Sinonim tetapi tidak seerti? oleh Zaidi Ismail



Yüklə 40,04 Kb.
Pdf görüntüsü
tarix20.01.2018
ölçüsü40,04 Kb.
#21738


Sinonim tetapi tidak seerti? 

oleh Zaidi Ismail 

 

Menurut  Kamus Dewan  (1994: 1287), sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama 

maknanya dengan kata lain atau  kata seerti, contohnya kata pandai  sama maknanya 

dengan kata bijak, cerdik dan pintar.  Abdullah Hassan, dalam Tesaurus Bahasa Melayu 

(2003: 293), juga memberikan padanan makna yang sama dengan Kamus Dewan, iaitu 

seerti dan semakna. Dalam Kamus Dewan, kata sinonim ditandakan sebagai salah satu 

daripada istilah linguistik. 

 

Walau bagaimanapun, dalam penggunaannya, khususnya dalam akhbar berbahasa 



Melayu, kata sinonim telah digunakan secara tidak tepat dan tidak membawa maksud 

yang sama seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan dan Tesaurus Bahasa Melayu

Contohnya: 

1.

 



Perkataan idola seolah-olah sinonim dengan artis, apatah lagi apabila soalan 

tentang idola ditanyakan dalam rancangan hiburan. 

 

2.

 



Ajai dan Nurul, pasangan suami isteri yang begitu sinonim  dengan lagu Aku 

Cinta Aku Rindu. 

 

3.

 



Lebih unik lagi, Umno yang menjadi tulang belakang BN, begitu sinonim dengan 

orang Melayu Johor. 

 

4.

 



 “Banyak membaca fikiran kaya” adalah antara peribahasa Melayu yang sinonim 

dengan kepentingan membaca .... 

 

5.

 



... peralatan muzik ini amat sinonim dengan masyarakat tempatan. 

 

6. 



... ia boleh menyumbang kepada keamanan sejagat – sesuatu yang sinonim 

dengan seruan Perdana Menteri di pelbagai forum antarabangsa bahawa dunia 

perlu diamankan semula. 

 

 



 

 

 



1


Kata sinonim dalam ayat tersebut sekiranya digantikan dengan kata seerti akan menjadi: 

 

1a. 



Perkataan idola seolah-olah seerti dengan artis, apatah lagi apabila soalan tentang 

idola ditanyakan dalam rancangan hiburan. 

2a. 

Ajai dan Nurul, pasangan suami isteri yang begitu seerti dengan lagu Aku Cinta 



Aku Rindu. 

3a. 


Lebih unik lagi, Umno yang menjadi tulang belakang BN, begitu seerti dengan 

orang Melayu Johor. 

4a. 

“Banyak membaca fikiran kaya” adalah antara peribahasa Melayu yang seerti 



dengan kepentingan membaca .... 

5a. 


... peralatan muzik ini amat seerti dengan masyarakat tempatan. 

6a. 


... ia boleh menyumbang kepada keamanan sejagat – sesuatu yang seerti dengan 

seruan Perdana Menteri di pelbagai forum antarabangsa bahawa dunia perlu 

diamankan semula. 

Dengan demikian bermakna kata idola seerti dengan artis;  Ajai dan Nurul seerti 



dengan lagu Aku Cinta Aku Rindu;  Umno seerti dengan orang Melayu Johor;  

“Banyak membaca fikiran kaya” seerti dengan kepentingan membaca; 

            



peralatan muzik seerti dengan masyarakat tempatan; dan sesuatu yang seerti 

dengan seruan Perdana Menteri 

Makna ini tentu sekali janggal bunyinya, tetapi itulah makna yang sebenarnya 

yang terkandung dalam ayat tersebut sekiranya kata sinonim yang digunakan dalam ayat 

tersebut adalah merujuk pada makna yang terdapat dalam Kamus Dewan. Namun, penulis 

beranggapan kata sinonim yang digunakan dalam ayat tersebut bukanlah yang membawa 

kepada maksud yang sedemikian.  

Jadi, supaya pembaca lebih jelas dan tidak terkeliru  dengan maksud sebenar yang 

ingin disampaikan melalui ayat tersebut, kata sinonim sepatutnya tidak digunakan dan 

 

2



perlu digantikan dengan kata lain yang lebih sesuai, seperti berkait rapat.  Dengan 

demikian ayat tersebut akan menjadi: 

1b. 

Perkataan idola seolah-olah berkait rapat dengan artis, apatah lagi apabila soalan 



tentang idola ditanyakan dalam rancangan hiburan. 

2b. 


Ajai dan Nurul, pasangan suami isteri yang begitu berkait rapat dengan lagu 

Aku Cinta Aku Rindu. 

3b. 

Lebih unik lagi, Umno yang menjadi tulang belakang BN, begitu berkait rapat 



dengan orang Melayu Johor. 

4b. 


“Banyak membaca fikiran kaya” adalah antara peribahasa Melayu yang berkait 

rapat dengan kepentingan membaca .... 

5b. 


... peralatan muzik ini amat berkait rapat dengan masyarakat tempatan. 

6b. 


... ia boleh menyumbang kepada keamanan sejagat – sesuatu yang berkait rapat 

dengan seruan Perdana Menteri di pelbagai forum antarabangsa bahawa dunia 

perlu diamankan semula. 

Sebenarnya, selain ayat tersebut masih banyak lagi ayat yang penulis temukan 

dalam Pangkalan Data Korpus yang bersumberkan dua buah akhbar utama yang 

berbahasa Melayu terbitan dari tahun 2002 hingga 2005. Selain ayat yang telah 

dipaparkan tadi, ada 103 ayat lagi yang menggunakan kata sinonim secara tidak tepat, 

antaranya: 

7.

 

Terbaru, syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd. yang begitu sinonim 



dengan jenama klasik memperkenalkan pula Klasik Pop. 

 

8.



 

TY INC sememangnya cukup sinonim  sebagai pengeluar anak patung eksklusif 

yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. 

 

9.



 

Senario kini satu nama yang begitu sinonim dalam dunia seni tempatan .... 

 

10.


 

Naib Presiden Eksekutif Resorts World Berhad, Lee Choong Yan, dalam 

ucapannya berkata, Genting selama ini memang sinonim  dengan penganjuran 

pelbagai majlis anugerah, konsert dan pertandingan ratu cantik. 

 

 

3




11.

 

Gelanggang Seni di Kota Bharu yang sinonim sebagai medan persembahan 



pelbagai kegiatan seni dan budaya kini mengheret penggiat teater .... 

 

12.



 

Saya ingin jelaskan bahawa Kelantan sinonim dengan batik kerana mempunyai 

ramai pengusaha dan tenaga kerja mahir. 

 

Kata sinonim dalam ayat tersebut sepatutnya digantikan dengan kata terkenal  atau 



popular, dan diubah menjadi: 

7a. 


Terbaru, syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd. yang begitu terkenal 

dengan jenama klasik memperkenalkan pula Klasik Pop. 

 

8a. 


TY INC sememangnya cukup terkenal sebagai pengeluar anak patung eksklusif 

yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. 

9a. 

Senario kini satu nama yang begitu terkenal dalam dunia seni tempatan .... 



 

10a.  Naib Presiden Eksekutif Resorts World Berhad, Lee Choong Yan, dalam 

ucapannya berkata, Genting selama ini memang terkenal  dengan penganjuran 

pelbagai majlis anugerah, konsert dan pertandingan ratu cantik. 

 

11a.  Gelanggang Seni di Kota Bharu yang terkenal sebagai medan persembahan 



pelbagai kegiatan seni dan budaya kini mengheret penggiat teater .... 

 

12a. 



"Saya ingin jelaskan Kelantan terkenal dengan batik kerana mempunyai ramai 

pengusaha dan tenaga kerja mahir. 

 

Selain dapat digantikan dengan kata terkenal, kata sinonim dalam ayat  7 – 12 juga dapat 



digantikan dengan kata popular

Selain itu, ada juga kata sinonim yang digunakan dalam ayat-ayat tertentu 

membawa maksud dekat (dari segi hubungan), contohnya: 

13. 


... pemilihan Sarimah sebagai duta produk bertepatan dengan keperibadiannya 

yang periang dan mudah didekati, terutama kanak-kanak yang sememangnya 



sinonim dengan beliau menerusi program kanak-kanak di televisyen. 

 

14. Berteraskan 



konsep 

perniagaan “penerbangan jimat dengan tambang murah”  

AirAsia kini semakin sinonim dengan masyarakat Malaysia. 

15.


 

Lalu lahirlah ciptaan Malaysia, Koridor Raya Multimedia (MSC) yang begitu 



sinonim dengan rakyat mutakhir ini. 

 

4




16. 

Dengan kata lain, kecantikan itu sendiri amat sinonim sekali dengan wanita, dan 

ia perlu diberikan perhatian sewajarnya. 

Kata sinonim yang digunakan dalam ayat 13 – 16 sepatutnya digantikan dengan kata 



dekat, dan diubah menjadi: 

13a.  ... pemilihan Sarimah sebagai duta produk bertepatan dengan keperibadiannya 

yang periang dan mudah didekati, terutama kanak-kanak yang sememangnya 

dekat dengan beliau menerusi program kanak-kanak di televisyen. 

 

14a. 



Berteraskan konsep perniagaan “penerbangan jimat dengan tambang murah”  

AirAsia kini semakin dekat dengan masyarakat Malaysia. 

15a.  Lalu lahirlah ciptaan Malaysia, Koridor Raya Multimedia (MSC) yang begitu 

dekat dengan rakyat mutakhir ini. 

16a. 


Dengan kata lain, kecantikan itu sendiri amat dekat sekali dengan wanita, dan ia 

perlu diberikan perhatian sewajarnya. 

 

Kata sinonim dalam ayat yang berikut pula sepatutnya digantikan dengan kata sebati



17. 

Memanglah The Actor's Studio telah sinonim (sebati)  dengan teater Inggeris. 

 

18. 


Kejutan bukan sahaja pertandingan antara adik-beradik yang berlainan parti 

bertanding di satu  kawasan, tetapi juga politik lompat yang menjadi  sinonim 



(sebati)  dengan politik Sabah. 

 

19. 



“Sepahit-pahit hempedu pahit lagi bermadu”, kata-kata  yang cukup sinonim 

(sebati)  dengan perasaan wanita yang suami  mereka berkahwin dua atau lebih. 

 

20. 



Watak gadis baik, isteri dan ibu penyayang sudah sinonim (sebati)  dengan 

pelakon Tengku Noraishah Tengku Abdul  Aziz atau Tasha. 

21. 

Langkawi dan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah satu nama yang sinonim 



(sebati)   dan tidak dapat dipisahkan kerana Perdana Menteri dianggap arkitek 

utama dalam merancang dan memacu pembangunan di pulau yang kaya dengan 

mitos silam itu. 

22. 


Tidak hairanlah gelaran “bintang air mata”  cukup sinonim (sebati) dengan 

dirinya sehinggalah ke hari ini,  walaupun sudah lama bersara dalam dunia 

lakonan. 

 

 



 

5



23. 

Kini, sifat mengumpat tidak lagi sinonim (sebati) dengan  wanita, malah 

golongan lelaki dalam keadaan-keadaan  yang  tertentu  telah dapat  mengatasi 

wanita dalam tugas ini. 

 

24. 


Adalah jelas ia sebenarnya “ongkos pelicin” yang sudah sinonim (sebati) dengan  

kebanyakan pihak berkuasa republik itu. 

 

Selain dapat digantikan dengan kata berkait rapat, terkenal/popular, dekat, dan sebati



ada juga kata sinonim yang sepatutnya digantikan dengan kata sama, serasi, biasa, dan 

dianggap, contohnya: 

25. 


Dari segi mesejnya, cerita Raden Galoh ini sinonim (sama) seperti cerita lain  

yang terdapat dalam naskhah sastera lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang  

Tuah dan sebagainya. 

 

26.



 

Tarikh permulaan mesyuarat kali ini yang sinonim (sama) dengan tarikh insiden 

11 September 2001, tentunya juga .... 

27. 


''Saya akui amat sinonim (serasi) dengan lagu-lagu yang mendayu  dan romantik. 

28. 


Bagi kebanyakan umat Islam ibadat haji sudah sinonim (dianggap) sebagai 

“penyelamat”  menghapus dosa dan noda sebelum  menghembuskan nafas 

terakhir. 

29. 


Ismail  sebagai pengarah tidak perlu bekerja keras untuk  membentuk Eman yang 

boleh dikatakan sudah sinonim (biasa) dengan watak sedemikian sebagaimana 

filem-filem  lakonannya sebelum ini .... 

Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, daripada 110 data (ayat) yang terdapat dalam 

Pangkalan Data Korpus yang bersumberkan dua buah akhbar utama berbahasa Melayu, 

109 daripadanya menggunakan kata sinonim yang tidak membawa maksud seerti atau 

semakna. Hanya ada satu ayat yang menggunakan kata sinonim secara tepat, iaitu: 

30.


 

Kamus telapak yang dihasilkan ini mempunyai lebih daripada 20,000 kata 

masukan utama di  samping contoh ayat, frasa, antonim atau sinonim, sebutan 

bagi semua kata Inggeris .... 

 

 

6




Hal ini tentulah amat merisaukan kerana penulis berita boleh mempengaruhi pembaca, 

terutamanya para pelajar ke arah penggunaan kata-kata yang tidak tepat dalam penulisan. 

Para pelajar mungkin menganggap kata-kata yang digunakan itu adalah betul kerana telah 

digunakan dengan meluas dalam akhbar. Penulis berita dalam akhbar sepatutnya 

menggunakan kata-kata yang tepat dalam membentuk sesebuah ayat kerana 

ketidaktepatan penggunaan sesuatu kata boleh merubah maksud ayat.  



 

7

Yüklə 40,04 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə