sehingga ke 180 °E di latitud 20 °N, Lautan Pasifik.
Purata peredaran angin setiap dekad di troposfera aras bawah ditunjukkan di Rajah 3A,
3B, dan
3C. Dekad yang terakhir dicirikan oleh palung hampir khatulistiwa di hemisfera
selatan yang aktif, sebagaimana yang ditunjukkan oleh angin yang bertiup dari arah
barat selaju 20 knot sebelah utara khatulistiwa dan angin yang bertiup dari arah timur
selaju 20 knot sebelah selatan garisan 5 °S latitud, yang melambangkan ricih angin
siklonik yang kuat. Palung hampir khatulistiwa di hemisfera selatan juga diperhatikan
meliputi Semenanjung Malaysia. Dalam waktu yang sama, palung monsun di hemisfera
utara telah menguat; ia bermula dari utara benua kecil India sehingga ke Indochina, dan
mencapai utara Borneo, dengan kehadiran ricih angin siklonik yang ketara. Kedudukan
hampir menegak palung monsun hemisfera utara berhampiran Malaysia bersama-sama
dengan palung monsun hemisfera selatan yang kuat, disertai oleh angin kuat dari
Lautan Hindi, menyebabkan penumpuan angin dan kelembapan yang menyumbang
kepada peningkatan aktiviti perolakan dan hujan lebat di Malaysia pada dekad yang
terakhir bulan Jun 2017.
Purata peredaran angin untuk tiap-tiap dekad di troposfera aras atas ditunjukkan di
Rajah 4A,
4B, dan juga
4C. Angin aras atas yang bertiup dari arah timur laut dengan
kelajuan 30 knot meliputi Malaysia. TUTT pula jelas diperhatikan di sebelah barat 150
°E, sekitar 20 °N di Lautan Pasifik. Rabung subtropika di hemisfera utara dan selatan
kekal separa-pegun merentasi dekad.
Nota-nota:
Dekad pertama
:
01
–
10 Jun 2017
Dekad kedua
:
11
–
20 Jun 2017
Dekad ketiga
:
21
–
30 Jun 2017