INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
11
dalam agama. Dan dengan penerangan ini, pentingnya kefahaman tentang ekstremee ini
kerana ianya bersifat mudah menular dalam masyarakat apatah lagi ciri-cirinya sangat
dekat dengan sikap masyarakat Islam tambahan lagi dengan kurangnya kefahaman
terhadap al-Quran dan al-Sunnah.
Ketiga: Mengadakan Sesuatu Ibadah yang Baru dalam Agama
Fanatik dalam konteks mengadakan sesuatu ibadah baru dalam agama boleh juga dikaitkan
dengan bid’ah. Bid’ah boleh difahami sebagai mengadakan sesuatu yang baru dalam
agama dan fanatik pula bermaksud melakukan sesuatu dengan melampau batas. Kedua-dua
ini membawa maksud sesuatu yang baru atau perkara yang diada-adakan dan dilakukan
tanpa dalil yang jelas dan berlebih-lebihan. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-
‘Araf ayat 33.
ُت ْنَأَو ِِقَْلْا ِْيَْغِب َيْغَ بْلاَو َْثِْْلْاَو َنَطَب اَمَو اَهْ نِم َرَهَظ اَم َشِحاَوَفْلا َِِبَّر َممرَح اَمنَِّإ ْلُق
ََْ اَم ِملَِِّ اوُُِرْشْ
َنوُمَلْعَ ت َلَ اَم ِملَّا ىَلَع اوُلوُقَ ت ْنَأَو انًاَطْلُس ِهِب ْلِِزَ نُ ي
Terjemahan: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;
dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang
benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah
sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan
(diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu
tidak mengetahuinya.
Memperkatakan urusan agama tanpa ilmu adalah dusta dan haram kerana ia adalah
permainan dan perangkap syaitan. Firman Allah SWT pada surah al-An’am (6) ayat 144:
ْوَقْلا يِدْهَ ي َلَ َملَّا منِإ ۗ ٍمْلِع ِْيَْغِب َسامنلا ملِضُيِل اِِذَُ ِملَّا ىَلَع ٰىَرَ تْ فا ِنمِمِ ُمَلْظَأ ْنَمَف
َنِمِلامَّلا َم
Terjemahan: Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang
berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak
berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk
kepada kaum yang zalim.
Antara contoh amalan yang dilabelkan atau didakwa sebagai bid’ah dan sering diamalkan
dalam masyarakat di Malaysia pada hari ini ialah kenduri arwah, bacaan tahlil kepada si
mati, membaca talqin untuk si mati, membaca Yasin dalam kenduri, dan sebagainya. Dalam
urusan jenazah contohnya, masyarakat dari kalangan ahli keluarga akan mengupah pembaca
al-Quran untuk membacanya kepada arwah si mati pada malam pertama kematian, kedua
dan ketiga, hari ke-40, satu tahun dan seterusnya.
Selain daripada itu, ekstreme dalam perkara ini boleh juga dikatakan seperti ekstreme
dalam soal makanan, minuman dan perkhidmatan. Gejala seperti ini terdapat dalam tafsiran
yang melampau tentang halal haram makanan dan perkhidmatan di Malaysia pada hari ini.
Iaitu golongan yang sekadar menggunakan andaian dan persepsi semata-mata untuk
mengatakan haram mana-mana makanan atau perkhidmatan atas anggapan bahawa sesuatu
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
12
itu benar-benar haram atau meragukan oleh sebab percampuran antara halal dengan
haram.
44
Antara contohnya termasuklah kenyataan oleh sesetengah badan bukan kerajaan seperti
persatuan pengguna yang banyak memperkatakan makanan, minuman dan perkhidmatan
yang dianggap sebagai haram tanpa alasan yang kukuh. Sebagai akibatnya, timbul perasaan
ragu-ragu dikalangan pengguna awam Islam terhadap status hukum barang berkenaan dan
menyusahkan orang ramai untuk berususan. Seharusnya dalam perkara ini perlulah
merujuk kepada badan yang bertanggungjawab sepenuhnya seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia untuk menentukan status halal haram makanan bukannya hanya mendengar
daripada persatuan pengguna sahaja.
Selain daripada itu, telah tersebar dakwaan di dalam media sosial mengenai makanan yang
mengandungi “kod E” adalah makanan yang mengandungi unsur khinzir.
45
Pihak JAKIM
telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung dengan perkara ini. Menurutnya,
KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label
makanan di negara Kesatuan Eropah. Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan dan
ditambah secara sengaja ke dalam makanan dan kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi
kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan. Tidak semua
huruf E yang digunakan untuk membuat sesuatu peroduk makanan berasaskan dari sumber
yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikorb, kimia
dan haiwan.
46
Tindakan seperti cepat menghukum status halal haram sesuatu makanan atau perkhidmatan
seperti ini di anggap sangat keterlaluan dan boleh dikategorikan sebagai mengada-adakan
sesuatu dalam agama. Hal ini demikian kerana, sesungguuhnya sesuatu perkara itu perlulah
diselidiki dan ditanya oleh pihak yang arif tentangnya.
Isu semasa seperti ini sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia pada
hari ini. Oleh yang demikian pentingnya masyarakat memahami sumber perundangan
Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah supaya perkara sebegini tidak kelihatan
berat dalam kaca kehidupan seharian masyarakat sedangkan Islam sebenarnya bersifat
mudah dan toleransi.
Hadith Berkaitan Dengan Fanatik Beragama
Berdasarkan kepada rujukan terhadap al-Kutub al-Sittah, didapati bahawa terhadap 19
hadith yang dapat dikaitkan dengan istilah fanatik beragama yang dimaksudkan dalam
artikel ini. Walaupun demikian, daripada keseluruhan 19 hadith itu, lebih banyak
menjelaskan tentang bentuk-bentuk fanatik atau ekstrem yang berlaku dalam masyarakat
Islam. Rujuk kepada Jadual 1.0 yang menjelaskan tentang hadith-hadith fanatik beragama
dalam al-Kutub al-Sittah berserta dengan tema-tema bagi hadith tersebut.
Jadual 1.0: Taburan Hadith Berkaitan Fanatik Beragama (Ekstrem atau al-Ghuluw) Dalam al-Kutub
44
Mushaddad Hasbullah, Mohd Asri Abdullah, “Wasatiyyah Pemacu Peradaban Negara”,12.
45
Othman Mustapha, “Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM Berkenanaan Penjelasan KOd E Yang
Dikaitkan Mengandungi Lemak Babi”, laman sesawang islam.gov.my, dicapai 8 Mac 2016,
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/kenyataan_media_kp_jakim_berhubung_kod_e_yang_dikaitkan_me
mpunyai_lemak_babi-26_mei_2014.pdf
46
Ibid.,