Waktu sesudah itu othman hj. Zainuddin



Yüklə 455 b.
tarix23.09.2017
ölçüsü455 b.
#1407


WAKTU SESUDAH ITU

  • OTHMAN HJ. ZAINUDDIN




Drama ini dimulai dengan peristiwa Hindun dihina oleh masyrakat, terutamanya Bidin kerana dia miskin dan melarat.

  • Drama ini dimulai dengan peristiwa Hindun dihina oleh masyrakat, terutamanya Bidin kerana dia miskin dan melarat.

  • Kehidupan Hindun berubah apabila dianugerahi gelaran Serikandi Negara yang melayakkan dia menerima pelbagai hadiah lumayan.

  • Hindun mula disanjung masyarakat, terutama Bidin yang mengakui Hindun sebagai emak saudaranya dan Hasan yang mengaku dirinya sebagai anak Hindun.

  • Drama ini berakhir dengan peristiwa kematian Hindun. Sebelum meninggal, Hindun telah menolak hadiah yang dimenanginya dan mengesyorkan supaya hadiah itu diwakafkan ke rumah orang-orang tua dan anak yatim.



Struktur Plot:



pengenalan:

  • Watak Hindun diperkenalkan.



pertengahan:

  • Perkembangan

  • Peristiwa Hindun dihina dan diusir oleh Bidin di kedai kopinya kerana dia miskin dan melarat.

  • Perumitan

  • Peristiwa rumah Hindun hendak dibakar oleh Bidin dan Hindun akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat



pertengahan:

  • Puncak / Klimaks

  • Peristiwa Yang Berhormat dan Suratman bertemu dengan Hindun yang layak menerima gelaran Serikandi Negara dan akan menerima pelbagai jenis hadiah. Kehidupan Hindun berubah dengan gelaran itu.

  • Penurunan

  • Peristiwa Bidin mengakui dirinya sebagai anak saudara Hindun dan Hasan pula mengaku dirinya anak Hindun tatkala Hindun mulai disanjung masyarakat.



peleraian:

  • Peristiwa kematian Hindun. Hadiah kemenangannya diwakafkan kepada rumah orang-orang tua dan anak yatim. Hasan pula menerima rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya sahaja.





Dialog

  • dialog Bidin-Hindun dalam keadaan kasar di dalam kedai kopi (ms. 249-251)

  • dialog Suratman-Ustaz Lotfi dalam keadaan baik dan sopan (ms.252-254)



Monolog

  • Mansur : Bidin ni nak hidup sendiri. Tak senang tengok orang lain hidup. Seolah-olah dunia ni dia punya seorang…Orang macam ni, kalau tak kita celikkan matanya, tak mahu dia melihat. Yang dia lihat, apa yang betul pada dirinya sahaja (ms.262).



Imbas kembali

  • Karim menceritakan peristiwa Hindun menolong Hayati sewaktu tumpah darah akibat keguguran anak (ms. 258)

  • Karim memberitahu Hasan bahawa dialah yang telah membina rumah untuk Hindun tinggal (ms. 289)

  • Yang Berhormat menceritakan tentang jasa Hindun sebagai pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman kemerdekaan (ms. 270-272)

  • Hasan mengimbas kembali tentang anak yang ditinggalkan Hindun dahulu, iaitu dirinya sewaktu bertemu dengan Hindun (ms.284).



Imbas muka (ramalan peristiwa yang akan berlaku)

  • Apabila Hindun meninggal dunia, Hasan berharap agar dia akan mewarisi segala harta Hindun kerana dia mengaku bahawa dia anak tunggal lelaki Hindun (ms.295)



Pemerian (deskriptif: bercerita tentang suatu kejadian)

  • Yang Berhormat bercerita tentang apa yang dilakukan Hindun selaku pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman pra-kemerdekaan (ms.270,272)



saspens (unsur ketegangan yang menimbulkan rasa ingin tahu)

  • Mansur memberitahu ibu dan ayahnya bahawa Bidin hendak membakar rumah Hindun (ms. 261)

  • Menurut Mansur lagi, Bidin membawa kawan-kawannya untuk menghalau Hindun dari kampung itu kerana Hindun dikatakan pengotor (ms.261)

  • Sewaktu wasiat akan dibacakan dan siapa yang akan mewarisi harta Hindun (ms.296)



kejutan (sesuatu yang berlaku di luar jangkaan pembaca)

  • Karim yang selalu membantu dan berlaku baik terhadap Hindun tidak mendapat apa-apa dalam wasiat Hindun (ms.296)

  • Hasan yang mengaku sebagai anak tunggal lelaki Hindun hanya mendapat rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya (ms.296)



konflik

  • Bidin dan Karim bertengkar apabila Bidin menuduh Hindun pengotor dan punca pencemaran sungai (ms.263-264) – Konflik Idea

  • Bidin menerkam dan meninju muka Karim apabila Karim tidak setuju Bidin tinggal di kawasan setinggan kerana Bidin seorang kaya dan mewah (ms.264) – Konflik Fizikal



Babakan

  • Yang Berhormat memperkenalkan Hindun semasa muda sebagai pejuang, pemidato, dan pendidik melalui teknik suara latar (ms.271-272)

  • gambar kanak-kanak sedang beratur pada tahun 50-an atau 60-an, perjuangan askar Melayu dan polis menentang pengganas, perpindahan orang kampung semasa darurat, gerakan menentang Malayan Union, dan Hindun sewaktu dalam penjara diselitkan semasa diperdengarkan suara latar sebagai ‘superimpose’.



Sudut pandangan

  • Sudut pandangan orang ketiga terbatas

  • pengarang tidak menceritakan semua watak tetapi memilih watak-watak tertentu sahaja.

  • Tumpuan lebih terarah kepada watak-watak tertentu sedangkan pada watak-watak lain, tumpuannya terbatas.






Yüklə 455 b.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2022
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə