Isi kandungan



Yüklə 77,68 Kb.

tarix10.11.2017
ölçüsü77,68 Kb.


SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN

HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)



ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1:

 

HPV & Kanser Servik                                                                                                            4



BAHAGIAN 2:

 

Vaksinasi HPV                                                                                                                                6



BAHAGIAN 3:

 

Cara Pengambilan Vaksinasi HPV                                                                 7



BAHAGIAN 4:

 

Kumpulan Sasaran Bagi Vaksinasi HPV                                                                    9



BAHAGIAN 5:

 

Tempat Mendapatkan Vaksinasi HPV                                                                      10



BAHAGIAN 6:

Kesan Sampingan (‘Side- effects’) Vaksinasi HP 11



BAHAGIAN 7:

 

Kos Vaksinasi HPV                                                                                                           12



BAHAGIAN 8:

Kepentingan Dan Keberkesanan Vaksin HPV                                                              13



BAHAGIAN 9:

 

Program Vaksinasi HPV di Sekolah-Sekolah                                                      14



BAHAGIAN 10:

 

Vaksinasi HPV dan pemeriksaan Pap                                                                      16



BAHAGIAN 11:

Vaksinasi HPV, Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu (‘Breastfeeding’)              17



BAHAGIAN 12:

 

Vaksinasi HPV dan Penyakit-penyakit Kronik                                                              18



BAHAGIAN 13:

 

Vaksinasi HPV dan Ubat-ubatan                                                                                  19



BAHAGIAN 14:

Isu-Isu Lain Yang Berkaitan Dengan Vaksin HPV  20




BAHAGIAN 1: 

HPV & Kanser Servik

1.1 

Apa itu HPV?

•  Bererti ‘Human Papilloma Virus’.

•  Virus ini boleh menyebabkan kanser servik.

1.2 

Bagaimana HPV berjangkit?

•  Jangkitan HPV paling kerap terjadi semasa melakukan hubungan kelamin,

samaada melalui faraj, mulut atau dubur.

•  Seseorang  yang  telah  dijangkiti  berkemungkinan  tidak  menunjukkan

sebarang tanda/gejala.

•  Seseorang  masih  boleh  mempunyai  jangkitan  HPV  walaupun  setelah

bertahun lamanya dijangkiti.

•  Kebanyakan  orang  tidak  menyedari  mereka  telahpun  menjangkiti

pasangan mereka.

•  Terdapat kemungkinan dimana seseorang boleh dijangkiti lebih dari satu

jenis subtype HPV.

1.3 

Apa itu kanser servik?

•  Kanser pada bahagian servik (pangkal rahim).

•  Kanser  wanita  yang  kedua  paling  lumrah  di  Negara  Brunei  Darussalam

selepas kanser payudara.



1.4 

Apakah kaitan HPV dengan kanser servik?

•  Hampir kesemua kes kanser servik (lebih 99%) dikaitkan dengan jangkitan

HPV.

•  Jangkitan HPV tertinggi berlaku dikalangan mereka yang berumur 16 ke 20



tahun.

1.5 

Siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser servik?

•  Setiap wanita berisiko untuk mendapat kanser servik.

•  Risiko  kanser  servik  bermula  apabila  seorang  wanita  itu  mulai  aktif

melakukan hubungan kelamin.

4

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




1.6 

Dapatkah kanser servik dicegah?

•  Ya, kanser servik boleh dicegah.

•  Ujian Pap smear dapat mengesan sel-sel yang tidak normal (pre-cancerous 

cells) diperingkat awal, yang mana dapat dirawat sebelum ianya berubah

menjadi sel kanser.

•  Manakala  vaksin  HPV  pula  boleh  mencegah  jangkitan  kuman  HPV  yang

boleh menyebabkan kanser servik.

5

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 2: 

Vaksinasi HPV

2.1 

Apakah itu vaksinasi HPV?

