Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun.Dahlia akan
mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya.Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas
ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum
juga sampai.Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke
Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia
sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya.Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna
merah kepada Dahlia.Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya.
Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-
mana pun.
Tema:
Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
•
Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan
hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan
ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia
seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.
Kehidupan
•
Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil
alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun,
Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.
•
Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya.
•
Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia
kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang
lain yang hidup senang.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
•
Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual
tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
•
Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di
pusat pemindahan banjir.
•
Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Persoalan
1. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
-
Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu
meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
2. Persoalan kasih sayang antara keluarga
-
Embong amat menyayangi isterinya, saleha dan anak-anaknya. Beliau sanggup
bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau tetap
menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental.
-
Dahlia amat menyayangi emaknya. Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk
menziarahi emaknya yang dirawat di Hospital Permai.
-
Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya, Melati, Anggerik, Mawar dan Abu
Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke
sekolah kerana mahu menguruskan keperluan adik-adiknya.
-
Mawar sangat menyayangi keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah untuk
menjaga adik-adiknya.
3. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan
-
Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu,
beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu
menjaga adik-adiknya.Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya,
walaupun Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya
setelah isterinya dirawat di hospital.
-
Embong mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah untuk
memastikan anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran.
4. Persoalan keinginan untuk membaiki taraf hidup (m/s 31 – Dahlia ingin membaiki diri
sendiri dan keluarga )
-
Dahlia mahu membaiki diri dan keluarganya oleh sebab itu dia tidak memberi
kata putus semasa Azhari ingin melamarnya.
5. Persoalan kemiskinan hidup di kampung
-
Keluarga Dahlia hidup dalam kemiskinan sehingga dibenci oleh neneknya
sendiri.
-
Anggerik menangis kerana tidak mahu minum susu yang cair akibat susu telah
habis dan keluarga Dahlia tiada wang untuk membeli susu.
-
Dahlia tidak mahu rakan-rakannya datang ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri
kerana tidak mahu mereka tahu keadaan keluarganya yang hidup dalam
kemiskinan.