INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
23
dilaksanakan). Manakala “al-Din” yang disifatkan dengan sifat mudah dan payah itu
adalah merujuk kepada segala amal perbuatan.
73
PERBINCANGAN
Merujuk kepada perbahasan terhadap hadith dan keterangan daripada para ulama dan
sarjana berkaitan dengan fanatik beragama, dapat dikemukakan beberapa perbincangan
yang berkaitan dengan tajuk ini.
Pertama: Aspek Pengistilahan
Dalam perbincangan berkaitan dengan istilah fanatik beragama, dapat dikatakan bahawa ia
boleh merujuk kepada beberapa istilah yang lain yang menunjukkan kepada maksud yang
sama, sekalipun ada perbezaan dari sudut penggunaan istilah tersebut. Fanatik boleh
dirujuk kepada maksud ekstrem, taksub, melampaui had, memberatkan atau
mempersulitkan, berlebih-lebih atau melampaui batas yang ditetapkan. Manakala dalam
hadith pula, istilah yang digunakan bagi mewakili maksud fanatik dan istilah seumpama
dengannya adalah merujuk kepada istilah al-ghuluw, tannattu` (al-mutanatti`in) dan
takalluf yang secara keseluruhannya mewakili maksud yang telah dinyatakan tersebut.
Dalam konteks yang lain pula, sebenarnya fanatik beragama juga merujuk kepada istilah
tashaddud yang bermaksud berlebihan atau memayahkan. Dalam konteks istilah ini dapat
dirujuk kepada orang yang melakukan sesuatu perkara atau ibadah yang melebih had yang
ditentukan dalam syariat atau melakukan dalam keadaan memayahkan diri. Ia berlawanan
kepada maksud dalam hadith iait “Agama (Islam) itu adalah mudah”.
Kedua: Aspek Pemahaman Dari Perspektif Hadith atau Fiqh al-Hadith
Apabila dirujuk kepada hadith yang dibincangkan fanatik beragama dapat dirujuk
pemahamannya kepada beberapa aspek berikut:
[1] Merujuk kepada larangan melampaui batas, ekstrem atau memberatkan sesuatu. Dalam
konteks pemahaman terhadap keseluruhan hadith yang berkaitan perkara ini, dapat
difahami bahawa fanatik juga boleh merujuk kepada pelbagai aspek dan tindakan.
Maksudnya, fanatik beragama bukan hanya berkaitan dengan ibadah atau pelaksanaan
ibadah sahaja, tetapi sifatnya lebih luas merangkumi pelbagai perkara. Antaranya
melibatkan perbuatan dan tindakan serta sikap dan tingkah laku. Maksudnya, sesuatu
perkara atau perbuatan yang dilakukan secara bersangatan dan melampau sehingga
melampaui had (batasan) yang telah ditetapkan, maka itulah dimaksudkan sebagai fanatik
beragama. Boleh jadi dalam ibadah, dalam amalan harian, perbuatan, dan sikap seseorang.
Contohnya, kumpulan Islamic State of Iraq and Syiria (ISIS) adalah antara golongan
ekstremis atau fanatik dalam memperjuagkan agenda mereka dalam bentuk sikap dan
tindakan. Manakala, sikap membantah-bantah atau taksub terhadap seseorang guru atau
kumpulan atau idea pemikiran tertentu adalah antara contoh fanatik dalam konteks sikap.
73
Ibid., 2:127
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
24
Oleh sebab itu, seorang itu sanggup menggadaikan dan melakukan apa sahaja demi
memperjuangkan idealogi yang diagungkan atau dipegang.
[2] Merujuk kepada larangan mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam agama. Dalam
pemahaman hadith juga menyataka bahawa mengada-adakan sesuatu yang baharu
khususnya dalam konteks amal ibadah adalah termasuk dalam bentuk fanatik beragama.
Maksudnya, apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang dianggap sebagai ibadah dalam
keadaan tidak mempunyai dalil daripada Nabi SAW, atau daripada amalan para Sahabat
dan Tabi`in atau dari pandangan dan panduan Salaf al-Soleh, maka secara umumnya dapat
difahami ia bukan ibadah kerana panduan ibadah itu daripada tunjuk ajar Nabi SAW dan
diperincikan dari pandangan dana amalan Salaf al-Soleh. Ia juga merujuk kepada istilah
bid`ah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.
Jadi, sebagai umat Islam, sesuatu ibadah yang dilakukan bukannya mengikut kefahaman
sendiri tetapi kefahaman daripada tunjuk ajar Nabi SAW melalui panduan hadith dan
sunnah baginda SAW. Contohnya, Nabi SAW menyatakan bahawa pelaksanaan solat itu
mesti mengikut panduan yang diajarkan oleh Nabi SAW seperti sabdaan Nabi SAW:
“Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.”
74
Maka, dapat difahami bahawa
perbuatan amalan solat, waktu solat, tatacara pelaksanaan solat, bilangan rakaat dalam
solat, keseluruhannya telah diajarkan oleh Nabi SAW. Jadi, apabila seseorang itu
menyatakan bahawa dia akan melaksanaan solat Zohor lima rakaat pada jam 11.00 pagi
waktu Malaysia, perbuatan solat itu zahirnya nampak baik, tetapi hakikatnya menyalahi
tatacara yang diajarkan oleh Nabi SAW. Maka, perbuatan tersebut adalah bid`ah atau
mengada-adakan sesuatu yang tidak diajarkan oleh Nabi SAW dan menyalahi tatacara
sebenar. Maka, sesuai dengan sabdaan Nabi SAW yang menyatakan bahawa perbuatan
bid`ah itu adalah sesat. Sudah pasti juga tiada ganjaran pahala yang diberikan Allah, dan
mengundang dosa.
[3] Merujuk pemahaman berlebihan atau bersifat memayahkan atau membebankan diri
berlawanan kepada sifat mudah. Maksudnya, agama Islam itu bersifat mudah dan tidak
membebani atau memayahkan umat Islam dalam konteks perlaksanaan sesuatu perkara
berkaitan dengan agama contohnya seperti ibadah. Dalam konteks hadith, Nabi SAW
menyatakan bahawa agama Islam itu bersifat memudahkan tetapi bukan bermaksud
mengambil mudah atau sambil lewa. Konteks hadith tersebut menyatakan bahawa dalam
perlaksanaan ibadah sebagai contohnya, perlu dilakukan mengikut apa yang telah
digariskan sebagai panduan dalam ibadah tersebut. Tidak perlu untuk membebankan diri
sehingga pada akhirnya merasa penat dan letih serta jemu dalam pelaksanaan ibadah
tersebut. Apa yang paling dituntut adalah melaksanakan sesuatu tuntutan itu dengan
sempurna dan beristiqamah sekalipun pada zahirnya nampak ibadah itu terlalu simple
(mudah) dalam pelaksanaan.
Hal ini dapat difahami bahawa apabila seseorang itu terlalu fanatik beragama ataupun
boleh dikatakan dalam konteks pemahaman hadith ini, apabila seseorang itu terlalu fanatik
untuk melakukan sesuatu ibadah atas dasar bersemangat seperti bertekad untuk membaca
al-Quran setiap malam satu juzik atau mengkhatamkan al-Quran pada satu minggu,
kemungkinan pada peringkat awal boleh dilakukan. Namun, apabila disibukkan dengan
74
Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Da`awat, Bab al-Du`a Ba`d al-Salah, no.hadith 6329. Al-Bukhari, “Sahih
al-Bukhari”, dalam Mawsu’ah al-Hadith al-Sharif, 533.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
25
tugasan, atau terasa amalan itu terbeban, maka keadaan tersebut akan menyebabkan amalan
itu tidak langsung dilakukan selepas itu. Perkara ini yang mahu dielakkan berlaku dalam
kalangan umat Islam. Oleh sebab itu, Nabi SAW meminta supaya umat Islam ditidak
membebani diri mereka sendiri sekalipun dalam beribadah. Sewajarnya hanya perlu
mengikut aturan yang telah ditetapkan dalam syariat kerana itulah yang paling sesuai
dengan keadaan sebagai seorang manusia, pengikut Nabi SAW dan hamba Allah SWT.
KESIMPULAN
Melalui penelitian terhadap beberapa hadith-hadith terpilih dapat menunjukkan larangan
daripada Rasulullah SAW tentang sikap fanatik beragama ini. Larangan ini bersifat keras.
Namun, perbincangan dengan isu semasa masyarakat sekarang jelas memberi pemahaman
tentang sikap fanatik beragama yang boleh berlaku dalam pelbagai aspek dalam kalangan
umat Islam itu sendiri. Antaranya seperti taksub atau fanatik terhadap mazhab, taksub
dalam amalan agama atau mengada-adakan sesuatu ibadah baru dalam agama.
Sejajar dengan perkembangan teknologi kini, didapati bahawa idea fanatisme atau
ekstremisme lebih mudah untuk berkembang dalam masyarakat tanpa disedari. Bahkan,
banyak perkara dan tindakan ekstrem yang berlaku disebabkan perhubungan dengan dunia
luar tanpa batasan itu.
Oleh sebab itu, amat penting diberikan kefahaman yang jelas tentang aspek fanatik dan
ekstremisme ini dalam masyarakat supaya tidak terjebak dengan pelbagai aktiviti yang
merosakkan Islam mereka. Melalui panduan al-Quran dan tunjuk ajar Nabi SAW melalui
hadith-hadith baginda, sudah memadai untuk memahaminya dengan jelas. Nabi SAW lebih
mengetahui selok belok dan keadaa umat baginda berbanding umat baginda mengetahui
tentang diri sendiri.
Sangat perlu, al-Quran dan hadith dijadikan sumber utama dalam kehidupan seharian
kerana di dalamnya terdapat jawapan bagi setiap persoalan dalam kehidupan. Oleh yang
demikian, tugas ini bergantung kepada golongan A’lim untuk menerangkannya kepada
masyarakat dan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan bermazhabkan
Imam Syafi’i dalam syariah. Sebagai individu Muslim, seharusnya memantapkan diri
dengan ilmu agama sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya tidak terpesong
dan mudah terpengaruh dengan golongan fanatik beragama.
Penghargaan:
Artikel ini hasil daripada penyelidikan di bawah geran penyelidikan University Malaya
Research Grantt (UMRG) bernombor RG482-15HNE bertajuk: “Menangani Budaya
Pemikiran Ekstreme Agama Dalam Kalangan Belia: Ke Arah Penyelesaian Melalui
Kerangka Al-Quran Dan Al-Sunnah.”
BIBLIOGRAFI
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
26
A.D. Ajijola, The Essence of Faith in Islam, Saudi Arabia: Presidency of Islamic Research,
IFTA and Propagation, 1984.
Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari Sharh Sahih
al-Bukhari, ed. ‘Abd Allah Mahmud Muhammad ‘Umar, Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 2001.
Bustanuddin Agus, Agama Dalam Kehidupan Manusia: Pengantar Antropologi Agama,
Jakarta: PT Rajagrafindo Persada, 2006.
Dinda Ayu Kusumaningtyas, Fanatisme dan Radikalisme Agama. Latihan Ilmiah di Jurusan
Sistem Informasi, Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer, AMIKOM,
Yogyakarta, 2011.
H.Dandang Kahmad, Sosiologi Agama, Bandung: PT Remaja Rosdakarya, cet.5, 2009.
Hidayati, Analisis Makna Kontekstual Kata نيد /Dῑnun/ Dan ةلم /Millatun/ Dalam Al-
Qur’an Al-Karim, Disertasi Sarjana, Departmen Sastra Arab, Fakultas Ilmu
Budaya, Universitas Sumatera Utara, Medan, 2015.
http://ejournal.psikologi.fisip-unmul.ac.id/site/wp-content/uploads/2016/02/irna%20(02-
24-16-06-49-51).pdf
http://repository.usu.ac.id/handle/123456789/54966.
Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani al-Shafi`i, Fath al-Bari Sharh Sahih al-
Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, 1379H.
Irna Purnamasari, Faktor Pendorong Fanatisme Pada Suporter Klub Sepak Bola Arsenal Di
Balikpapan, Dlm. eJournal Psikologi, 2016, 4 (3): 260-269.
Januar, Ragil Rachmad (2014) “Jihad Dalam Pandangan Kaum Teroris Muslim Dan
Penerapannya Di Indonesia. Undergraduate thesis, Fakultas Adab dan Humaniora,
UIN Sunan Ampel Surabaya, 2014. http://digilib.uinsby.ac.id/202/
Mahyuddin Abu Bakar dan Azman Md Zain, Konsep Bertaklid Dalam Islam. Dlm.
MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (SEA Journal of General Studies)
(6), 2005:71-94.
Mohamad Kamil Ab. Majid, Fanatik dan Taksub Dalam Islam: Analisis Pandangan al-
Qaradawi. Dlm Jurnal Usuluddin, Bil.18, 2003: 25-36
Mohammed Muqim, Research Methodology in Islamic Perspective, Kuala Lumpur:
S.Abdul Majeed & Co., 1997.
Mohd Mohiyuddin Mohd Sulaiman, Religions in Malaysia, Petaling Jaya, Selangor: t.p.,
2005.
Muhammad bin Isma’il Abu ‘Abd Allah al-Bukhari al-Ja`fi, al-Jami` al-Sahih al-
Mukhtasar (Sahih al-Bukhari), de. Dr. Mustafa Dib al-Bagha, Beirut: Dar Ibn
Kathir, 1987.
Nina Ismaya, “Pengaruh Fanatisme Masyarakat Pada Kyai Terhadap Kemenangan Kh.
Fannan Hasib Dan Fadhilah Budiono Dalam Pemilihan Kepala Daerah Di
Kecamatan Sokobanah Tahun 2012”, Undergraduate thesis, Fakultas Ushuluddin
dan Filsafat, UIN Sunan Ampel Surabaya, 2015. http://digilib.uinsby.ac.id/2697/
Rizki Khairil, Pandangan Dan Sikap Jama’ah Salafiyah Terhadap Pemilihan Umum di
Indonesia: Studi Deskriptif Pada Jama’ah Salafiyah Kota Medan, Disertasi Sarjana,
Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Sumatera Utara, Medan, 2010.
Rujuk link: http://repository.usu.ac.id/handle/123456789/20415
Sa’id Hawa, Batas-Batas Iman dan Kufur, Shah Alam, Selangor: Dewan Pustaka Fajar,
cet.3, 1983.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
27
Usman Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam Pembangunan Peradaban: Satu Kajian
Tentang Pemikiran Malik Bennabi (1905-1973)”, Tesis PhD, Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2003. Rujuk link
berikut: http://studentsrepo.um.edu.my/789/
Wan Zulkifli Wan Hasssan, Sadd al-Dhara'i' Dalam Memelihara Agama Dan Kaitannya
Dengan Asas Keharmonian Hubungan Etnik. Dlm. MALIM: Jurnal Pengajian
Umum Asia Tenggara (SEA Journal of General Studies) (6), 2005:95-108)
Dostları ilə paylaş: |