•  Ia  adalah  suntikan  vaksin  yang  diberikan  bagi  mencegah  jangkitan  HPV

yang boleh menyebabkan kanser servik dimasa akan datang.

2.2 

Bagaimana vaksinasi HPV mencegah Kanser Servik?

•  Sehingga kini, terdapat dua jenis vaksin yang boleh melindungi perempuan

daripada jangkitan HPV yang menyebabkan kanser servik.

•  Kedua-dua vaksin ini telah terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan

HPV subtype 16 dan 18, yang menyebabkan 70% keseluruhan kes kanser

servik.


2.3 

Adakah vaksin HPV ini halal?

•  Vaksin HPV telah diiktiraf halal oleh JAKEM, Malaysia.

6

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 3: 

Cara Pengambilan Vaksinasi HPV

3.1 

Adakah saya memerlukan ujian darah sebelum mendapatkan vaksinasi 

HPV?

•  Tidak perlu.



3.2

Berapa dos vaksin HPV yang mesti diambil?

•  Vaksinasi  HPV  diberikan  di  lengan  sebanyak  3  kali  dalam  tempoh  4-6

bulan.

3.3 

Apakah jadual pengambilan vaksin HPV?

•  Jadual  pengambilan  vaksin  HPV  adalah  tertakluk  kepada  jenama  vaksin

yang diambil.

VAKSINASI

TARIKH

Dos Pertama

Tarikh vaksinasi pertama diberikan

Dos Kedua

1-2 bulan selepas vaksinasi pertama

Dos Ketiga

4-6 bulan selepas vaksinasi pertama

3.4

Apakah yang perlu dibuat jika tidak mengikuti tarikh perjanjian vaksinasi

HPV yang telah diberikan (bagi vaksinasi kedua dan/atau ketiga)?

•  Vaksinasi  HPV  hanya  berkesan  sepenuhnya  bila  ketiga-tiga  vaksinasi

lengkap diperolehi.

•  Jika terlepas tarikh perjanjian vaksinasi HPV, bolehlah mendapatkan tarikh

perjanjian yang baru dari pusat vaksinasi yang terdekat dengan segera. 

•  Walaubagaimanapun vaksinasi HPV tidak boleh diberikan sebelum tarikh

yang telah ditetapkan.

7

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




3.5 

Bagaimana vaksinasi HPV diberikan?

•  Vaksinasi HPV diberikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 4-6 bulan

seperti jadual yang telah ditentukan.

3.6 

Siapakah yang akan memberikan vaksinasi HPV?

•  Vaksinasi akan diberikan di lengan oleh pekerja kesihatan yang bertauliah

dan terlatih.

3.7 

Adakah  dos  tambahan  (booster)  akan  diperlukan  pada  masa  akan

datang?

 

•  Mengikut  kajian  yang  telah  dijalankan  pada  masa  ini,  dos  tembahan

 

 

(booster) adalah tidak diperlukan.



8

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 4:

Kumpulan Sasaran Bagi Vaksinasi HPV

4.1 

Siapakah kumpulan sasaran bagi Program Vaksinasi HPV?

•  Program  Vaksinasi  HPV  di  Negara  Brunei  Darussalam  adalah  khusus

untuk remaja perempuan (rakyat dan penduduk tetap) bagi Tahun 7, dan

diadakan ‘catch-up program’ bagi remaja perempuan yang menuntut di

Tahun 11 sehingga tahun 2015.

4.2 

Bagi mereka yang bukan dalam kumpulan sasaran vaksinasi HPV, adakah 

mereka masih boleh mendapatkan vaksin tersebut?

•  Ya, semua wanita (rakyat dan penduduk tetap) boleh mendapatkan vaksin

HPV di pusat-pusat vaksinasi di daerah masing-masing.

•  Walaubagaimanapun menurut kajian-kajian yang telah dilakukan, vaksin

HPV adalah:

o  berkesan bagi wanita sehingga umur 45 tahun.

o  paling berkesan bila diberikan kepada mereka yang belum pernah 

melakukan hubungan kelamin.



