Penulisan Bukan Fiksyen rencana oleh zulkifli khair



Yüklə 471 b.
tarix23.09.2017
ölçüsü471 b.
#1405


Penulisan Bukan Fiksyen - RENCANA

  • Oleh

  • ZULKIFLI KHAIR©


Judul

  • Judul mampu berikan tanggapan awal terhadap sesebuah artikel.

  • Judul mesti mampu menyengat dan memancing pembaca.

  • Kadang-kadang, judul paling susah dihasilkan dan hanya dihasilkan setelah selesai sebuah artikel.

  • Membina judul adalah suatu seni dan perlu kuasai banyak kosa kata.



1. Judul berbentuk soalan Siapa ‘Musharraf’ Indonesia? dan Ibu, Tuhan itu tinggal di mana?

      • 1. Judul berbentuk soalan Siapa ‘Musharraf’ Indonesia? dan Ibu, Tuhan itu tinggal di mana?
      • 2. Judul label Catatan Pinggir
      • 3. Judul ucapan langsung The One and The Only Wan, Seratus Hari Mencari Azhari, dan Fitnah filem Fitna.
      • 4. Judul ungkapan Imran: Saya rela masuk penjara dan Tariq: Bakar kapal-kapal kita semua!
      • 5. Judul satatistik Pak Aris mandikan 10,000 mayat
      • 6. Judul simbolik Tanam tebu di bibir, Bagai Sebuah Potret Buram, dan Sepasang Pengantin Dua Karakter.
      • 7. Judul kegemparan Biasa digunakan bagi rencana yang memuatkan kisah dramatik, menggemparkan dan mengejutkan masyarakat. Kiamat mungkin pada 2020.
      • 8. Judul kekurangan maklumat Cantik di atas kertas.
      • 9. Judul kenyataan provokatif Wanita Usia 30-an Lebih Gatal.


Tip judul

  • Padat dan bernas.

  • Kata kerja. Jihad jamin jalan ke syurga.

  • Jangan ulangi perkataan. Tip ke syurga, jihad jamin jalan ke syurga.

  • Elakkan akronim yang jarang digunakan. ROSE Islamkan 27 pekerja Nepal.

  • Tidak bernoktah.



Kepala artikel

  • Kepala artikel dimaksudkan sebagai perenggan atau perenggan2 awal bagi sesebuah artikel yang juga disebut pendulu.

  • Pendulu sama penting dengan judul sebagai pemancing pembaca.

  • Dalam pasca PRU12, majoriti kepala artikel berkisar soal statistik serta gunakan kalimat tsunami, BN dsb, Dr. Aisar Yee Abdullah memulakan dengan anekdot, kisah benar seorang isteri Melayu yang memangkah DAP.



Badan artikel

  • Usah saratkan artikel dengan ‘kayu balak’ dan ‘sampah sarap’.

  • Usah jelakan perenggan dengan sebegitu panjang lagi membosankan.

  • Usah saratkan juga dngan jargon dan kalimat bombastik; rukhsah, tunaaksara, termodinamik dll.



Jalinan perenggan

  • Jalinan perenggan

    • Pertama, kedua, ketika…
    • Oleh itu…
    • Sehubungan dengan itu…
    • Malangnya, …
    • Walau bagaimanapun, …
    • Ironinya…
    • Pada masa yang sama…
    • Sebaliknya…
    • Sebelum itu…
    • Dalam pada itu…


Terapkan unsur fiksyen

  • Terapkan unsur fiksyen

    • Jeniri Amir: Apabila penulis berkenaanmempelajari atau meminati cerpen dan novel, ia beruntung kerana ilmu itu dapat diterapkan dalam rencana.
    • Dialog dan monolog.
    • Klimaks dan anti klimaks.
    • Saspens.
    • Gambaran watak dan latar.
    • Bahasa simbolik.
    • Lihat tulisan Azizi Hj. Abdullah, ‘Menulis Sangeetha kerana Tunai Amanah’ dalam Dewan Sastera Mac 2008.


Figuratif

  • Mudah difahami dengan implikasi imaginatif.

  • Figuratif termasuklah metafora dan personifikasi.

  • Metafora: Perbandingan dengan suatu yang abstrak, bukan erti sebenar. Contoh: Dia mata keranjang, telinga gajah, dll.



Personifikasi: Memberikan ciri manusiawi kepada sesuatu yang tidak bernyawa atau yang bersifat abstrak. Contoh: Masa begitu mencemburui saya, pandangan terpaku sejenak… dll.

  • Personifikasi: Memberikan ciri manusiawi kepada sesuatu yang tidak bernyawa atau yang bersifat abstrak. Contoh: Masa begitu mencemburui saya, pandangan terpaku sejenak… dll.

  • Contoh lain:

    • Pokok kaktus di Cameron Highlands ada yang sebesar peti sejuk dua pintu.
    • Dalam skala angkasa raya, manusia jauh lebih kenit berbanding virus sebagaimana dalam skala pandangan manusia.


Perbandingan

  • Perbandingan menyerlahkan pemerihalan.

  • Jadual menzahirkan perbandingan.

  • Contoh: Belanda hanyalah sebuah negara kecil hampir menyamai keluasan negeri Pahang.



Statistik

  • Statistik menambahkan keyakinan.

  • Namun jangan terlalu banyak statistik.

  • Berikan angka yang bulat.

  • Nyatakan sumber jika perlu.



Ekor artikel

  • Tony Blair. Beliau wajar lebih awal melepaskan jawatan PM Britain sebelum Iraq diasak buat kali kedua.

  • Ekor atau penutup artikel juga harus turut menyengat, sama padan dengan judul dan kepala, sehingga pembaca mendapat kepuasan membaca yang maksimum.

  • Lazimnya ekor mengulangi kalimat tertentu dalam kepala. Lihat rencana Azizi Hj. Abdullah.



Jenis-jenis penutup

  • Jenis-jenis penutup

    • Penutup terdekat. Merujuk kepada perenggan sebelumnya seperti menjawab kepada persoalan sebelumnya.
    • Penegasan semula tujuan.
    • Anekdot (sambungan). Lihat rencana Aisar Yee Abdullah.
    • Ulangan pendulu/kepala.
    • Penutup semulajadi (artikel mengenai kisah benar).
    • Rumusan.
    • Penyataan langsung.
    • Kejutan.
    • Kata-kata nasihat.


AKTIVITI

  • Tulis sekreatif mungkin tentang diri anda sebanyak 3-4 perenggan (tidak termasuk dialog). Penulisan anda hendaklah mengandungi:

    • Jalinan perenggan.
    • Penggunaan dialog.
    • Penggunaan bahasa figuratif dan perbandingan.
    • Penggunaan statistik.


Yüklə 471 b.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə