Pendapatan cukai, pembiayaan defisit dan pertumbuhan ekonomi ke



Yüklə 119,23 Kb.
tarix27.03.2018
ölçüsü119,23 Kb.
#35079


DASAR FISKAL DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

DI NEGARA ISLAM
Marlina Widiyanti
Jurusan Managemen, Fakultas Ekonomi, Universitas Sriwijaya, Palembang, Indonesia

Marlina10_js@yahoo.com

ABSTRAK
This paper assets the effects of fiscal policy and public expenditure on economic growth in a simple of 16 developing Islamic countries during 1971 until 2005. In this paper, we explore how tax policies in fact affect a country’s growth rate. We find that statutory corporate tax rate are significantly positively correlated with capital, tax rate, bond and expenditure government, but differences for various determinant concumtion of economic growth rates. In fixed-effect estimates using a panel data, we again find that increases in tax rate lead to higher future growth rates with budget constraint individu tax to consumption, corporate tax rate to capital and income tax to public expenditure.
Keyword: Fiscal policy, Public expenditure, Economic growth, and Endogenous growth,


1. PENGENALAN
Setiap negara pernah mengalami turun naiknya pendapatan kerajaan yang disebabkan turun naiknya pendapatan individu dan korporat. Turun naik hasil kerajaan ini boleh memberi kesan pada kadar pertumbuhan ekonomi. Kerajaan boleh menstabilkan pertumbuhan ekonomi tersebut dengan menjalankan beberapa dasar penstabilan. Dalam perspektif ekonomi sesuatu negara, kerajaan dapat menjalankan dua dasar ekonomi yang utama, yaitu dasar fiskal dan dasar moneteri. Penerapan kedua dasar ini saling melengkapi, terutamanya bagi memberi kesan kepada sektor barangan dan perkhidmatan.
Dasar fiskal mengembang dalam peningkatan perbelanjaan pada amnya akan mengakibatkan belanjawan defisit, sehingga negara perlu berusaha meningkatkan pendapatannya baik dengan peningkatan pendapatan cukai mahupun pendapatan bukan cukai. Masalah ini banyak dijumpai pada negara-negara sedang membangun begitu juga dengan negara-negara Islam, di mana jika pengurusan defisit ini tidak menggunakan dasar fiskal dan dasar moneteri yang sesuai dengan falsafah negara yang berkenaan, maka belanjawan defisit akan terus terjadi, dalam hal ini sangat diperlukan peranan swasta sebagai usaha untuk pelaburan.

Negara boleh meningkatkan perbelanjaannya hanya melalui peningkatan dalam kadar cukai, tetapi jika kadar cukai yang dikenakan adalah terlalu tinggi, ini tidak akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara sebaliknya menyebabkan tekanan fiskal seperti para pekerja semakin hilang semangat serta kurang berminat untuk bekerja dan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Akibatnya, keuntungan yang diperolehi semakin berkurangan dan sekaligus akan mengurangkan hasil cukai yang diperolehi oleh negara tersebut dan ini akan mengurangkan perbelanjaan yang akan dilakukan oleh negara. Apabila hasil cukai yang diperolehi semakin berkurangan, maka perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan negara juga semakin berkurangan.


Untuk mengatasi masalah tersebut, negara perlu menurunkan kadar cukai supaya menjadi rendah kembali. Keadaan ini akan mewujudkan kitaran fiskal yang akan menyebabkan rakyat mendapat keuntungan yang tinggi kerana mereka tidak terasa terbeban dengan penetapan kadar cukai tersebut dan ini boleh menggalakkan peningkatan produktiviti kerana para pekerja telah bekerja dengan lebih kuat serta para pengusaha dan pemodal telah menambahkan pelaburan mereka. Apabila semua pihak yang terlibat dalam pengeluaran iaitu pekerja, pemodal dan pengusaha berasa gembira dan berpuas hati dengan peranan dan ganjaran mereka, maka cukai dapat dibayar dengan lebih ikhlas lagi dan dengan pertolongan daripada Allah, ekonomi negara tersebut akan menerima barakah justeru meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Pada amnya pakar ekonomi bersepakat bahawa percukaian dan perbelanjaan kerajaan mempunyai kesan dalam jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi. Sebelumnya model Neo-Klasik menentukan, kadar pertumbuhan jangka panjang dengan menggunakan populasi endogenus kadar pertumbuhan dan atau kadar kemajuan teknis, kecekapan dari tujuan ini penting untuk menghubungkan antara dasar makroekonomi dan pelaksanaan ekonomi jangka panjang. Secara berbeza, model pertumbuhan endogenus yang baru adalah lebih baik serangkaian analisis pemikirannya dan banyak perhatian terfokus dalam analisis hubungkait antara dasar fiskal dan pertumbuhan ( seperti contoh, Barro (1990), Jones dan Manuelli (1990), King dan Rebelo (1990), Rebelo (1991), Razin dan Yuen (1992), Jones, Manuelli and Rossi (1993).
Dalam kajian ini, negara Islam yang terpilih dalam kajian ini seperti Algeria, Bahrain, Burkina Faso, Cameroon, Cote d’Ivoire, Egypt, Indonesia, Iran, Jordan, Malaysia, Moroko, Nigeria, Pakistan, Tunisia, Turki dan Uganda. Permasalahan negara Islam membangun khasnya adalah rendahnya peningkatan pertumbuhan ekonomi, dengan banyak faktor yang menyebabkannya. Misalnya faktor politik, keamanan negara, rendahnya pelaburan, rendahnya pendapatan perkapita dan tingginya inflasi. Kondisi ini menyebabkan belanjawan defisit negara yang akhirnya kewangan negara memerlukan pinjaman baik dari luar negara mahupun pengeluaran bond kerajaan.
2. PERMASALAHAN KAJIAN
Analisis dalam kajian ini berpandukan kepada pendapat awal yang dikemukakan oleh Abu Yusuf, Ibn Khaldun dan Authur Laffer. Menurut mereka, hasil cukai akan meningkat apabila kadar cukai meningkat. Tetapi dengan peningkatan kadar cukai secara berterusan, hasil cukai yang diterima akan semakin berkurangan. Pada masa yang sama pabila kadar cukai yang dikenakan ke atas pekerja ditingkatkan, ini akan menyebabkan penawaran pekerja tersebut pada mulanya semakin meningkat tetapi dengan peningkatan kadar cukai secara berterusan, penawaran pekerja semakin berkurangan dan hasil cukai yang diterima oleh negara juga akan semakin menurun. Isu yang timbul di sini adalah, Pertama, Untuk mengetahui kaedah atau cara yang akan digunakan oleh sesebuah negara untuk mengekalkan hasil cukai supaya sentiasa meningkat walaupun kadar cukai yang dikenakan semakin meningkat juga. Kedua, Mengikut fungsi pengeluaran atau model pertumbuhan ekonomi, output negara adalah bergantung kepada dua jenis input iaitu buruh dan kapital. Jika cukai yang dikenakan telah menyebabkan hasil cukai menurun iaitu yang disebabkan oleh faktor buruh, maka ini bermakna negara mempunyai satu lagi inisiatif untuk digunakan iaitu faktor kapital sebagai pengganti kepada faktor buruh.
Sebagai salah satu alat dasar fiskal, perbelanjaan kerajaan dapat digunakan untuk mengendalikan tingkat pengeluaran negara (output). Pertambahan perbelanjaan kerajaan kerajaan akan meningkatkan pendapatan negara dan kadar bunga, sebaliknya pengurangan pada perbelanjaan kerajaan akan mengakibatkan penurunan pada kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Namun perlu diamati ialah bahawa peningkatan kadar bunga sebagai akibat peningkatan perbelanjaan kerajaan atau dasar fiskal mengembang akan mengakibatkan penurunan pelaburan swasta (crowding out). Akibat peningkatan perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan kadar bunga dan output sehingga berlaku peningkatan pendapatan negara. Namun, jika kadar bunga mampu dikekalkan, maka peningkatan output akan menjadi lebih besar dibandingkan dengan berlakunya peningkatan kadar bunga. Keadaan ini menimbulkan masalah, adakah peningkatan perbelanjaan mengakibatkan peningkatan output yang bererti juga dapat meningkatkan pendapatan negara, tetapi akankah peningkatan perbelanjaan kerajaan dengan jumlah besar daripada yang diperlukan maka akan berlaku ketidakcekapan sehingga berakibat defisit belanjawan? Adakah kondisi tersebut akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi?

3. LINTASAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian mengenai percukaian yang telah dibuat bermula dari zaman pemerintahan empat khalifah utama Islam. Kajian ini dimulakan daripada kajian Abu Yusuf iaitu semasa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah (752M-1258M). Ini kerana Abu Yusuf telah mengemukakan beberapa teori serta idea yang terbaik dan menarik di dalam pelaksanaan sistem percukaian. Mengikut pendapat beliau, kaedah pungutan cukai muqasamah adalah lebih baik dari misahah. Selain itu, konsep ini juga telah dikemukakan dan dihuraikan oleh Ibn Khaldun. Pandangan yang dikemukakan oleh Abu Yusuf dan Ibn Khaldun menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Cukai Moden Sebelah Penawaran. Dasar ini mengusulkan supaya kadar cukai sut yang rendah yang dikenakan ke atas pendapatan masyarakat akan menggalakkan mereka untuk sama-sama masuk dalam pasaran buruh dan menambahkan masa kerja mereka. Sementara dengan penetapan kadar cukai sut yang tinggi, masyarakat tidak akan bersemangat untuk bekerja dan ini seterusnya akan menurunkan produktiviti mereka dan melembabkan proses pengeluaran.
Menurut Ibn Khaldun (1332-1406) pula, kerajaan yang melaksanakan pemerintahan mengikut syariat Islam, hanya akan mengenakan cukai dengan kadar cukai yang telah ditetapkan oleh syariat dan kadar cukai ini tidak boleh ditingkatkan sewenang-wenangnya mengikut kepentingan seseorang atau kerajaan itu sendiri. Teori ekonomi Ibn Khaldun, mengandungi dua hal, iaitu teori pengeluaran dan teori pengagihan. Dalam teori pengeluaran, terdapat dua faktor utama iaitu buruh dan modal yang digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran. Jika cukai dikenakan ke atas faktor buruh, ini akan menyebabkan buruh mengurangkan insentifnya untuk bekerja dan akan menurunkan produktiviti buruh seterusnya pengeluaran (output) negara menurun. Untuk mengekalkan malah meningkatkan pengeluaran negara, faktor buruh ini akan diganti dengan penggunaan faktor modal. Kemudian Adam Smith (1973) pula telah mengutarakan pendapatnya mengenai sistem percukaian.
Pada akhir tahun 1970 pula, wujud pendapat yang dikemukakan oleh Arthur Laffer yang juga telah menggunakan pendekatan yang sama dengan Abu Yusuf dan Ibn Khaldun iaitu pendekatan Dasar Cukai Sebelah Penawaran yang melihat hubungan di antara jumlah hasil cukai dan kadar cukai. Hubungan ini diaplikasikan ke dalam sebuah keluk iaitu keluk Laffer. Keluk Laffer ini menyatakan bahawa apabila kadar cukai semakin meningkat, hasil cukai pada mulanya akan meningkat tetapi akibat daripada peningkatan kadar cukai secara berterusan, hasil yang diterima akan semakin berkurangan. Ini kerana, peningkatan kadar cukai telah mengurangkan insentif para pekerja untuk mengumpul pendapatan dan keadaan ini telah menyebabkan peratusan pendapatan boleh cukai semakin berkurangan dan sekaligus akan mengurangkan hasil yang diterima oleh negara. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku jika penawaran buruh tersebut adalah anjal kerana dengan peningkatan yang sedikit sahaja di dalam kadar cukai, ia akan menyebabkan hasil cukai yang diperolehi berkurangan dengan kadar yang lebih besar (Malcomson ;1986).
Kajian yang dilakukan oleh King dan Rebelo (1990) mengenai dasar awam dan pertumbuhan ekonomi adalah bertujuan untuk mencari jawapan bagi permasalahan yang melibatkan negara-negara di dunia yang mempunyai kadar pertumbuhan jangka panjang yang berbeza. Didapati permasalahan ini adalah disebabkan oleh dasar awam yang mempengaruhi insentif individu di dalam mengumpul modal iaitu modal fizikal dan modal manusia. Analisis ini menunjukkan kesan insentif boleh mengakibatkan perbezaan yang besar dalam kadar pertumbuhan jangka panjang. Oleh kerana kebanyakan kadar cukai sukar diukur, pengkaji telah menggunakan kaedah tidak langsung. Percukaian boleh memberi kesan yang besar kepada kadar pertumbuhan jangka panjang. Untuk ekonomi terbuka yang mempunyai mobiliti modal yang agak besar, percukaian negara dengan mudah boleh menyebabkan ‘perangkap pembangunan’ iaitu bagi negara yang tidak berkembang atau menyebabkan ‘keajaiban pertumbuhan’ iaitu bagi negara yang berubah daripada pertumbuhan yang lembab kepada pengembangan yang cepat. Pengaruh percukaian mempunyai kesan kebajikan yang sangat penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagi model pertumbuhan endogen, jika kos kebajikan dalam kadar cukai pendapatan meningkat 10 peratus, ini akan menyebabkan model neoklasikal meningkat 40 kali lebih besar.
Ireland (1994) telah membuat kajian mengenai Supply side economic and endogenous growth. Beliau telah mendapati bahawa dasar cukai telah menduduki tangga yang tertinggi sebagai penentu kepada kadar pertumbuhan jangka panjang. Kajian ini juga telah menguji kesan yang wujud daripada pembiayaan defisit potongan cukai dengan menggunakan model pertumbuhan endogen. Hasil kajian menunjukkan bahawa titik perubahan keluk Laffer ini berlaku apabila kadar cukai adalah 15 peratus. Didapati pengurangan dalam kadar cukai sut akan mendorong ekonomi menjadi defisit di dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, dalam jangka panjang, hutang kerajaan akan dapat dilunaskan tanpa menyebabkan peningkatan dalam cukai secara berterusan. Pengurangan yang berterusan dalam kadar cukai pendapatan sut boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sebenar dan belanjawan kerajaan menjadi bertambah mantap.
Pecorino (1995) telah membuat kajian mengenai kadar cukai dan hasil cukai dalam model pertumbuhan yang menggunakan pengumpulan modal manusia. Didapati hubungan di antara kadar cukai dan nilai kini hasil cukai adalah dianalisis dalam model pertumbuhan endogen di mana pengumpulan modal manusia menjadi penggerak kepada pertumbuhan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa cukai pendapatan akan mengurangkan saiz asas cukai pada masa sekarang dan masa depan melalui kesan yang diberikan oleh penawaran buruh dan kadar pertumbuhan. Kesan dinamik telah menyebabkan titik maksimum bagi kadar hasil cukai menuju ke bawah. Bagaimanapun, jika keanjalan penggantian antara masa adalah signifikan dan berada di antara 0.3 hingga 0.4 seperti yang dianggarkan oleh Boskin (1978), kesan dinamik ke atas penganggaran titik maksimum kadar hasil cukai akan menjadi agak kecil. Aktiviti yang dilakukan di dalam pengumpulan modal manusia tidak semuanya dikenakan cukai. Potongan cukai yang sama akan meningkatkan pertumbuhan kepada 1.25 peratus. Pengurangan dalam asas cukai bagi masa depan adalah disebabkan oleh tingkat cukai yang diberi adalah terlalu rendah.
Gordon (1998) memperlihatkan pilihan untuk memasukkan pengertian bahawa rendahnya kadar cukai korporat relatif untuk kadar cukai perseorangan mendorong mengambil resiko (risk-taking), Gentry dan Hubbard (2000) menemukan bukti-bukti bahwa struktur pajak progresif perseorangan memperkecil pengambilan resiko (risk-taking). Cullen dan Gordon (2002) menyelidiki banyak akibat potensial dari sistem cukai dalam aktiviti ekonomi, dan menemukan dukungan data empirik untuk melihat pengaruh cukai ini dengan menggunakan pendapatan cukai perorangan dalam US dollar dengan menggunakan data sejak tahun 1964 – 1993.

Novales dan Ruiz (2002) dalam kajian keluk Laffer Dinamik telah menggunakan model pertumbuhan endogen yang meliputi pengumpulan modal manusia. Kajian ini telah membincangkan mengenai kemungkinan untuk memperbaiki kebajikan jika terdapat perubahan dalam pelaksanaan dasar fiskal. Didapati pengurangan dalam hasil cukai ini adalah disebabkan oleh potongan cukai secara berterusan. Pengurangan ini kemudiannya dipampaskan dengan peningkatan semula dalam asas cukai. Didapati dalam keadaan ini, ia boleh dikaitkan dengan Keluk Laffer kerana potongan cukai telah menyebabkan hasil cukai pada permulaannya meningkat dan kemudiannya berkurang. Kesan Laffer ini menunjukkan margin untuk penggantian hutang dalam cukai yang dikenakan ke atas pendapatan buruh dan modal adalah penting kerana kerajaan boleh menerbitkan hutang untuk membiayaai defisit yang disebabkan oleh pengurangan dalam cukai. Oleh itu, hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa pengurangan yang besar dalam kadar cukai pendapatan buruh akan meningkatkan lagi kebajikan sosial masyarakat dari pengurangan yang besar dalam kadar cukai pendapatan modal.


Kajian Hansson dan Stuart (2003) terhadap kemuncak saiz fiskal kerajaan telah mendapati bahawa bayaran pindahan, perbelanjaan kerajaan dan hasil cukai adalah merupakan komponen yang tertinggi di dalam Keluaran Negara Kasar (GNP) bagi semua negara OECD di antara tahun 1972 hingga 1992. Bukti menunjukkan bahawa beberapa negara yang menekankan kepada kepentingan bayaran pindahan adalah menghampiri atau mungkin melebihi had keluk Laffer. Didapati, negara-negara yang mempunyai saiz kepuncakan yang besar akan mengalami penurunan yang besar juga di dalam saiz fiskal dari masa puncak sehingga tahun 1992.
Kajian Heijman dan Ophem (2005) adalah berkisarkan kepada kerelaan untuk membayar cukai di 12 negara OECD terpilih dengan menggunakan pendekatan keluk Laffer. Dalam kajian ini, sebuah model percukaian optimum telah dibina untuk melihat samada kadar cukai optimum adalah lebih rendah daripada kadar cukai sebenar atau tidak. Oleh itu, perbezaan di antara pendapatan potensi, pendapatan tidak berdaftar dan pendapatan tak ketara telah diambilkira. Ketiga-tiga jenis pendapatan ini adalah dipengaruhi oleh kadar cukai dan kerelaan untuk membayar cukai. Model ini telah menganggar kerelaan setiap negara untuk membayar cukai dan seterusnya membandingkan perbezaan di antara kadar cukai sebenar dengan kadar hasil cukai maksimum. Kadar cukai ini adalah termasuk semua jenis cukai dan bukan hanya cukai ke atas pendapatan sahaja. Didapati apabila kadar cukai yang dikenakan semakin meningkat dan apabila peningkatan itu mencapai sebahagian daripada keluk Laffer, maka ekonomi akan beralih daripada sektor white kepada sektor black untuk mengelak daripada membayar cukai. Kesan yang boleh diambilkira dalam penentuan hasil cukai bagi 12 negara OECD ini ialah penurunan hasil daripada aktiviti di dalam sektor white digabung dengan peningkatan hasil daripada aktiviti di dalam sektor black. Kesimpulan yang diperolehi ialah kesemua negara kecuali Sweden mempunyai nilai kadar percukaian marginal yang lebih rendah daripada nilai optimumnya.
Perbelanjaan kerajaan merupakan alat dasar fiskal yang dilakukan oleh kerajaan dengan objektif untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat (maximize social welfare). Oleh sebab itu sesuai dengan teori ekonomi, perbelanjaan kerajaan akan cenderung mengalami peningkatan yang lebih besar di negara miskin dan di negara sedang membangun berbanding dengan negara maju. Konsep perbelanjaan kerajaan boleh dipandang sebagai bentuk permintaan oleh masyarakat terhadap penyediaan barangan awam oleh kerajaan (Niskanen 1978; Diamond 1989; Tridimas 1992; Bruno & Carine 1994; Dallen & Sswank 1996; Boadway 1997; Swaroop et al. 2000; Merifield 2000; Schuvnecht 2000; Tridimas 2001). Dengan demikian, bentuk fungsi perbelanjaan kerajaan boleh dikatakan mengikut hukum permintaan. Realisasi perbelanjaan kerajaan untuk menyediakan barangan dan sarana perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat akan diberikan dalam bentuk belanjawan (budget) sebagai representasi dasar fiskal kerajaan.
Secara eksplisit, teori Wagner menyatakan bahawa pertambahan perbelanjaan kerajaan akan lebih cepat berbanding dengan pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini disebabkan oleh adanya peningkatan permintaan oleh masyarakat terhadap tiga kategori barang dan perkhidmatan awam. Hukum Wagner menyatakan bahawa ada kecenderungan saiz perbelanjaan kerajaan akan meningkat dengan adanya pertumbuhan ekonomi yang positif negara berkenaan. Pendapat ini disokong oleh beberapa penyelidik, diantaranya ialah Peacock dan Wiseman (1961), Hock (1962), Pryor (1965), Goffman (1968), Musgrave (1969) dan Ghandi (1971). Wagner juga telah melakukan kajian empirik tentang perbelanjan kerajaan di negara maju. Menurut hasil analisis berkenaan belaiu menyatakan bahawa kadar pertumbuhan kegiatan kerajaan ternyata lebih besar daripada kadar pertumbuhan ekonomi. Hal ini bermakna bahawa keanjalan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara lebih daripada satu, yang bererti bahawa perbelanjaan kerajaan untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam belum mampu mendorong secara efektif aktiviti ekonomi negara.
Wagner dan Weber (1977) telah melakukan kajian empirik di 34 negara dengan menggunakan data siri masa 1950-1972. Mereka memperoleh bahawa keanjalan perbelanjaan kerajaan kurang daripada satu dalam 47 kes. Oleh itu mereka merumuskan bahawa keanjalan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara boleh berbeza antara satu dengan lainnya, bergantung pada keadaan negara berkenaan, khususnya tahap peran kerajaan dalam ekonominya. Semakin tinggi tingkat pendapatan masyarakat sesebuah negara maka semakin besarlah tingkat keanjalan terhadap perbelanjaan kerajaan.
Kajian yang berkaitan dengan hubungan penyebab penerimaan kerajaan dengan perbelanjaan kerajaan pula telah dilakukan oleh beberapa pakar ekonomi, misalnya Blackely (1986), Manage dan Marlow (1986), Ram (1988), Miller dan Russek (1990), Bohn (1991), Zambaras (1991), Baghestoni dan Mc Nown (1994), Hondroyiannis dan Papapetrue (1996, 2001), Darrat (1998) dan Chang et al. (2002). Analisis hubungan penyebab antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil kerajaan pada umumnya diharapkan untuk memperoleh hasil tentang dasar fiskal yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada perbelanjaan awam menyokong penerimaan hasil kerajaan, atau penerimaan hasil kerajaan menyokong peningkatan perbelanjaan, atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun hasil yang diperoleh daripada pelbagai kajian ke atas pelbagai data dari pelbagai negara tersebut ternyata berbeza.
Hutang luar negara adalah sumber utama dalam pertumbuhan ekonomi bagi negara-negara berkembang, sebagai contoh iaitu di Afrika dimana rata-rata 12.5% pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) dan keseimbangan sumber-sumber penting jangka panjang dari modal luar negara (Pallage dan Robe, 2001). Jadi, bantuan luar negara berupa hutang memegang peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara-negara berkembang. Studi pertama mengklaim bahawa aliran modal luar negara itu perlu dan cukup untuk pertumbuhan ekonomi pada negara-negara yang sedang berkembang. Mereka menyatakan dimana ada hubungan positif antara bantuan dan pertumbuhan ekonomi karena tidak hanya mendokong sumber-sumber dalam negeri, tetapi juga menambah tabungan dalam negeri, membantu menutup perbedaan (gap) pertukaran luar negara, menimbulkan teknologi modern dan kemampuan manajerial, dan membolehkan kemudahan untuk masuk di pasar luar negara (Chenery dan Strout, 1966; Papanek, 1973; Gulati, 1975; Gupta, 1975; Over, 1975; Levy, 1988; Islam, 1992; Dalgaard et al., 2001; Hatemi dan Irandoust, in penelitian).


4. OBJEKTIF
Kajian yang ada melihat kesan kadar cukai () kepada kapital (K) dan buruh (L), juga melihat penggunaan individu (C), perbelanjaan kerajaan (G) serta Hutang atau bon kerajaan (B) terhadap pertumbuhan ekonomi (Y). Oleh itu, kajian ini akan memasukkan cukai dalam kedua-duanya, iaitu dalam K dan L.
Dapat disimpulkan di sini bahawa secara umumnya objektif kajian ini adalah untuk mengkaji samada kadar cukai dapat meningkatkan pendapatan cukai,dan untuk mengkaji samada pendapatan cukai dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau sebaliknya serta mengkaji samaada jika terjadi defisit pembiayaan kerana adanya peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk projek penyediaan barang dan perkhidmatan untuk masyarakat terhadap pertumbuhan ekonomi . Kajian ini berdasarkan teori sebelah penawaran dengan pendekatan keluk Laffer.
Objektif Khusus:


  1. Menghasilkan bukti empirik kesan kadar cukai terhadap pendapatan cukai di negara-negara Islam.

  2. Menghasilkan bukti empirik kesan dasar fiskal terhadap pertumbuhan ekonomi di negara-negara Islam

5. METODOLOGI DAN DATA

5.1 Spesifikasi model

Kajian ini menggunakan model pertumbuhan endogenus (AK) dengan analisis dinamik keluk laffer dalam utiliti . Model ini dibentuk berdasarkan teori dan kajian empririk sebelumnya dari sebelah penawaran dan sebelah permintaan, serta mencuba menggabungkan antara kedua-duanya. Data yang dianggarkan diambil daripada terbitan bulanan Intenational Financial Statistic (IFS) dan terbitan tahunan Government Financial Statistic (GFS. Kajian ini menggunakan kaedah penganggaran Generalized Least Squares (GLS). Kaedah penganggaran GLS dipilih boleh memberikan keputusan penganggaran yang konsisten dan tidak bias bagi model dinamik.


1. Kekangan Cukai Pendapatan Terhadap Penggunaan Individu
Model yang dibentuk ini diadaptasi model sederhana pertumbuhan endogenus (model AK Ireland (1994)) daripada kajian Agell dan Persson (2000). Fungsi pengeluaran linear dalam stok modal individu, adalah seperti persamaan di bawah:

(3.1)

K adalah modal manusia yang juga boleh digambarkan sebagai modal fizikal. Diandaikan populasi adalah malar dan tiada penyusutan fizik di dalam modal. Juga model ini mengambil kira peredaran masa. Di dalam pasaran persaingan, kadar bunga adalah sama dengan pengeluaran modal sut (MPk).



(3.2)

A adalah pemboleh ubah teknologi yang malar, kadar bunga pasaran (r) adalah malar dimana ianya tidak bergantung kepada dasar cukai.


Bentuk kehidupan masing-masing pengguna, dapat digambarkan dalam memaksimumkan utility (U) diambil daripada penggunaan isi rumah (C) dan perbelanjaan kerajaan (G) . Dengan mengandaikan bahawa penggunaan isi rumah mempunyai jangka hayat yang tidak terhad, dan perbelanjaan kerajaan dapat memenuhi keperluan masyarakat secara individu. Fungsi C dan G menunjukkan tambahan variabel yang terpisah, yang menunjukkan bahawa fungsi utiliti antara masa adalah seperti berikut : (3.3)

adalah iso elastic variaty, sehingga dinyatakan kadar substitusi intertemporal dalam pengurangan menjadi konstan positif. dan adalah fungsi linier. operator jangkaan berdasarkan maklumat pada jangka masa t, dan θ adalah penyusutan nilai utiliti. Penggunaan efektif individu yang didefinasikan seperti berikut :

(3.4)

Dengan PCt adalah penggunaan isi rumah, GCt adalah perbelanjaan kerajaan dan C* adalah penggunaan efektif. Jika utiliti isi rumah berfungsi kepada perbelanjaan kerajaan dan penggunaan isi rumah, maka perubahan perbelanjaan kerajaan mempengaruhi penggunaan isi rumah. Lebih spesifik lagi, jika hipotesis random walk Hall (1978) diaplikasikan kepada penggunaan efektif, setiap perubahan perbelanjaan kerajaan akan mengubah penggunaan isi rumah. Ini kerana isi rumah ingin mengekalkan utiliti sut penggunaan efektif konstan dan seimbang bagi setiap perubahan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan dengan mengubah penggunaan isi rumah. Perbelanjaan kerajaan yang merupakan penggenap kepada penggunan isi rumah akan mengubah penggunaan isi rumah ke arah yang sama dengan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan kerajaan yang merupakan pengganti kepada penggunan isi rumah akan mengubah penggunaan isi rumah ke arah yang bertentangan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya mengkaji kesan keseluruhan (secara agregat) tentang apakah kesan perbelanjaan kerajaan kepada penggunaan isi rumah, iaitu sama ada penggenap atau pengganti. Utiliti isi rumah diandaikan concave. Oleh itu, U’ > 0 dan U’’ < 0 dan ∂(∂U/∂PC) / ∂GC = U’’. Jika nilai  negatif, peningkatan perbelanjaan kerajaan meningkatkan utiliti sut penggunaan isi rumah (perbelanjaan kerajaan penggenap kepada penggunaan isi rumah). Jika nilai  positif, peningkatan perbelanjaan kerajaan mengurangkan utiliti sut penggunaan isi rumah (perbelanjaan kerajaan pengganti kepada penggunaan isi rumah). Jika nilai  sifar, penggunaan isi rumah dan perbelanjaan kerajaan tiada hubungan (independent).


Hasil kajian Arestis (1979) mendapati perbelanjaan dengan berhutang atau mengeluarkan bon kurang berkesan meningkatkan penggunaan isi rumah tetapi Blanchard (1985) dan Frenkel dan Razin (1986) mendapati peningkatan perbelanjaan kerajaan dengan berhutang meningkatkan penggunaan isi rumah yang mempunyai jangka hayat yang terbatas (finite horizon) kerana bon kerajaan memberikan kekayaan bersih kepada isi rumah.
Isi rumah memaksimumkan utiliti tertakluk kepada kekangan belanjawan isi rumah. Kekangan belanjawan isi rumah ditunjukkan oleh kekayaan kewangan yang dimiliki oleh isi rumah. Kekayaan kewangan tersebut adalah kekayaan kewangan pada masa t (Wt) dikenai kadar bunga tolak kekayaan yang sudah dikenai kadar bunga pasaran dan pendapatan dikenai cukai dengan kadar proporsional (diandaikan malar mengikut masa) di campur dengan kerajaan memberi bayaran pindahan (lump-sum transfer) (T) kemudian tolak dengan penggunaan, maka aliran belanja sebagai berikut :

(3.5)

Oleh kerana utiliti isi rumah berfungsi kepada penggunaan efektif, C*t yang mana salah satu unsur dalam C*t adalah perbelanjaan kerajaan, maka isi rumah mesti mengambilkira kekangan belanjawan kerajaan. Kekangan belanjawan kerajaan ditunjukkan oleh hutang kerajaan pada masa hadapan di mana hutang kerajaan pada masa hadapan terdiri daripada hutang kerajaan pada masa kini ditambah dengan perbelanjaan kerajaan pada masa kini dan ditolak dengan hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan pada masa kini. Maka kita boleh tulis dalam bentuk Persamaan (3.6).



(3.6)

dengan Bt+1 adalah hutang kerajaan pada jangkamasa t+1, Bt adalah hutang kerajaan pada jangkamasa t, GCt adalah perbelanjaan kerajaan pada jangkamasa t, Tt adalah cukai lump sum bersih pada jangkamasa t, dan r adalah kadar bunga, yang diandaikan tidak berubah.


Katakan dan nilai awal kekayaan diberikan malar (tetap).

Memasukkan persamaan (3.3) kedalam persamaan (3.5) memberikan persamaan Euler:



(3.7)

Dalam persamaan (3.2). Kadar bunga nyata adalah malar, pertumbuhan penggunaan adalah malar juga pada kadar eksponensial. Untuk memastikan bahawa kadar pertumbuhan steady-state adalah positif dalam ketidakhadiran cukai, dengan diandaikan

A > θ (3.8a)

Diperlukan juga syarat transversality

Lim

Dimana adalah nilai semasa pemboleh ubah costate masalah optimalisasi. Lorong optimal adalah salah satu jalan keluar bagi W dalam mengaplikasikan persamaan (3.7), ianya mudah ditunjukkan pada syarat transversality dipenuhi jika dan hanya jika (σ-1)A(1-)-σθ<0.Jika ianya tidak bersamaan dalam ketidakhadiran cukai (= 0), ianya menunjukkan untuk semua [0,1]. Oleh itu, akan diandaikan bermula dari sekarang semua parameter selalunya dipenuhi :

(σ- 1)σθ<0 (3.8b)

Andaian ini menjaminkan bahwa syarat transversality akan selalu dipenuhi. Bersama dengan (3.8a) ia boleh membuktikan bergunanya dalam beberapa tanda untuk membandingkan hasil terbitan statik seperti di bawah :

Dimana : menggabungkan persamaan (3.5) dan (3.7), akan didapati contoh persamaan standar :

(3.9a)

Dimana :


(3.9b)

Nilai mpc (marginal propensity to consume) didefinasikan sebagai :



(3.9c)
Di sini diperoleh bahwa kesan pemotongan cukai pada penggunaan dapat dilihat dengan dua cara. Pertama, Rendahnya kadar cukai  meningkatkan kadar cukai diskaun selepas digunakan oleh pengguna untuk mendapat nilai sekarang dari transfer (3.9b). Ini menyebabkan kesan negative kekayaan, dimana rendahnya C. Kedua, rendahnya mempengaruhi mpc. Ini bergantung pada tanda keanjalan substitusi intertemporal  . Dari (3.9c) boleh nampak, bahawa:

(3.9d)

Persamaan diatas menunjukkan, bahawa kadar cukai  akan menurunkan mpc bila dan hanya bila nilai  > 1.



2. Kekangan cukai korporat terhadap modal

(3.10a)

Model penganggaran yang baru telah dibina dalam kajian ini, hasil pengubahsuaian daripada model asal persamaan (3.1) dan setelah mengambilkira pembolehubah-pembolehubah lain yang dapat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Model penganggaran tersebut telah dimasukkan kekangan. Terdapat dua jenis kekangan iaitu kekangan cukai korporat terhadap modal (K) dan kekangan cukai pendapatan terhadap perbelanjaan kerajaan (G).


Dengan batasan:


Untuk mendapatkan model pertumbuhan ekonomi yang baru, iaitu untuk melihat samada pembolehubah cukai korporat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara positif atau negatif, maka model pertumbuhan ekonomi yang memasukkan pembolehubah cukai korporat dan buruh telah digunakan.
Daripada persamaan di atas, modal telah dikekangkan oleh cukai korporat. Didapati, pendapatan (Y) diperolehi daripada untung syarikat () ditolak dengan cukai korporat dan jumlah kos lain (TC).






………………………………………………………… (3.10b)


………………………………………………………………… (3.10c)
………………………………………………………………… (3.10d)




……………………………………………………………… (3.10e)
Gantikan (3.10e) dalam (3.10c)







.............................................................................................. (3.10f)

Berdasarkan persamaan (3.10f), didapati cukai korporat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara negatif. Ini bermakna, apabila cukai dikenakan, pertumbuhan ekonomi akan berkurangan atau bergerak dengan lebih perlahan.



3. Kekangan cukai pendapatan terhadap perbelanjaan kerajaan
Baxter dan King (1993) melihat kesan peningkatan perbelanjaan kerajaan yang dibiayai oleh peningkatan cukai, dengan mengandaikan cukai berbentuk lump-sum, input buruh dan modal boleh berubah dan perubahan perbelanjaan kerajaan tidak dijangka oleh isi rumah.

(3.11a)

Dengan batasan:


Daripada persamaan di atas, perbelanjaan kerajaan telah dikekangkan oleh cukai pendapatan. Didapati, perbelanjaan kerajaan (G) diperolehi daripada cukai pendapatan dan hasil pendapatan lain ().




............................................................................................................(3.11b)


........................................................................................... (3.11c)
Samakan (3.11b) dan (3.11c)




................................................................................... (3.11d)
Gantikan (3.11d) dalam (3.11b)

...................................................................................... (3.11e)

Berdasarkan persamaan (3.11e), didapati perbelanjaan kerajaan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara positif. Ini bermakna pertumbuhan ekonomi akan semakin meningkat apabila perbelanjaan kerajaan meningkat.


4. Kekangan Hutang Kerajaan Terhadap Permintaan Agregat
Dengan adanya Sekatan Sumber Intertemporal, maka penghasilan kerajaan dari pendapatan cukai dapat dipengaruhi oleh perubahan kadar cukai, . Perbelanjaan kerajaan dari lump-sum transfer (T), pembelian barangan isi rumah digantikan oleh perbelanjaan kerajaan (G), dan pembayaran bunga dalam Bon kerajaan (stock of government debt) (B). Sehingga, sekatan belanjawan aliran kerajaan adalah

(3.12)

Dengan nilai awal B0 sebagai malar atau tetap. Kerana kerajaan memiliki keterbatasan dalam membayar hutang kerajaan dimana .Oleh itu sekatan belanjawan intertemporal daripada kerajaan menjadi :



(3.13)

Persamaan (3.13) adalah titik mula dari investigasi dinamik hasil (dynamic revennue) dari Ireland (1994) dan Bruce dan Turnovsky (1999).


Butkiewicz (1981) telah menyediakan bukti empirik bahawa kesan bersih daripada pembiayaan melalui hutang kepada permintaan agregat adalah positif. Dapatan kajian Butkiewicz ini disokong pula oleh Eisner (1989) dengan mengatakan, jika terdapat sumber yang tidak digunakan dalam ekonomi (pengangguran), belanjawan defisit akan meningkatkan permintaan agregat dan ekonomi akan menuju ke arah guna tenaga penuh tanpa mengasakan keluar pelaburan isi rumah ataupun tanpa menyebabkan inflasi.
Gabungan dari batasan aliran belanjawan pengguna (3.5) dan batasan aliran belanjawan kerajaan (3.12) akan menghasilkan batasan sumber ekonomi keseluruhan (the economy’s aggregat resources).
(3.14)
Dengan mengintegrasikan persamaan (3.14) dan memasukkan persamaan (3.8b), dengan menyatakan bahawa lim, akan dihasilkan versi intertemporal dari batasan sumber keseluruhan :

(3.15)

Dimana . Simbol persediaan capital (K), mesti sama dengan jumlah nilai sekarang dari penggunaan individu dan kerajaan. Simbol penggunaan C dan kadar pertumbuhan penggunaan bergantung kepada cukai kerajaan dan program transfer. Persamaan (3.15) mengandungi keterangan lebih kepada simbol perhitungan. Dalam kenyataannya, persamaan (3.15) dapat digunakan sebagai peralatan yang baik untuk mempempelajari lebih jauh tentang dasar fiskal dinamik. Dengan memberi kadar cukai , dan memberi program transfer , dapat juga mendapatkan nilai sekarang dari penggunaan individu dengan penggunakan persamaan (3.9a) – (3.9c). Penggunaan persamaan (3.15) adalah tindak balas untuk mendapatkan residu, adalah kelebihan dari perbelanjaan kerajaan.


Dengan mengambilkira hasil daripada persamaan (3.9b), (3.10.f), (3.11e), dan (3.12) sebuah model pertumbuhan ekonomi telah dapat dibentuk bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, iaitu kapital (K), buruh (L), kadar cukai (), Penggunaan (C), hutang kerajaan (B) dan perbelanjaan kerajaan (G) dengan fungsi sebagai berikut :

Pembentukan model ini adalah lanjutan daripada model asal dalam persamaan (3.1). Model yang dibentuk dinyatakan seperti berikut:
............................... (3.16)
5.2 Sumber Data
Data yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada sumber sekunder yang diperolehi daripada International Monetary Fund (IMF) manakala data bagi cukai korporat pula diperolehi daripada Statistical, Economic, Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRTCIC) yang berpusat di Ankara Centre.
Kajian ini dihadkan kepada 16 buah negara Islam yang membangun dengan mempunyai pendapatan terendah dan yang melaksanakan belanjawan defisit. Negara Islam yang terpilih dalam kajian ini seperti Algeria, Bahrain, Burkina Faso, Cameroon, Cote d’Ivoire, Egypt, Indonesia, Iran, Jordan, Malaysia, Moroko, Nigeria, Pakistan, Tunisia, Turki dan Uganda. Tempoh kajian bermula tahun 1971 hingga tahun 2005. Untuk mendapat hasil yang lebih meyakinkan, kajian ini telah menggunakan data per kapita (growth) bagi setiap satu pembolehubah. Kajian ini akan menggunakan kaedah regrasi data panel.
Hasil Uji Sementara :
Analisis Diskriptif

Pembolehubah

Min

Sisihan piawai

Kepencongan

Kurtosis

Jarque-Bera

GGDP

16.766

21.661

5.070

41.396

32592.60

(0.0000)


GK

22.104

41.157

5.390

50.260

39944.62

(0.0000)


GKTAX

70.406

874.575

17.588

311.542

1269739

(0.0000)


GC

56.899

806.388

20.517

422.285

3142932

(0.0000)


GB

56.088

1194.309

15.834

298.665

1514208

(0.0000)


GG

19.292

25.391

3.486

20.598

6777.476

(0.0000)


Sangat signifikan

Keputusan Hasil Penganggaran GDP




Permbolehubah

Model Keseluruhan

Kesan Tetap (Negara)

Kesan Tetap

(Masa)


Kesan Rawak

C

Std. Error

Uji t-Statistik


12.046

(0.911)


[13.228]

7.985

(0.963)


[8.295]

12.223

(0.935)


[13.077]

12.046

(0.741)


[16.259]

GK

Std. Error

Uji t-Statistik


0.045

(0.019)


[2.323]

0.055

(0.016)


[3.465]

0.043

(0.021)


[2.077]

0.045

(0.016)


[2.855]

GKTAX

Std. Error

Uji t-Statistik


-0.001

(0.001)


[-0.653]

0.001

(0.001)


[1.879]

-0.001

(0.001)


[-0.652]

