INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
3
itu kerana terkait dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Sesuai dengan keadaan
agama itu yang sama sekali tidak mengajarkan penganutnya kekerasan, peperangan, dan
permusuhan. Oleh itu, dalam hal ini fanatik kepada kebenaran atau mempertahankan
agama Islam khususnya daripada dirosakkan adalah sikap yang baik. Boleh terjadi
sekiranya Islam mengharamkan sesuatu makanan, lalu dicuba untuk memakannya juga
dengan niat untuk melanggar larangan tersebut, maka itu dikatakan sebagai merosakkan
nilai keimanannya.
5
Dengan itu, perlu kepada sikap fanatik untuk mempertahankan dan
mendaulatkan agama Islam itu. Hal ini turut termasuk dalam sikap fanatik itu sendiri dari
sudut kebaikannya.
Kemudian, fanatisme juga adalah suatu sikap penuh semangat yang berlebihan terhadap
suatu segi pandangan atau suatu sebab. Perilaku fanatik ditunjukkan untuk menghina
dalam hal tertentu, tetapi sebenarnya merupakan individu atau kelompok yang memiliki
keyakinan atau pemahaman terhadap sesuatu secara berlebihan dan mereka akan tetap pada
pendiriannya, walaupun orang lain menganggap itu berlebihan. Pandangan Chaplin ini
telah dipetik oleh Irna Purnamasari.
6
Menurut Prof. Dr. Achmad Mubarok MA, fanatik adalah suatu istilah yang digunakan
untuk menyebut suatu keyakinan atau suatu pandangan tentang sesuatu yang bersifat
positif atau negatif, tidak berasaskan kepada sandaran teori atau mempunyai asas
kenyataan teori yang jelas tetapi dianuti atau dipegang dengan cara yang mendalam
sehingga sukar untuk dibetulkan atau diubah pandangan tersebut. Fanatisme juga dapat
disebut sebagai orientasi dan sentimen yang mempengaruhi seseorang dalam; berbuat
sesuatu, menempuh sesuatu atau memberi sesuatu, dalam berfikir dan memutuskan, dalam
mempersepsi dan memahami sesuatu, dan dalam merasa.
7
Muhamad Kamil Abdul Majid dalam tulisannya meletakkan fanatik sama dengan taksub.
Beliau memetik pandangan al-Qaradawi yang menyatakan bahawa sikap fanatik dan
taksub kepada pandangan sendiri atau kepada guru dan kumpulan masing-masing adalah
salah satu daripada gejala melampau-lampau. Sikap ini menggambarkan seseorang yang
tidak berkemampuan membuka perbincangan untuk membandingkan pendapatnya dengan
pendapat pihak-pihak lain bagi mendapat pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.
8
Oleh itu, secara umumnya, kalimah fanatik, taksub, ekstrem, melampau, berlebih-lebih
dalam sesuatu perkara atau kepercayaan adalah mempunyai maksudnya sama yang
menunjukkan kepada perlakukan atau sikap yang dipandangan tidak baik apabila ia telah
melebihi had yang ditentukan.
5
Wajiran “Fanatisme Agama Hukumnya Wajib” http://sosbud.kompasiana.com/2012/08/13/fanatisme-agama-
hukumnya-wajib-485807.html. Sabtu, 02 Ogos 2014.
6
Irna Purnamasari, Faktor Pendorong Fanatisme Pada Suporter Klub Sepak Bola Arsenal Di Balikpapan, Dlm.
eJournal Psikologi, 2016, 4 (3): 261.
http://ejournal.psikologi.fisip-unmul.ac.id/site/wp-content/uploads/2016/02/irna%20(02-24-16-06-49-51).pdf.
Chaplin, J.P. Kamus Lengkap Psikologi (Terjemahan Kartin Kartono), (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada,
2009), 66.
7
Prof. Dr. Achmad Mubarok MA, Fanatik dan Toleransi, Mubarak Institute, Center For Indigenous Psychology
(Pusat Pengembangan Psikologi Islam). Rujuk kepada link berikut:
http://mubarok-institute.blogspot.my/2010/12/fanatik-dan-toleransi-oleh-prof-dr.html, 25 Julai 2016.
Rujuk juga Dinda Ayu Kusumaningtyas, Fanatisme dan Radikalisme Agama. (Latihan Ilmiah di Jurusan Sistem
Informasi, Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer, AMIKOM, Yogyakarta, 2011), 5.
8
Muhammad Yusuf al-Qaradawi, Kebangunan Islam di Antara Tentangan dan Ekstrimisme, (terj.) Muhammad
Rivai
Batubara, (Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1984), 41.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
4
Manakala, istilah beragama adalah merujuk tambahan imbuhan “ber” kepada perkataan
“agama” yang merujuk kepada satu makna yang khusus. Istilah agama menurut Rahmat
Kamaruddin dalam tulisannya menyebutkan bahawa secara etimologi, kata “agama” bukan
berasal dari bahasa Arab, melainkan diambil dari istilah bahasa Sanskrit yang menunjuk
pada sistem kepercayaan dalam Hinduisme dan Budhisme di India. Agama terdiri dari kata
“a” yang bererti “tidak”, dan “gama” bererti kacau. Dengan demikian, agama adalah
sejenis peraturan yang menghindarkan manusia dari kekacauan serta menjadi pengantar
kepada manusia untuk menuju keteraturan dan ketertiban.
9
Hal ini turut dinyatakan oleh
Usman Syihab yang menyatakan bahawa agama berasal dari suku kata “a-gam-a”, “A”
sebagai awalan bermakna tidak pergi; tidak datang; tidak berubah atau bererti kekal.
“Gam” juga merujuk kepada dasar yang membawa makna pergi atau jalan. Manakala “a”
diakhir memberi kata sifar tentang erti kedatangan atau kekekalan. Oleh sebab itu, agama
bererti pegangan atau pedoman hidup yang berkekalan.
10
Menurut Harun Nasution, agama
tersusun dari dua kata “a” iaitu bermakna “tidak” dan “gama” bererti “pergi”,
iaitu merujuk
kepada makna tidak pergi, tetap di tempat dan diwarisi turun temurun, iaitu sesuai dengan
sifat agama yang sedemikian.
11
Agama juga dirujuk dengan istilah “al-Din”, dalam bahasa Arab yang mengandungi
maksud yang pelbagai. Dalam Lisan al-‘Arab dan Muhtar al-Sihah, memberikan makna
“din” seperti kekuasaan, kemuliaan, ibadah, ketaatan, memiliki kedudukan, ketundukan,
Islam, tauhid, hutang, perhitungan, balas, nama setiap yang diyakini, dan ia juga bererti
memberi pelayanan, kebiasaan, paksaan,kekerasan, kehinaan, serta juga bermakna
kebiasaan yang baik dan buruk, penyakit dan kemaksiatan. Manakala S.M. Nuquib al-Attas
pula berpandangan perkataan “din” menpunyai kata dasar yang banyak sehingga kelihatan
seolah-oleh bertentangan, tetapi semua makna dasar tersebut saling berkaitan. Beliau
menyimpulkan bahawa terdapat empat makna-dasar iaitu [1] keadaan berhutang; [2]
keadaan takluk menyerah diri; [3] kuasa dan daya menghukum; dan [4] bawaan
kecenderungan yang sedia ada pada insan atau kebiasaan yang menjadi adat resam.
12
al-
Attas mengatakan lagi, dalam keadaan hal sesorang yang berhutang- yakni sebagai seorang
dain- maka orang itu menaklik dirinya dengan erti kata menyerah dirinya kepada kehendak
hukum dan undang-undang mengenai perkara hutang dan perhutangan serta mematuhi
segala peraturan hukum dan undang-undang itu.
13
Dalam konteks hadith,
al-Din disebutkan sebagai nasihat (memberi peringatan kepada
manusia). Daripada Tamim al-Dari RA bahawa Nabi SAW bersabda: Al-Din Nasihah
(Agama itu nasihat atau peringatan). Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagi siapa?”
9
Rahmat Kamaruddin, Pengertian Agama, rujuk kepada: http://penaraka.blogspot.my/2012/04/pengertian-
agama.html, 25 Julai 2016.
10
Usman Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam Pembangunan Peradaban: Satu Kajian Tentang Pemikiran
Malik Bennabi (1905-1973)”, (Tesis PhD, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 2003), 80.
11
Hasan Muarif Ambary et.al. Insiklopedia Islam, j.4, c.2, (Jakarta: Ichtiar Baru van Hoeve, 1994), 19-20 dan
rujuk juga Usman Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam Pembangunan Peradaban”, 80-81.
12
Hasan Muarif Ambary et.al. Insiklopedia Islam, 78-80 dan Usman Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam
Pembangunan Peradaban”, 82.
13
Hasan Muarif Ambary et.al. Insiklopedia Islam, 82 dan Usman Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam
Pembangunan Peradaban”, 83.