4.3 

Siapakah yang terkecuali dari mendapatkan vaksin HPV?

•  Remaja perempuan/wanita berikut tidak boleh diberikan vaksin HPV:

-  Mengandung.

-  Masih  memberikan  penyusuan  dada  (Jika  mengambil  vaksin



bivalent)

-  Pernah mengalami alahan teruk kepada mana-mana vaksin yang 

memerlukan rawatan di dalam hospital.

9

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 5:

Tempat Mendapatkan Vaksinasi HPV

5.1 

Dimanakah tempat mendapatkan vaksinasi HPV?

•  Bagi remaja-remaja perempuan yang termasuk dalam kumpulan sasaran

bagi  Program  Vaksinasi  HPV,  vaksinasi  HPV  akan  diberikan  di  sekolah 

masing-masing.

•  Bagi  mereka  yang  bukan  dalam  kumpulan  sasaran  program  tersebut,

mereka  bolehlah  mendapatkan  vaksin  HPV  di  pusat-pusat  vaksinasi  di 

daerah masing-masing.

•  Pusat-pusat vaksinasi tersebut ialah seperti berikut:



Pusat Vaksinasi

Nombor untuk dihubungi

Pusat Vaksinasi, 

Tingkat 6,

Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan,

Jalan Ong Sum Ping

2230047


Pusat Vaksinasi, 

Pejabat Kesihatan Daerah Tutong

4222498

Pusat Vaksinasi, 



Pejabat Kesihatan Daerah Belait

3334279


Pusat Vaksinasi, 

Pejabat Kesihatan Daerah Temburong

5221526 ext. 186/187

5.2

Adakah  perlu  membuat  perjanjian  awal  (‘appointment’)  untuk

mendapatkan vaksinasi HPV?

•  TIDAK PERLU.

•  Bagi  Dos  Pertama,  mereka  hanya  perlu  menghadirkan  diri  ke  pusat

vaksinasi yang berhampiran semasa waktu pejabat.

•  Bagi Dos Kedua dan Dos Ketiga, mereka perlu hadir pada tarikh yang telah

ditetapkan.



5.3 

Adakah  memerlukan  surat  rujukan  (Referral  letter)  bagi  mendapatkan

vaksinasi HPV?

•  TIDAK PERLU.

10

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 6:

Kesan Sampingan (‘Side- effects’) Vaksinasi HPV

6.1 

Adakah vaksinasi HPV ini selamat?

•  Vaksin HPV telah diakui selamat oleh pihak-pihak berkuasa kesihatan di

Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain.

6.2 

Apakah kesan-kesan sampingan vaksinasi HPV?

•  Vaksin HPV adalah selamat digunakan.

•  Kesan sampingan jarang berlaku.

•  Jika  berlaku,  diantara  kesan  sampingan  yang  dilaporkan  ialah  kesan

sampingan yang ringan seperti:

o  Sakit di tempat suntikan

o  Bengkak dan kemerah-merahan di tempat suntikan

o  Sakit otot

o  Sakit kepala

o  Keletihan

o  Demam

o  Pening

o  Mual

•  Kesan sampingan ini hanyalah sementara sahaja dan akan sembuh selepas



beberapa hari.

•  Ada  beberapa  kes  remaja  perempuan  yang  pernah  dilaporkan  pengsan

selepas menerima vaksin HPV. Oleh itu, mereka dinasihatkan untuk duduk

dan berehat selama 15 minit selepas menerima vaksin.



6.3 

Adakah kesan sampingan vaksinasi HPV ini membahayakan?

•  Kesan  sampingan  dari  vaksinasi  HPV,  jika  terjadi,  adalah  ringan  dan

sementara sahaja.

•  Pada kebiasaannya mereka akan sembuh selepas beberapa hari.



6.4

Apakah tindakan yang perlu diambil jika kesan sampingan dari vaksinasi

HPV berlaku?

•  Mereka  dinasihatkan  untuk  berjumpa  dengan  Pegawai  Perubatan  di

pusat/klinik kesihatan yang berdekatan.

6.5

“Bolehkah  saya  mendapatkan  vaksin  lain,  seperti  Fluvax,  pada  masa

yang sama dengan vaksin HPV?”

•  Boleh.

11

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 7:

Kos Vaksinasi HPV

7.1 

Adakah vaksinasi HPV ini dikenakan bayaran?

•  Vaksinasi HPV adalah diberikan secara percuma bagi semua perempuan

(rakyat dan penduduk tetap).

7.2 

Adakah  vaksinasi  HPV  ini  akan  dikenakan  bayaran  pada  waktu  yang 

terdekat?

•  Tidak dikenakan bayaran bagi semua perempuan (rakyat dan penduduk

tetap).

7.3 

Berapakah  bayaran  yang  dikenakan  bagi  pemegang  kad  pengenalan 

hijau?

•  Bagi semua perempuan yang memegang kad pengenalan berwarna hijau,

berikut adalah kos pembayaran yang dikenakan:

Suntikan Dos



Jumlah

Pertama


Kedua

Ketiga


Pakej A

B$100


B$100

-

B$200



Pakej B

B$200


-

-

B$200



*Kos pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan

7.4 

Berapakah  bayaran  yang  dikenakan  bagi  pemegang  kad  pengenalan 

hijau yang cuma memerlukan satu atau dua dos vaksinasi HPV sahaja?

•  Bagi yang hanya memerlukan satu atau dua pengambilan dos vaksin HPV,

ini akan dikenakan sebanyak B$ 70 setiap dos.

7.5 

Bagi pelawat dari negara asing (yang cuma menggunakan paspot, dan 

tidak mempunyai kad pengenalan hijau), bolehkah mereka mendapatkan

vaksinasi HPV ini di pusat-pusat vaksinasi yang ada di Negara ini?

•  Tidak boleh.

•  Nasihatkan mereka untuk mendapatkan vaksinasi HPV dari klinik swasta

yang berdekatan.

12

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 8:

Kepentingan Dan Keberkesanan Vaksin HPV

8.1

Kenapa vaksinasi HPV itu penting?

•  Vaksin HPV ialah untuk mencegah dari jangkitan HPV.

•  Jangkitan HPV adalah penyebab utama terjadinya kanser servik.

•  Jadi, vaksinasi HPV boleh mencegah kanser servik.



8.2 

Sejauh  manakah  vaksin  HPV  ini  berkesan  dalam  mencegah  kanser 

servik?

•  Dari kajian-kajian yang telah dijalankan, vaksin HPV yang digunakan boleh

mencegah 70% kanser servik.

•  Seperti  mana-mana  ubat  dan  vaksin  lain  yang  ada,  vaksin  ini  tidak

memberikan 100% perlindungan dalam mencegah kanser servik.

•  Oleh  itu,  walaupun  sudah  menerima  ketiga-tiga  dos  vaksin  HPV,

pemeriksaan Pap adalah masih diperlukan bagi mereka yang berumur 20

tahun keatas dan pernah melakukan hubungan kelamin.

13

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 9:

Program Vaksinasi HPV di Sekolah-Sekolah

9.1 

Siapakah yang termasuk di dalam program vaksinasi HPV ini?

•  Program Vaksinasi HPV di Negara Brunei Darussalam adalah khusus untuk

remaja perempuan (rakyat dan penduduk tetap) bagi Tahun 7, dan setiap

tahun  akan  diadakan  ‘catch-up  program’  bagi  remaja  perempuan  yang

menuntut di Tahun 11 sehingga 2015.

9.2

Bolehkah penuntut-penuntut perempuan yang tidak termasuk di dalam

kumpulan  sasaran  program  vaksinasi  HPV  ini  mendapatkan  vaksinasi 

HPV?

•  Boleh diberikan.

•  Mereka boleh mendapatkan vaksin HPV dari pusat-pusat vaksinasi yang

terdekat.



9.3

Adakah program vaksinasi HPV ini dimestikan bagi penuntut-penuntut

perempuan yang termasuk di dalam kumpulan sasaran?

•  Penyertaan bagi program vaksinasi HPV adalah secara sukarela.

•  Vaksinasi HPV hanya akan diberikan kepada penuntut-penuntut perempuan

yang telah diberi kebenaran oleh ibubapa atau penjaga masing-masing.



9.4 

Bolehkah ibubapa atau penjaga menukar status kebenaran yang telah 

diberikan (daripada ‘tidak membenarkan’ kepada ‘membenarkan’ dan

sebaliknya)?

•  Boleh.

•  Sila  maklumkan  guru  penuntut  perempuan  tersebut,  atau  berhubung

terus dengan kakitangan kesihatan di Bahagian Perkhidmatan Kesihatan 

Sekolah di daerah masing-masing.

9.5 

Di manakah vaksinasi HPV akan diberikan?

•  Bagi  Program  Vaksinasi  HPV  di  sekolah-sekolah,  vaksinasi  HPV  akan

diberikan di sekolah masing-masing.

14

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




9.6 

Adakah  subsidi  (discount)  diberikan  kepada  penuntut-penuntut

perempuan yang memegang kad pengenalan berwarna hijau?

•  TIDAK ada subsidi.

•  Bayaran  bagi  penuntut-penuntut  perempuan  yang  memegang  kad

pengenalan berwarna hijau ialah seperti berikut:

Suntikan Dos

Jumlah


Pertama

Kedua


Ketiga

Pakej A


B$100

B$100


-

B$200


Pakej B

B$200


-

-

B$200



*Bagi yang memerlukan satu atau dua dos vaksin HPV sahaja, akan

dikenakan bayaran sebanyak B$70 bagi setiap dos.

**Kos pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan.

9.7 

Apakah  status  bayaran  bagi  penuntut  perempuan  yang  belum 

mempunyai  kad  pengenalan,  dimana  salah  seorang  dari  ibubapa  atau 

penjaga  penuntut  ialah  pemegang  kad  pengenalan  berwarna  kuning 

atau ungu?

•  Percuma.

15

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 10:

Vaksinasi HPV dan pemeriksaan Pap

10.1 

Adakah  pemeriksaan  Pap  masih  perlu  dilakukan  jika  sudah  menerima 

ketiga-tiga dos vaksinasi HPV?

•  Ya.


•  Pemeriksaan Pap masih perlu dilakukan walaupun ketiga-tiga dos vaksinasi

diperolehi  kerana  vaksinasi  HPV  tidak  memberikan  perlindungan  dari

SEMUA jenis jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser servik.

16

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 11:

Vaksinasi HPV, Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu (‘Breastfeeding’)

11.1 

Adakah vaksinasi HPV boleh diberikan kepada perempuan yang hamil?

•  Tidak boleh.

•  Jadual  vaksinasi  HPV  boleh  diteruskan  setelah  perempuan  tersebut

melahirkan.



11.2 

Adakan  vaksinasi  HPV  boleh  diberikan  kepada  ibu  yang  sedang 

menyusukan anak damit?

•  Vaksinasi  HPV  (vaksin  quadrivalent)  boleh  diberikan  kepada  ibu  yang

sedang menyusukan anak damit.

17

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 12:

Vaksinasi HPV dan Penyakit-penyakit Kronik

12.1 

Bolehkah  vaksinasi  HPV  diberikan  kepada  mereka  yang  mempunyai 

masalah  kesihatan  seperti  kencing  manis,  tekanan  darah  tinggi  dan

masalah jantung?

•  Boleh.

•  Pesakit  yang  mempunyai  masalah  kesihatan  seperti  kencing  manis,

tekanan darah tinggi dan masalah jantung boleh menerima vaksinasi HPV.



12.2 

Bolehkah  vaksinasi  HPV  diberikan  kepada  mereka  yang  menghidap 

penyakit kanser?

•  Pesakit  yang  menghidap  penyakit  kanser  berkemungkinan  dibolehkan

menerima vaksinasi HPV.

•  Mereka  haruslah  mendapatkan  kebenaran  secara  bertulis  dari  pakar

perubatan    dari  hospital  terlebih  dahulu  sebelum  vaksinasi  HPV  boleh 

diberikan.



12.3 

Bolehkah  vaksinasi  HPV  diberikan  kepada  mereka  yang  menghidap 

penyakit kanser servik?

•  Boleh.

18

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 13:

Vaksinasi HPV dan Ubat-ubatan

13.1 

Bolehkah vaksinasi HPV diberikan kepada mereka yang mengambil ubat-

ubatan untuk masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah

tinggi, masalah jantung dan sebagainya?

•  Boleh.

•  Pesakit  yang  sedang  mengambil  ubat-ubatan  untuk  masalah  kesihatan

seperti  kencing  manis,  tekanan  darah  tinggi,  masalah  jantung  dan

sebagainya boleh menerima vaksinasi HPV.

13.2 

Bolehkah  vaksinasi  HPV  diberikan  kepada  mereka  yang  memakan 

antibiotik?

•  Boleh.

•  Vaksinasi  HPV  boleh  diberikan  kepada  mereka  yang  sedang  memakan

antibiotik.

19

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)




BAHAGIAN 14:

Isu-Isu Lain Yang Berkaitan Dengan Vaksin HPV

14.1 

“Bolehkah vaksin HPV diberikan kepada kaum lelaki?”

•  Vaksin HPV (quadrivalent) memang boleh diberikan kepada kaum lelaki.

Untuk  makluman,  Kementerian  Kesihatan,  Negara  Brunei  Darussalam

hanya  memberi  vaksin  HPV  bagi  tujuan  untuk  mencegah  Kanser  Servik.

Maka,  buat  masa  sekarang  vaksin  HPV  (quadrivalent)  tidak  diberikan

kepada  kaum  lelaki.  Walaubagaimanapun,  jika  ada  kaum  lelaki  yang

berminat untuk mendapatkan vaksin HPV (quadrivalent) ini, mereka boleh

mendapatkannya di Klinik-Klinik Swasta.



14.2 

“Saya  pernah  menjalani  pembedahan  ‘hysterectomy’.  Bolehkah  saya 

mendapatkan vaksin HPV?”

•  Secara amnya, ada terdapat dua jenis ‘hysterectomy’ (pembedahan bagi

pembuangan rahim) iaitu:

o  ‘Total  hysterectomy’  –  keseluruhan  rahim  termasuk  servik

dibuang;

o  ‘Sub-total hysterectomy’ – servik tidak dibuang.

•  Vaksin HPV boleh diberikan kepada mereka yang pernah menjalani ‘Sub-

total hysterectomy’.

•  Vaksin HPV tidak perlu diberikan kepada mereka yang pernah menjalani

‘Total hysterectomy’ kerana mereka tidak lagi mempunyai servik.

•  Jika wanita tersebut tidak pasti mengenai jenis pembedahan yang mereka

telah jalani, sila rujuk kepada pakar perubatan masing-masing.



14.3

“Saya  tidak  lagi  didatangi  haid  sejak  2  tahun  yang  lalu  (menopause).

Bolehkah saya mendapatkan vaksin HPV ini?”

•  BOLEH diberikan.

•  Walaubagaimanapun, menurut kajian-kajian yang telah dilakukan, vaksin

HPV adalah:

o  berkesan  bagi  wanita  sehingga  umur  45  tahun.  Selepas  itu,

keberkesanan  vaksin  ini  dalam  mencegah  jangkitan  HPV  dan

kanser servik adalah semakin berkurangan.

o  paling berkesan bila diberikan kepada mereka yang belum pernah 

melakukan hubungan kelamin.

20

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI VAKSIN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)





Dostları ilə paylaş:


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2019
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə