Panduan Menulis Karangan Autobiografi



Yüklə 42,24 Kb.
tarix23.09.2017
ölçüsü42,24 Kb.
#1389


Panduan Menulis Karangan Autobiografi



  1. Karangan autobiografi merupakan karangan tidak berformat.

2. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri sebagai sesuatu

benda secara terperinci. (tentang riwayat hidup sesuatu benda.)
3. Riwayat hidup yang diceritakan itu menyentuh peristiwa suka dan duka dari mula
dihasilkan sehingga tidak lagi digunakan.

4. Karangan ini boleh ditulis dalam bentuk cerita yang menarik yang mempunyai unsur

saspens dan dramatik. Boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana.

5. Aturan membina karangan

· tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses pembuatan - dibungkus

· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik

· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat

· perasaan - sedih atau gembira

6. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
7.Pengakhiran cerita boleh disampaikan dalam suasana sedih, gembira atau bahagia.

8. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat.



KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI

Andaikan diri kamu sehelai baju.

Tulis karangan bertajuk “Aku Sehelai Baju”
Tajuk : Aku Sehelai Baju
Aku sehelai baju. Aku berasal dari sebuah kilang di Shah Alam. Aku diberi nama Kiko. Setelah selesai dibungkus, aku dan rakan-rakan dimasukkan ke dalam kotak.
Kemudian, kami dihantar ke sebuah kedai yang terletak di Bandar Raya Johor Bahru. Kami dipamerkan di atas sebuah rak untuk menarik perhatian pelanggan. Aku berasa bangga kerana dengan megah dapat memperagakan diriku yang tidak kurang cantiknya itu, bersama-sama rakanku yang lain.
Pada suatu hari, seorang budak perempuan datang ke kedai itu. Apabila melihat reka bentuk aku, dia terus membeli aku. Aku dibawa pulang ke rumahnya. Kini aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku kerana aku sudah mendapat tuan yang baru.
Setiap hari, tuan aku berasa bangga apabila memakai aku. Dia juga akan membersihkan badan aku supaya sentiasa kelihatan bersih dan wangi. Aku juga berasa gembira kerana dapat membuatkan diri tuanku itu nampak cantik.
Lama-kelamaan, warna badan aku telah lusuh dan koyak. Aku kelihatan hodoh dan comot. Tuan aku malu untuk memakai aku lagi. Aku mula bersusah hati memikirkan akan nasib diriku selepas ini.
Dia menggunakan aku untuk mengelap kotoran. Kini, riwayat hidup aku berada di penghujung. Aku telah menjadi sehelai kain buruk. Aku juga tidak menyangka yang kesudahan hidupku ini sangatlah mendukacitakan.

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Kereta”.


Aku Sebuah Kereta.

Aku sebuah kereta. Namaku Inspira. Aku dilahirkan di kilang proton di  Shah Alam. Tubuh badanku  direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta,aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, aku dan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengunjung yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.
Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali  telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.           
Setiap pagi,aku membawa cikgu Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan  juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.
Pada suatu hari, tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.

Aku Seekor Ikan Emas.

Aku seekor ikan.Namaku ikan emas. Aku tinggal di dalam sebuah tasik yang jernih airnya. Nama tasik itu ialah Tasik Suci.Tasik Suci mempunyai ramai "penghuni" seperti ikan kaloi, bawal putih ,bawal hitam dan ikan kembung. Aku mempunyai ramai kawan di dalam tasik itu. Pada suatu hari, seorang kanak-kanak lelaki pergi memancing bersama ayahnya. Mereka pergi memancing di tasik tempat aku tinggal. Aku tidak sedar akan kehadiran mereka.

Aku termakan umpan yang dipasang oleh mereka. Aku berasa sungguh cemas tidak terkira. Manakala kanak-kanak lelaki itu berasa sungguh gembira. Dia menyimpanku ke dalam sebuah besen yang kecil. Apabila sampai di rumahnya, aku di masukkan ke dalam akuarium yang sederhana kecil. Di dalam akuarium itu terdapat beberapa biji batu yang diambilnya dari pantai berdekatan. Aku berasa gembira kerana dapat makan secukupnya tetapi aku berasa terseksa kerana dikurung di dalam sebuah akuarium.

