INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
1
FANATIK BERAGAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI
MALAYSIA: ANALISIS BERDASARKAN PEMAHAMAN TERHADAP FIQH AL-
HADITH
Khadher bin Ahmad*, Mustaffa Abdullah,
Sedek Ariffin & Mohd Yakub @Zulkifli Mohd Yusoff.
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur, Malaysia.
*Emel: khadher82@um.edu.my
Abstrak:
Dalam masyarakat Islam di Malaysia, mekanisme beragama dapat dilihat dalam
pelbagai suasana dan keadaan bergantung kepada pemahaman terhadap ajaran
agama itu sendiri. Sekalipun agama Islam itu bersumberkan kepada al-Quran yang
tunggal dan berpandukan kepada ajaran yang hanya dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW, tetapi dalam menzahirkan kefahaman dalam kalangan masyarakat adalah
berbeza. Dari itu, lahirkan pelbagai golongan yang memenisfistasikan agama dengan
pelbagai keadaaan sehingga wujudnya golongan yang bersifat sederhana, golongan
yang fanatik (ekstrem) dan golongan yang sesat. Melalui metode analisis deduktif
dan induktif, artikel ini bertujuan untuk mengumpulkan hadith berkaitan dengan
fanatik beragama dan menjelaskan pengistilahan dalam hadith yang merujuk kepada
fanatik beragama serta menjelaskan pemahaman berdasarkan perbincangan dalam
fiqh al-Hadith. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat lima (5) hadith yang
menjadi asas perbincangan berkaitan dengan fanatik beragama dari sudut landasan
teori dan pemahaman berkaitan dengannya dengan merujuk kepada tiga tema utama
iaitu [1] Larangan Melampaui Batas, Extreme atau Memberatkan Sesuatu; [2]
Larangan Mengada-adakan Sesuatu Baharu Berkaitan Agama dan [3] Agama itu
Mudah dan Tidak Memberatkan atau Membebankan.
Kata kunci: Fanatik Agama; Ekstremis;
Taksub Mazhab; Bid’ah; Malaysia.
PENGENALAN
Islam adalah agama yang sempurna (syumul) yang bersifat sederhana (wasatiy).
Kedatangan agama Islam sendiri telah mengubah paradikma peribadatan manusia daripada
kebergantungan kepada makhluk kepada kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Bahkan Islam telah mewarnakan dan mencorakkan keperibadian manusia itu kepada
sebaik-baik keperibadian sesuai dengan firman Allah SWT: “Contoh teladan terbaik untuk
kamu ikuti/contohi” (al-Ahzab 33:21). Yakni, kesempurnaan peribadi Nabi SAW itu adalah
sebaik-baik ciptaan Allah SWT untuk diyakini dan dituruti oleh umat baginda SAW.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
2
Sikap melampau dan tindakan ekstrem bukan merupakan intipati ajaran Islam itu sendiri.
Bahkan Islam datang dengan penuh lemah lembut tanpa ada unsur paksaan, jauh sekali
menggalakkan pengorbanan jiwa terhadap golongan yang menolak atau enggan
menerimanya. Melalui panduan al-Quran sebagai wahyu Allah SWT dan panduan hadith
Nabi SAW, umat Islam diajar dan dididik dengan akhlak yang baik melalui contoh dan
teladan kepada cara hidup Nabi SAW. Walau bagaimanapun, kenapa Islam itu masih
diletakkan sebagai agama yang menyarankan penganutkan kepada tindakan ekstrem?
Kenapa umat Islam dilabelkan sebagai pengganas (teroris)? Demikian juga, wujud pula
umat Islam yang bersikap taksub dalam ibadah, taksub kepada tokoh-tokoh agama
sehingga mengagongkannya, taksud dan keras menentang golongan yang mempunyai
pandangan yang bertentangan, taksub dalam menjalani kehidupan beragama dan pelbagai
keadaannya lagi. Sedangkan, secara teorinya, Islam adalah agama yang sederhana, bersifat
lembut dan tegas, jauh sekali membebankan kehidupan umatnya beragama, menentang
tindakan melampau atau ekstrem dan sebagainya.
Justeru, melalui rujukan terhadap dalil-dalil al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW perlu
kepada penelitian dan huraian yang tepat dalam mengemukakan pemahaman yang betul
terhadap teks agama dan bagaimana tindakan fanatik amat ditegah dan dilarang. Jadi,
artikel ini, akan berusaha menghuraikan pemahaman tentang ekstrem atau fanatik dalam
beragama berasaskan kepada rujukan terhadap teks hadith-hadith lalui dikeluarkan fiqhnya.
FANATIK BERAGAMA
Sebelum perbincangan yang lebih panjang, perlu untuk diketahui maksud istilah ‘fanatik
beragama’. Istilah ‘fanatik’, merujuk kepada Kamus Dewan bermaksud terlalu berlebihan
kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (termasuk politik dan lain-lain)
hingga melampaui batas. Fanatik juga merujuk kepada (orang yang) keterlaluan pada
sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dengan keagamaan).
1
Disebutkan juga
bahawa fanatik adalah seerti dengan kalimah taksub iaitu terlalu kuat pegangannya atau
berlebih-lebih keyakinanya pada sesuatu; tegar hati atau dinyatakan juga taksub sebagai
kuat pegangan dan keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, seerti
dengan fanatik.
2
Kemudian, istilah fanatisme pula merujuk kepada satu fahaman atau perilaku yang
menunjukkan sikap tarikan terhadap sesuatu secara berlebihan. George Santayana telah
mendefinisikan fanatisme sebagai melipatgandakan usaha ada ketika anda lupa tujuan
anda".
3
Manakala Winston Churchill menyebutkan bahawa seseorang fanatisme sukar
untuk mengubah pola berfikir dan tidak pula akan mengubah haluannya". Boleh dikatakan
bahawa seseorang yang fanatik memiliki aturan yang ketat dalam pola berfikirnya dan
cenderung tidak mahu mendengarkan pandangan atau idea yang dianggap bertentangan.
4
Fanatisme sebenarnya turut merujuk kepada keadaan sesorang yang percaya kepada agama
bahawa apa yang dianutinya itu adalah benar. Pemahaman itu bersifat positif pada sesorang
1
Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fanatik, 11 Ogos 2016.
2
Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fanatik, 11 Ogos 2016
3
Santayana, George (1905). Life of Reason: Reason in Common Sense. (New York: Charles Scribner's Sons)
13
4
Ibid.