A I huruf pertama abjad Rumi


amfiun Ar candu. amfoterik



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə10/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   19

amfiun Ar candu.

amfoterik (amfotérik) (Kim) bkn sesuatu bahan (spt aluminium hidroksida) yg mempunyai kedua-dua ciri asid dan bes.

amil I Ar orang yg diberi tauliah (kuasa) utk memungut zakat (dan berhak menerima zakat).

amil II sj siput laut.

amilase (Bio) enzim yg menghuraikan kanji dan glikogen menjadi gula ringkas spt glukosa.

amilolisis (Bio) pencernaan kanji atau bahan berkanji menjadi gula.

amin Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah;

mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucapkan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.

amin-amin sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, Phyllanthus niruri.

amino (Kim) mengandungi atau terdiri drpd satu atom nitrogen dan dua atom hidrogen (–NH2) (bkn bahan kimia dsb): asid ~; kumpulan ~.

amir Ar 1. orang yg memegang perintah, pemimpin; ~ al-bahar = amirulbahar laksamana; ~ almukminin, amirulmukminin pemimpin sekalian orang Islam (gelaran khalifah dan sultan yg besar-besar); ~ haji = ~ al-haj = amirulhaj pemimpin jemaah haji; 2. ark gelaran wakil Sultan Riau di Pulau Tujuh.

amirulbahar Ar laksamana; amir.

amirulhaj Ar pemimpin jemaah haji; amir.

amirulmukminin Ar pemimpin umat Islam; amir.

amit I Jw; pengamitan pemberian mempelai kpd mentua tatkala meninggalkan rumah mentuanya.

amit II Sr makanan ringan yg tidak mengenyangkan dan dimakan semasa berehat: penjualan ~ di kantin sekolah perlu dikawal kerana boleh menjejaskan kesihatan pelajar.

amko ark Id sj motokar kecil (dipakai sbg teksi).

amma Ar sl adapun, akan; ammabakdahu.

ammabakdahu Ar ammabakdu.

ammabakdu Ar adapun kemudian drpd itu (digunakan dlm surat).

ammeter (amméter) (Fiz) alat utk menyukat arus elektrik.

ammi buta huruf; ummi II.

ammonia (Kim) gas yg tidak berwarna, berbau sengit dan menusuk hidung, merupakan sebatian drpd hidrogen dan nitrogen (digunakan dlm pembuatan baja dll);

terammonia telah bercampur dgn ammonia.

AMN kep Ahli Mangku Negara (pingat yg dikurniakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong).

amnesia (amnésia) kehilangan daya ingatan.

amnesti (amnésti) pengampunan (pembebasan drpd hukuman) biasanya kpd orang yg telah melakukan kesalahan terhadap negara (spt memberontak dsb).

amnion (Bio) selaput paling dalam yg menyelaputi embrio mamalia, burung dan reptilia.

amoi C anak perempuan, gadis (biasanya digunakan sbg panggilan kpd gadis Cina).

amonit fosil cangkerang yg berbentuk lingkaran.

amor (Latin) anak dewi Venus (dewi percintaan).

amorfus (Kim) bkn pepejal (spt jelaga, kaca, dll) yg bukan hablur atau tidak dapat membentuk hablur.

ampai 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur pakaian di ~ di belakang rumah;

mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~ tembakau;

mengampaikan 1. menggantungkan (menyangkutkan) pd ampaian utk menjemur (pakaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~ pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3. menyandarkan: ~ dirinya pd tembok;

terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan;

ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair.

ampai-ampai 1. sj binatang laut yg badannya spt agar-agar (berjurai-jurai tepinya); ubur-ubur; 2. = pohon ~ sj tumbuhan (pokok).

ampama, ampamar bp penyampai rahsia kpd polis dll, hantu mata-mata.

ampang I bendung; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang; empang I.

ampang II ringan, mudah.

ampe (ampé) Jw sampai.

ampean (ampéan) Jw gundik, selir.

ampek Jk bengik, mengah.

ampel (ampél) Jw buluh, bambu.

ampela Jk empedal ayam.

ampere (ampére) (Fiz) unit sukatan arus elektrik.

ampiar ampere.

ampit; anak ~ sj ikan darat, ikan pelaga, sempilai.

amplifier alat yg dihubungkan pd mikrofon (pd pesawat radio dsb) utk menghasilkan bunyi yg lebih kuat.

amplitud (Fiz) nilai mutlak maksimum yg dicapai oleh sesuatu gangguan pd gelombang atau mana-mana kuantiti yg berubah mengikut kala tertentu.

amplop IB 1. sampul surat; 2. wang rasuah (yg dibubuh di dlm sampul surat).

ampo Jw napal (sj tanah merah yg boleh dimakan).

ampu I; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju diampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampukan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyukakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya; ~ bodek bk mengangkat (supaya mendapat sesuatu);

pengampu 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu.

ampu II Mn empu; ~ kaki ibu jari kaki.

ampuh I Jw bertuah, mujarab, sakti: keris yg ~;

keampuhan kesaktian, kemujaraban: aku terbangun drpd ~ doa yg diucapkan oleh hati pasrah.

ampuh II Mn 1. bah, banjir, lembak, sebak; air ~ air bah; 2. hanyut: padinya ~ oleh banjir;

mengampuhkan menggenangi, melembak; ~ sawah mengairi sawah;

keampuhan tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan.