-0.001

(0.001)


[-0.803]

GC

Std. Error

Uji t-Statistik


-0.003

(0.002)


[-1.319]

-0.0001

(0.002)


[-0.042]

-0.003

(0.002)


[-1.335]

-0.003

(0.002)


[-1.621]

GB

Std. Error

Uji t-Statistik


0.001

(0.002)


[0.922]

0.0001

(0.001)


[0.104]

0.002

(0.002)


[0.911]

0.001

(0.001)


[1.134]

GG

Std. Error

Uji t-Statistik


0.034

(0.037)


[0.918]

0.245

(0.045)


[5.460]

0.027

(0.040)


[0.665]

0.034

(0.031)


[1.128]

Adj-R2

0.032

0.360

0.0137

0.032

MSE

10.780

8.770

10.884

10.780

F-stat

2.561

8.267

1.101

2.561


6. KESIMPULAN

Kajian ini menemukan bahawa kapital, kadar cukai, perbelanjaan kerajaan dan hutang mempunyai pengaruh signifikan positif terhadap pertumbuhan ekonomi. Tetapi berbeza halnya dengan penggunaan individu yang mempunyai pengaruh negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Kajian ini menggunakan model endegenus pertumbuhan dengan akumulasi modal fizik menggantikan modal manusia.


Peningkatan satu puratus dalam pertumbuhan modal (K) yang dikenai cukai menyebabkan peningkatan pendapatan negara secara purata sebanyak 0.055. Peningkatan satu peratus pertumbuhan kadar cukai (Ktax) menyebabkan peningkatan pendapatan cukai negara secara purata sebanyak 0.001. Peningkatan satu peratus dalam pertumbuhan pengeluar penggunaan sut (MPC) menyebabkan penurunan petumbuhan ekonomi secata purata sebanyak 0.0001. Peningkatan satu puratus dalam pertumbuhan hutang kerajaan (B) menyebabkan peningkatan pertumbuhan ekonomi secara purata sebanyak 0.0001. Peningkatan satu puratus dalam pertumbuhan perbelanjaan kerajaan menyebabkan peningkatan pertumbuhan ekonomi secara purata sebanyak 0.245.
Dalam kajian ini hanya melakukan pendekatan dari sisi penawaran sahaja dengan menggunakan analisis keluk laffer. Sebagai saranan sebaiknya selain dasar fiskal hendaknya dasar moneteri dapat dijadikan kombinasi kajian guna memenuhi keperluan defisit kewangan negara yang sedang membangun untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya (seperti Baldacci et al., 2001; Thomas, 2001). Sebagai tambahan bagi memperluas kajian penyelidikan selanjutnya

DAFTAR PUSTAKA
Abdul Ghafar Ismail & Md Zyadi Md Tahir. 1998. Makroekonomi Malaysia perspektif dasar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abedian, I &Biggs, M. 1998. Economi Globalization and fiscal policy. Capetown: Oxford University Press.
Adam, C.S. & Bevan, D.L. 2002. Fiscal deficit and growth in developing countries. Quaterly Journal of economics 109:234-258.
Alesina, A., Perotti, R., 1996. Fiscal adjustments in OECD countries: composition and macroeconomic effects. IMF Working Paper No. 96/70.
Arestis, P. 1979. The “crowding-out” of private expenditure by fiscal actions: An empirical investigation. Public Finance. 34(1): 36-49.
Bahl, R.W. & Nath, S. 1986. Public expenditure decentralization in developing economics. Government and policy 4:405-418
Barro, R. J. 1989. The Neoclassical approach to fiscal policy. Dalam Barro. R. J. ed.

Modern Business Cycle Theory. Cambridge. MA: Harvard University Press.178-235.


Baxter, M., & King, R. G. 1993. Fiscal policy in general equilibrium. American Economic Review. 83(3): 315-334.
Bird, R.M. 1990. Intergovernmental finance and local taxation in developing countries: some basic considerations for reformers. Public Administration and Development 10(3):277-288.
Boulakia, Jean David C. “Ibnu Khaldun: A Fourteenth-Century Economist,” Louisiana State University in New Orlean, 2001.
Diamond, P.A. 1965. National debt in a neo-classical growth model. American Economic Review. 55. 1126-1150.
Easterly, W. & Ro Bello, S. 1993. Fiscal Policy and Economics Growth: an empirical investigation. Journal of Monetary Economic 32:417-458.
Frenkel, J., & Razin, A. 1986. Fiscal policies in the world economy. Journal of Political Economy. 94: 564-594.
Graham, F.C. 1993. Fiscal policy and aggregate demand; comment. American Economic Review. 83: 659-666.

Gujarati, D.N. 2003. Basic econometrics. Ed. ke 4. Ed. Antarabangsa. New York: McGraw-Hill Inc.


Hamori, S., & Asako, K. 1999. Government consumption and fiscal policy: some evidence from Japan. Applied Economics Letters. 6: 551-555.
Hjelm, G. 2002. Is private consumption growth higher (lower) during periods of fiscal contractions (expansions)?. Journal of Macroeconomics. 24: 17-39.
Ho, T.W. 2001. Consumption and government spending substitutability revisited: Evidence from Taiwan. Scottish Journal of Political Economy. 48: 589-604.

Ireland, P.N., 1994. Supply-side economics and endogenous growth. Journal of Monetary Economics 33, 559–571.


Keynes, J.M. 1936. The general theory of employment, interest and money. London: Macmillan.
King, R.G., Rebelo, S., 1990. Public policy and economic growth: developing neoclassical implications. Journal of Political Economy 98, S126–S150.
Lucas, R.E., 1990. Supply-side economics: an analytical review. Oxford Economic Papers 42,293–316.
Modigliani, F., & Sterling, A. 1986. Government debt, government spending and private sector behavior: Comment. The American Economic Review. 76(5): 1168-1179.
Pecorino, P., 1995. Tax rates and tax revenues in a model of growth through human capital accumulation. Journal of Monetary Economics 36, 527–539.
Tanner, J. R. 1979a. Fiscal policy and consumer behavior. Review of Economic and

Statistics. 60: 317-321.


Zhang, J. 1997. Government debt, human capital, and endogenous growth. Southern

Economic Journal. 64(1): 281-292.




Yüklə 119,23 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə