Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung
-
Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua
kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,
Tauke Lim dan lain-lain.
-
Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji
Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.
2. Masyarakat guru
-
Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.
-
Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
-
Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana
dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar
- Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.
- Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.
- Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu
– Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat
Embong meluahkan perasaan (m/s 26)
–Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab
- Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang
menghadapi masalah (m/s 24 dan 27)
6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya
- Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu
membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah
untuk menukar baju sahaja.
7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
-
Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-
rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik
abahnya sendiri.
-
Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia
dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak
yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
-
Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam
kemiskinan
-
Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah.
-
Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
-
Embong tetap tabah apabila rumah yang diduduki oleh keluarganya dilanda
banjir.
-
Dahlia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun emaknya
dimasukkan ke hospital dan ayahnya dipatuk ular.
-
Dahlia juga tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu
menyelamatkan Said yang mati lemas.
-
Dahlia juga tabah berhadapan dengan Azhari yang ingin melamarnya walaupun
pada ketika itu terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya.
9. Masyarakat yang penyayang
-
Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi
hingga malam untuk menanggung keluarganya.
-
Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah
apabila Anggerik sakit.
-
Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah
yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.
10. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan
-
Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya
yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya
dia tetap melamar Dahlia .
-
Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng
sekolah.
Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan
Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola
jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa
berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang
menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .
Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
Perkembangan
Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah
pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk
emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong
yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha
dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru
kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng
sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana
dipatuk ular.