ampuh III; pengampuh; layar ~ layar yg tertinggi letaknya.

ampuk I Sr tidak kena pd sasaran dr arah yg dilepaskan: bola yg di atas botol itu tidak jatuh kerana tembakan peluru gabusnya ~.

ampuk II; burung ~ sj burung, burung sentali, burung teteguk, burung tukang besi.

ampul I; mengampul menjadi besar, mengembang (spt kacang direndam dll).

ampul II Sb bkn kayu (papan dll) yg ringan, lembut, dan dapat timbul di permukaan air.

ampun kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan;

mengampuni memberi ampun (kpd seseorang), memaafi (seseorang): baginda mempunyai kuasa utk ~ orang salah;

mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya;

terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~;

ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan;

pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yg telah insaf dan menyerah diri;

pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yg Maha Pengasih dan Maha P~.

ampung apung.

amput; mengamput bk bersetubuh;

amputan bk 1. kemaluan perempuan; 2. gundik.

amputasi (Ubat) pemotongan sebahagian anggota badan spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk.

amra I bp tukang (pandai) senjata.

amra II (Sanskrit) 1. sj mempelam (rupanya spt kedondong); 2. kedondong; ~ jangan disangka kedondong prb sebelum kita mencuba janganlah kita sangka sesuatu itu buruk kerana rupanya saja.

amril kertas empelas.

amsal Ar (jamak bagi misal) seperti, umpama.

amtenar IB pegawai.

amuh Mn ark mahu, suka.

amuk; beramuk 1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3. berkecamuk, kacau, bergelora; ~ fikirannya kacau fikirannya;

beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman;

mengamuk 1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yg ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertangkap; 2. ki berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat: taufan ~; penyakit taun ~; di sana sini guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dsb) dgn hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan): orang minyak ~ lagi; 4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar): minta duit pd emaknya, kalau tak dapat, ~;

mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk: ~ tentera dgn musuh;

pengamukan perihal (perbuatan dll) mengamuk atau mengamukkan;

pengamuk orang yg mengamuk (menyerang orang dll).

amung Jw; teramung satu-satunya, tunggal: saudara yg ~.

amung-amung sj ikan laut, gerepoh, Caranx ignoblis.

amunisi peluru, roket, misil, bom dsb yg biasanya ditembakkan atau dilancarkan drpd sesuatu senjata.

a.n. kep atas nama.

ana Ar saya, aku.

anaam Ar; bahar al-~ samudera kesenangan (nama laut di syurga).

anabolisme (Bio) pembinaan sebatian kompleks drpd bahan ringkas dgn menggunakan tenaga, mis pembinaan protein drpd asid amino.

anaerob (anaérob) (Bio) organisma yg tidak memerlukan oksigen atmosfera atau udara utk hidup.

anaerobik (anaérobik) bkn proses biologi yg berlangsung tanpa oksigen.

anafora (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu.

anafrodisiak (Ubat) bahan yg boleh menyebabkan kurangnya atau hilangnya keinginan nafsu syahwat.

anaglif sj hiasan atau arca yg berbentuk timbulan.

anagogi (Sas) tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yg bercorak mistik atau rohaniah.

anagram kata atau frasa yg terbentuk dgn menukarkan susunan huruf dlm kata atau frasa (mis bola kpd loba): bentuk ~ memerlukan kemahiran utk mengolahnya.

anai-anai sj serangga spt semut, putih warnanya, membuat sarang dlm tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm order Isoptera;

busut juga ditimbun oleh ~ prb orang kaya juga yg bertambah kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan; sbg ~ bubus prb berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dll).

anak I 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit;

~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu;

~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatån orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujung prb memarahi anak atau kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak mengajar; tergising-gising bagai ~ tiada diaku = terkesot-kesot bagai ~ tidak diaku prb mendekati orang yg tidak mahu dihampiri oleh kita;

anak-anak 1. banyak budak: ~ sudah ramai berkumpul di depan sekolah; 2. budak kecil, kanak-kanak: dia masih ~ lagi; 3. boneka, patung;

anak-anakan boneka, patung; ~ mentimun anak angkat yg dijadikan isteri;

beranak 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang;

anak-beranak 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka): dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak;

beranakkan 1. mempunyai sbg anak(nya): dia malu ~ seorang penjahat; 2. melahirkan (seseorang): nenekku berumur enam belas tahun sewaktu ~ bapaku;

menganak; ~ semang menjadi anak semang, memburuh; ~ sungai menyerupai anak sungai, mengalir banyak-banyak (peluh, darah, dll), banyak sekali (minuman dll);

memperanakkan melahirkan: ia berasal dr Bentan, tetapi diperanakkan di Melaka; lain orang ~, lain dipanggil bapa prb keuntungan tidak selamanya didapat oleh orang yg berhak menerimanya;

anakan 1. bunga wang; 2. boneka, patung;

keanak-anakan berlaku (berkelakuan) spt anak-anak: tabiat yg ~;

peranakan 1. keturunan anak negeri dgn orang asing: ~ Cina; 2. yg dilahirkan di: pemuda-pemuda ~ Melaka; 3. rahim (tempat bayi dlm perut), kandungan: sakit ~.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə