Tidakkah Para-para Imam Shi’ah Salat Tarawih



Yüklə 16,92 Kb.
tarix14.04.2018
ölçüsü16,92 Kb.
#38198

Tidakkah Para-para Imam Shi’ah Salat Tarawih ?
Imam al-Baqir ('a) dan Imam al-Sadiq ('a) telah ditanya mengenai, boleh tidaknya mendirikan salat pilihan ini secara berjama’ah semasa di malam-malam Ramadhan. Mereka berdua menyampaikan sebuah tradisi Rasulullah (s) dimana baginda berkata

  • "Sesungguhnya mendirikan salat nafila (salat sunnat) secara berjama’ah semasa di malam-malam Ramadan adalah bid’ah… Wahai manusia! Janganlah dirikan salat nafila Ramadan secara berjama’ah…. Tidak diragukan, melakukan amalan yang sedikit dengan mematuhi sunnah adalah lebih baik dari melakukan amalan yang banyak yang dihasilkan dari bid’ah.”

[al-Hurr al-`Amili, Wasa’il al-Shi`ah, jilid 8, ms 45]
Ini adalah pandangan para Imam dari keturunan Rasulullah (s), telah disahkan oleh Ulama terkenal di kalangan Ahl al-Sunnah yang telah menulis :

  • "Keturunan Rasulullah (s) berkata bahawa berjama’ah dalam Tarawih adalah suatu bid’ah".

[al-Shawkani, Nayl al-Awtar, jilid 3, ms 50]
Apa Ulama Sunni kata mengenai salat Tarawih di rumah?

  • "Para Ulama bersetuju pada sahnya, tetapi mereka berbeza pendapat pada mana yang lebih baik untuk salat dirumah sendiri, secara sendirian atau di masjid secara berjama’ah." Al-Nawawi, pengulas Sahih Muslim yang terkenal, kemudian meneruskan untuk menyenaikan para ulama yang menyokong pandangan kedua, pandangan yang berpengaruh. Dia kemudian menulis: Malik, Abu Yusuf, beberapa ulama Shafi’i, dan yang lainnya berkata bahawa adalah lebih baik untuk salat sendirian dirumah”.

[al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, jilid 6, ms 286]
Penutup

Shi’ah selalu digalakkan untuk dirikan salat malam – dipanggil Tahajjud atau Qiyam al-Layl atau Salat al-Layl – pada bahagian terakhir malam setiap bulan, terutama semasa Ramadhan. Mereka juga digalakkan mendirikan salat nawafil sebagai tambahan di malam-malam Ramadhan. Bagaimanapun, mereka dirikan salat pilihan ini kebanyakkannya di rumah-rumah mereka dan tidak pernah berjama’ah. Dengan melakukan begini mereka telah patuh pada Qur’an dan sunnah Rasulullah (s).


Untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai Islam yang sahih, lawatlah:
http://al-islam.org/faq/


v1.0



Dan pada sebahagian malam, dirikan salat malam (tahajjud) selain dari apa yang diwajibkan pada kamu; semoga Tuhanmu membangkitkan kamu pada kedudukan yang terpuji. (17:79)
Nabi Muhammad (s) berkata mengenai bulan Ramadan:

Barang siapa mendirikan salat malam (Qiyam al-Layl) dalam ke ikhlasan beriman dan mengharapkan balasan dari Allah, kesemua dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.

[Sahih al-Bukhari, jilid 3, buku 32, nomber 226]


Mengapa Shi’ah menjauhi Tarawih berjama’ah?

Ahl al-Sunnah umumnya menganggap adalah sunnat mendirikan salat malam tertentu – Tarawih – secara berjama’ah semasa di bulan Ramadhan yang mulia. Shi’ah, walaupun digalakkan untuk mendirikan salat nawafil yang sama (salat sunnat), telah tidak dibenarkan untuk mendirikannya secara berjama’ah. Amalan Shi’ah adalah menepati pada perintah dan sunnah Rasulullah (s).



Lelaki dan wanita dari Ahl al-Sunnah telah bersama dirikan salat Tarawih berjama’ah di awal malam di sepanjang bulan Ramadhan. Mereka tegak dirikan salat dan membaca Qur’an, dan semoga Allah (swt) berikan ganjaran di atas niat dan amalan mereka yang ikhlas. Bagaimanapun, perkataan Tarawih tidak pernah disebutkan oleh Qur’an atau Rasulullah (s) pada menjelaskan salat jama’ah tambahan ini pada malam-malam di bulan Ramadhan. Ini adalah istilah yang dihasilkan kemudiannya diantara para Muslim. Dari tata bahasa, perkataan Tarawih adalah jamak dari perkataan tarwiha' merujuk kepada waktu rehat yang sengkat diantara empat rakaat salat. Kemudian, seluruh salat berjamaah tambahan dimalam-malam bulan Ramadhan dipanggil dengan istilah ini.


Bermulanya Tarawih sebagai Salat Berjama’ah
Ini adalah satu fakta yang telah diketahui umum bahawa Tarawih, sebagai salat malam berjama’ah di bulan Ramadhan, telah tercipta dari perintah khalifa kedua, 'Umar b. al-Khattab.


  • Di sampaikan oleh Abu Hurayra: Rasulullah (s) berkata, "Barang siapa mendirikan salat di malam hari disepanjang bulan Ramadhan dalam ke ikhlasan beriman dan mengharapkan balasan dari Allah, maka kesemua dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan." Ibn Shihab (penyampai yang lain) berkata, "Apabila Rasulullah wafat, manusia terus melakukannya (i.e. salat Nawafil (salat sunnat) didirikan secara individu, bukan berjama’ah), dan terus kekal begitu semasa khalifa Abu Bakr dan pada permulaan khalifa Umar.” ‘Abdur Rahman bin ‘Abdul Qari berkata, “Saya pergi bersama ‘Umar bin Al-Khattab satu malam di bulan Ramadhan ke masjid dan dapati manusia salat dalam berbagai kumpulan – seorang yang salat sendirian atau seorang yang salat bersama kumpulan kecil dibelakangnya. Kemudian Umar berkata, 'Dalam pendapat saya, lebih baik saya kumpulkan ini (manusia) dibawah pimpinan seorang Qari [i.e. biar mereka salat secara berjama’ah!]'. Maka, dia membuat keputusan supaya mereka berjama’ah dibelakang Ubayy bin Ka’b. Kemudian, pada malam berikutnya, saya pergi lagi bersama dengannya, dan manusia sedang salat dibelakang qari mereka. Dengan itu, 'Umar menyatakan, 'Betapa baiknya BID’AH (PERUBAHAN dalam agama) ini; tetapi salat yang mereka tidak lakukan, bahkan tidur diwaktunya, adalah lebih baik dari apa yang sedang dilakukan.' Dia maksudkan salat dibahagian yang terakhir malam."

[Sahih al-Bukhari, jilid 3, buku 32, nomber 227]

  • Itu dikatakan BID’AH kerana Rasulullah (s) tidak pernah dirikan salat ini secara berjama’ah, dan tidak juga salat ini di dirikan secara sedemikian di masa al-Siddiq (merujuk kepada khalifa pertama), tidak juga di bahagian awal malam atau dengan jumlah rakaat yang sedemikian.”

[al-Qastallani, Irshad al-Sari Sharh Sahih al-Bukhari, jilid 5, ms 4]

[al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, jilid 6, ms 287]



  • Umar adalah yang pertama pada menentukan contoh untuk salat malam di bulan Ramadhan, Tarawih, dan mengumpulkan manusia padanya, dan mengarahkan kawasan-kawasan lain mengenai perkara ini. Ini terjadi pada bulan Ramadhan tahun 14 Hijrah. Dia melantik untuk manusia seorang qari Qur’an yang memimpin salat Tarawih untuk lelaki dan wanita.”

[Ibn Sa’d, Kitab al-Tabaqat, jilid 3, ms 281]

[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', ms 137]

[al-'Ayni, 'Umdat al-Qari fi Sharh Sahih al-Bukhari, jilid 6, ms 125]
Berjama’ah di Masjid atau bersendirian di rumah?
Mendirikan salat sunnat secara sendirian di rumah dan jauh dari berjama’ah di masjid adalah amat digalakkan oleh Rasulullah (s) kerana itu membawa lebih rahmat untuk rumah dan keluarga serta membantu membesarkan anak-anak dalam Islam.


  • Rasulullah (s) berkata: "Wahai manusia! Dirikan salat kamu di rumah-rumah kamu, kerana salat terbaik seseorang itu adalah apa yang dilakukan di rumahnya, melainkan salat (berjama’ah) wajib."

[Sahih al-Bukhari, jilid 9, buku 92, nomber 393]

[al-Nasa’i, Sunan, jilid 3, ms 161, ms 198]



  • Suatu ketika Abdullah bin Mas’ud bertanya Rasulullah (s): "Mana lebih baik; salat di rumah saya atau di masjid?" Rasulullah (s) menjawab: "Tidakkah kamu lihat betapa dekatnya rumah saya ke masjid? Untuk salat di rumah lebih saya cintai dari salat di masjid melainkan salat-salat wajib."

[Ibn Majah, Sunan, jilid 1, ms 439, nomber 1378]

  • Disampaikan oleh Zayd bin Thabit: Rasulullah (s) membuat sebuah bilek kecil (dari tikar daun palma). Baginda (s) keluar (dari rumahnya) dan salat di dalamnya. Beberapa orang datang dan bersama-sama salat dengan baginda. Kemudian sekali lagi pada esok malamnya mereka datang untuk salat, tetapi Rasulullah (s) terlambat dan tidak keluar kepada mereka. Maka mereka mula meninggikan suara dan mengetuk-getuk pintu dengan anak-anak batu (untuk mendapatkan perhatian). Baginda keluar kepada mereka dalam keadaan marah, sambil berkata, "Kamu masih mahu mendesak (dengan yang kamu lakukan) bahawa saya takut salat ini menjadi wajib pada kamu. Maka, Wahai kamu manusia! Dirikan salat ini dirumah-rumah kamu, kerana salat terbaik seseorang itu adalah apa yang dilakukan di rumahnya, melainkan salat (berjama’ah) wajib."

[Sahih al-Bukhari, jilid 8, buku 73, nomber 134]

Yüklə 16,92 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə