Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau
terasa ada bayang-bayang mengejarnya.Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-
pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu
kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.Embong
juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya.Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik
ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah.Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis.Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke
sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru.
Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa
dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana
dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak
dengan Haji Sulaiman ketika di hospital.Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa
ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-
olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu.Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke
rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia
amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya.Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang
lain pula akan terkena.Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan
pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu.
Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said
telah hilang dibawa arus sungai.Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi
setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said
merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya,Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu
Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.Embong turun ke bawah dan masuk
ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong
membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan
terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan
percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar
dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25
pagi , Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said.Tersentuh hati Embong kerana
sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-
kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah
tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.Beliau ternampak ular sawa sebesar
paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu
telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga
menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang
untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton.Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka
gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu
tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.