Pada suatu hari, aku berasa sempit berada di dalam akuarium itu. Aku berasa badanku semakin membesar. Tuanku sedar akan hal itu. Ayahnya menyarankan agar dia melepaskanku ke tempat asal. Dia berasa sedih apabila mendengar saranan ayahnya itu. Aku menanti hari itu dengan sabar, dan hari itu ialah hari Khamis. Tuanku pergi ke Tasik Suci untuk melepaskanku.

Selepas dilepaskan, aku terus pergi berjumpa ibuku, kemudian kawan-kawanku. Ibuku berasa gembira dengan kepulanganku. Kawan-kawanku berasa kagum mendengar ceritaku. Sejak hari itu, aku sangat menyukai hari Khamis.





KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku Sebuah Komputer

       Aku merupakan sebuah komputer yang terkini. Aku dilahirkan di kilang komputer yang terletak di Pulau Pinang. Nama aku ialah Super. Bentuk badan aku empat segi dan mempunyai banyak wayar.


       Apabila aku siap, aku dibungkus dengan plastik dan dimasukkan ke dalam kotak. Aku dihantar ke kedai komputer dengan sebuah lori. Sebaik sampai di kedai itu, aku disimpan dengan baik.

      Semasa pameran komputer diadakan, aku dihantar ke pusat pameran komputer. Di sana, aku mendapat perhatian ramai kerana aku merupakan model baharu dan mempunyai kuasa memproses data dengan pantas. Banyak pengunjung yang datang melihat aku.


      Selang beberapa hari kemudian, seorang pemuda datang memberi aku. Aku dibawa balik ke rumahnya. Aku diletakkan di dalam biliknya yang berhawa dingin. Aku selalu digunakan oleh tuan aku untuk melayari Internet. Tuan aku menjaga aku dengan baik.
      Kini, aku sangat penting kepada tuan aku. Setiap hari aku digunakan untuk bermain permainan komputer, menyimpan data dan sebagainya. Aku tidak jemu menyumbang khidmat kepada tuan aku.
       Aku telah banyak berbakti kepada tuan aku. Oleh itu, tuan aku begitu sayang akan aku. Aku berasa bertuah kerana dimiliki oleh orang yang mahir dalam komputer.
Setelah dua tahun digunakan, badanku menjadi sangat kotor atas kelalaian tuanku. Badanku kotor kerana tuanku selalu makan di dalam biliknya ketika dia sedang bermain permainan komputer. Oleh itu, tuanku mahu membeli komputer yang baru kerana aku tidak boleh digunakan lagi. Aku berasa sangat sedih dan aku berharap aku dapat digunakan lagi. Malangnya, inilah nasib aku. Jadi, tamatlah riwayatku sebagai sebuah komputer.

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku Sebatang Pen.

Aku sebatang pen. Bentuk badanku bulat dan panjang. Nama aku ialah ‘Pilot’. Negara asal aku ialah Perancis. Aku dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang.

Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke sebuah kedai alat-alat tulis. Ramai pelanggan yang datang melihat aku. Mereka memuji kecantikan badan aku. Tetapi tiada seorang pun yang mahu membeli aku. Barangkali kerana darahku yang berwarna merah.

Pada suatu hari, seorang wanita membelek aku. Wanita itu terus memberi aku setelah cuba menulis menggunakan darahku. Aku berasa gembira sekali kerana aku mendapat tuan yang baru. Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas meja. Wanita itu mengeluarkan beberapa buah buku dari dalam lacinya. Rupa-rupanya tuan aku seorang guru. Aku digunakan untuk memeriksa buku murid-muridnya. Tiba-tiba, aku terlepas daripada tangannya kerana tuan aku terkejut apabila telefon berdering. Aku terjatuh ke lantai. Aku berasa sakit sekali. Tuan aku tidak menghiraukan aku lalu menjawab telefonnya.


Selepas selesai berborak, tuan aku mengambil aku untuk menyambung semula kerjanya. Tetapi apabila mataku menyentuh buku, sakitnya tidak terhingga. Rupa-rupanya badanku telah pecah dan darahku mengalir tidak berhenti. Tuan aku membebel keseorangan diri dan terus mencampak aku ke dalam tong sampah.

Aku berasa sangat sedih kerana cuma dapat berkhidmat kepada tuan aku dalam masa yang singkat sahaja. Yang lebih memilukan hatiku ialah aku kini telah berada dalam tong sampah. Aku tidak tahu sampai bilakah aku akan berada di dalam tong sampah ini. Inilah kesudahan hidupku.

Aku Sebuah Telefon Bimbit

  Namaku Samsung. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jepun. Badanku diperbuat daripada logam, plastik, dan barang-barang elektronik. Setelah siap diproses, aku dibawa ke sebuah negara bernama Malaysia. Di Malaysia kemudiannya aku dibawa ke sebuah bandar bernama Kuala Lumpur.


Sebagai sebuah alat ciptaan sains dan teknologi, sememangnya aku sungguh bangga kerana aku merupakan jenama telefon bimbit yang paling popular di Malaysia. Di Kuala Lumpur, aku ditempatkan dalam sebuah kedai dan dipamerkan bersama rakan-rakanku dari jenama yang lain.

Setiap hari ramai pengunjung yang datang ke kedai itu. Ada yang meminatiku dan menanyakan perkhidmatan yang aku tawarkan. Akhirnya aku dibeli oleh seorang wanita muda bernama Zarina dengan harga RM1500.00. Aku disimpan di dalam beg tangannya yang mahal bersama beberapa barang berharga yang lain. Aku sangat teruja apabila Zarina menggunakanku untuk berhubung dengan rakannya,menghantar pesanan ringkas, mendengar muzik dan kadang-kala bermain permainan.

Aku benar-benar gembira berkhidmat untuk Zarina. Ada berbagai-bagai kegunaan aku tawarkan untuk Zarina termasuk kemudahan halaman sosial. Zarina menggunakan aku dengan sebaik-baiknya. Aku dijaga dengan cermat dan tidak pernah terhempas. Aku juga dilindungi dengan kulit plastik sintetik bermutu tinggi.

Setelah dia menggunakanku beberapa tahun, kemudahan yang aku tawarkan mulai ketinggalan. Zarina menggantikan aku dengan sebuah telefon bimbit yang lebih canggih daripada aku. Aku disimpan dengan baik di dalam laci di dalam bilik tidurnya. Walaupun aku tidak digunakan lagi oleh Zarina namun aku berasa besar hati dapat berkhidmat dengan baik kepada tuanku.



Aku Sebuah Beg Tangan

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Thailand. Namaku ROXY.Aku diperbuat daripada kulit. Pada badanku, terdapat sepasang tangan yang bulat dan panjang. Perutku dapat memuatkan pelbagai benda yang berguna kepada manusia.

Aku telah dimasukkan ke dalam kotak yang besar bersama-sama dengan rakanku yang lain. Aku berasa takut kerana suasana yang gelap di dalam kotak itu. Kemudiannya, aku dimuatkan ke dalam sebuah lori. Perasaan bimbang terus menyelubungi diriku kerana aku tidak tahu arah aku akan dibawa. Jarak perjalanan yang kulalui amat jauh. Khabarnya , aku akan dibawa berhijrah ke semenanjung Malaysia.

Perjalanan yang aku lalui sungguh meletihkan. Akhirnya aku sampai di destinasi yang dituju. Aku telah diangkut dari badan lori ke sebuah tempat yang masih tidak aku ketahui. Setelah dikeluarkan dari kotak, barulah aku tahu bahawa aku sebenarnya di tempatkan di sebuah pasar raya. Kemudian aku disusun di dalam sebuah almari kaca bersama-sama dengan rakan-rakanku. Aku berasa amat bangga kerana setiap hari aku dipertunjukkan kepada orang ramai. Aku sering mendengar pujian tentang kecantikanku.

Pada suatu hari, datang seorang wanita muda membelek-belekku. Wanita itu suka terhadapku. Aku telah dibawanya ke kaunter pembayaran. Aku kini mempunyai seorang tuan yang baharu. Lima hari dalam seminggu, aku akan dibawa ke tempat kerjanya. Dia memasukkan beberapa batang pen dakwat merah, pena penanda, telefon bimbit dan tisu ke dalam perutku. Kadang-kadang aku dibawa bersiar-siar. Aku berasa gembira kerana tuan aku seorang yang bertimbang rasa. Aku dijaganya dengan baik dan penuh kasih sayang.

Pada suatu petang, ketika aku dibawa oleh tuan aku ke sebuah gedung beli-belah, tiba-tiba seorang pemuda telah merentap aku dari galasan tuan aku, dari arah belakang. Rentapan yang kuat itu menyebabkan tanganku putus. Aku kemudiannya telah dilarikan. Setibanya di suatu tempat sunyi, isi perutku telah ditaburkan. Aku dicampakkan ke dalam semak samun.

Sejak hari itu, aku dibiarkan di dalam semak samun. Kini aku tidak bertuan, aku tinggal sebatang kara. Hanya panas, hujan dan air mata menjadi teman setia aku. Aku tidak mampu lagi memikirkan nasibku. Tinggallah aku sendirian menghitung waktu. Nasibku ibarat " untung sabut timbul, untung batu tenggelam".



Aku Sepasang Kasut

Nama saya ialah Clark . Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya diperbuat daripada getah. Saya berasal daripada sebuah kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai.

Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar. Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat.

Pada suatu hari, seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah.

Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak becak jika memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya.

Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.

Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya dalam kegelapan dan kesepian.



Aku Sebuah Tong Sampah

Aku sebuah tong sampah . Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di Shah Alam. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap , aku dan rakan-rakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.

Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata ‘‘Kebersihan Amalan Mulia”. Aku bangga dengan tugasku ini.

Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah diriku.

Setiap pagi , pekerja majlis perbendaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria.Tetapi biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikapa segelintir manusia yang pengotor .

Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan berbau busuk.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compang-camping. Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di dalam perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah dibaham oleh api . Begitulah nasib diriku.

Aku Sepasang Cermin Mata
Aku cermin mata yang berbentuk bulat. Aku mempunyai bingkai yang berwarna perang. Cerminku berwarna jernih dan berbentuk cembung. Ada juga rakan-rakanku yang bercermin cekung.
Aku berfungsi untuk membantu orang yang mengalami masalah penglihatan. Contohnya mereka yang berpenyakit rabun jauh dan rabun dekat. Ada juga manusia yang memakai cermin mata untuk melindungi mata daripada sinaran matahari dan sebagai fesyen sahaja.
Aku dimiliki oleh seorang budak perempuan yang masih bersekolah. Dia menggunakanku untuk membaca,menulis dan sebagainya. Dia menjagaku dengan baik sekali. Apabila cermin mataku kelihatan kabur, dia akan mengelapnya. Aku juga disimpan di dalam  beg kecil yang bersih. Sebelum tidur, aku akan disimpan supaya tidak pecah.
Aku kasihan melihat tuanku apabila aku terjatuh. Dia akan teraba-raba mencariku. Kadang-kala kepalanya terhantuk di kaki meja. Namun, dia akan tersenyum apabila menemuiku kembali.
Aku bangga menjadi sepasang cermin mata. Aku dapat membantu mereka yang memerlukan diriku.

http://1.bp.blogspot.com/-rrxeoxafnde/t-530mtkpwi/aaaaaaaabky/ric5mhx8asg/s1600/img-thing.jpg


Aku Seekor Kucing

Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari Negara Jepun. Badanku berwarna putih. Aku adalah sepsis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia.


Aku telah dibeli  oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.
Eryana  sangat menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama “insan istimewa” buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan.
Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Yüklə 42,24 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə