INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
7
dapat dilakukan kesimpulan secara kolektif berasaskan rujukan terhadap karya-karya
syarah hadith dengan tambahan kepada rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
Oleh yang demikian, fokus utama artikel ini adalah mengenalpasti hadith, mensyarahkan
hadith berasaskan rujukan kepada karya-karya syarah dan mengaitkan perbincangan
dengan realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia.
HASIL DAPATAN KAJIAN
Isu-Isu Berkaitan Dengan Fanatik Dalam Beragama Dalam Kalangan Masyarakat
Islam Di Malaysia
Realiti semasa kini, masyarakat Islam di Malaysia disogokkan dengan pelbagai aliran dan
pandangan yang kadang kala mencetuskan pelbagai kontroversi dan perbalahan dalam
kalangan anggota masyarakat khusus golongan agamawan. Buktinya, beberapa siri
perdebatan diadakan bagi membincangan pelbagai isu dengan mengetengahkan tokoh atau
agamawan yang mempelopori idea atau mewakili aliran mazhab masing-masing.
Antaranya Forum Jalan Sufi Sejati
24
yang diadakan pada 27 Ogos 2016, Forum Salah
Faham Fatwa Ibn Taimiyyah Satu Penjelasan
25
yang diadakan pada 23 Ogos 2016, Forum
Pindaan RUU355 "Wajarkah Bukan Islam Bimbang?" yang diadakan pada 13 Ogos 2016
bertempat di Mines 2 Crystal Ballroom, Mines Wellness City, Seri Kembangan,
Selangor,
26
Forum 4 Mazhab Fekah
27
yang diadakan pada 30 Julai 2016, Forum Istilah
Kafir Harbi - Masih Relevan atau Tidak?
28
, yang dianjurkan Pertubuhan IKRAM ini telah
diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) pada 16 Julai
2016, Forum Politik Takfiri Membawa Kemusnahan Ummah
29
yang diadakan pada 9 April
2016,
Forum Polemik Hadis & Kisah Popular Tapi Palsu
30
yang diadakan pada 12 Januari
2016 dan lain-lain lagi.
Melalui penganjuran dan pelaksanaan forum sedemikian, jelas menunjukkan bahawa
timbulnya pelbagai pandangan dan aliran sehingga memerlukan kepada perbincangan
dalam bentuk forum bagi tujuan menjelaskan, menerangkan atau merungkai isu-isu semasa
24
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com di url: https://www.youtube.com/watch?v=D19E2HaDXrM. 1
September 2016.
25
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com di url: https://www.youtube.com/watch?v=vS7rxs4Y9XI. 1
September 2016
26
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com, di url: https://www.youtube.com/watch?v=vl_sWNYi2Po, 1
September 2016.
27
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com, di url: https://www.youtube.com/watch?v=DtLnc0PEnrU, 1
September 2016.
28
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com, di url: https://www.youtube.com/watch?v=DFObSeE5aiA, 1
September 2016.
29
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com, di url: https://www.youtube.com/watch?v=92dwMYIypFM, 1
September 2016.
30
Boleh rujuk rakaman video di Youtube.com, di url: https://www.youtube.com/watch?v=ZUJKGXhgTGQ, 1
September 2016.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
8
yang timbul dalam masyarakat. Tidak kurang ada segelintir agamawan yang mencabar
pihak yang tidak sealiran bagi tujuan berdebat mencari kata putus terhadap isu yang
diketengahkan mereka. Ada yang menyahut dan ada yang menolak dengan alasan masing-
masing. Cumanya, di pihak masyarakat memperlihatkan secara jelas bahawa kewujudan
pelbagai aliran atau kumpulan yang masing-masing membawa
Suasana ini juga memperlihatkan bahawa realiti dalam masyarakat di Malaysia hari ini
telah terdedah dengan pelbagai aliran dan masing-masing cuba untuk mempertahankan
aliran atau kumpulan yang didukung itu. Justeru, lahirkan golongan yang taksub ke mazhab
tertentu, cenderung kepada aliran akidah tertentu, menyokong secara melulu golongan
yang dianggap sebagai pembawa idea perubahan, dan pelbagai aliran dan kumpulan lagi
yang hadir dengan idea pemikiran dan pemahaman masing-masing.
Menurut Charles S. Liebmant, golongan ekstremis (pelampau) agama dalam masyarakat
semasa kini, pergerakan dan tindakan mereka boleh diagak sekalipun bukan mudah untuk
mengenalpasti golongan ini.
31
Cuma, peranan para ulama perlu dalam menentukan atau
mengariskan ciri-ciri golongan pelampau ini supaya tindakan dapat dilakukan.
32
Walaubagaimanapun, golongan ini sudah semakin berleluasa dan kehadapan dalam
masyarakat sehingga tidak takut untuk tampil dengan pegangan mereka.
Oleh yang demikian, secara umumnya di Malaysia didapati bahawa sikap fanatik beragama
dalam kalangan masyarakat boleh dilihat dari beberapa aspek berikut:
Pertama: Sikap Fanatik Dalam Bermazhab
Sebagai umat Islam, wajib untuk menghormati imam-imam feqah dan akidah daripada
mana-mana aliran mazhab Islam yang muktabar sama ada yang menjadi pegangan
mahupun tidak. Hal ini kerana sikap fanatik dan menyesatkan aliran mazhab fekah dan
akidah yang lain adalah suatu sikap yang fanatik dan melampau batas serta menyanggahi
syarak. Sedangkan bermazhab dalam feqah bukanlah satu kesalahan. Bahkan, imam-imam
mazhab yang mulia seperti para imam yang empat sendiri melarang sikap fanatik mazhab.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, taksub mazhab adalah satu ancaman
terhadap perkembangan minda umat ini ke arah yang lebih positif dan berdaya saing.
Taksub menyebabkan pemikiran seseorang menjadi sempit, beku, tidak adil dalam
membuat penilaian dan tidak mampu mencetuskan idea-idea baharu yang lebih segar.
33
Menurutnya lagi, menurut Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman yang menyatakan taksub
mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak. Ini kerana maksud taksub
mazhab ialah seseoarang beriltizam dengan pendapat tertentu dalam masalah syarak dan
enggan berubah, sedangkan dalam masa yang sama antara dirinya dengan Allah SWT, dia
sedar pendapat tersebut tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah
memberikan pendapat yang sahih. Namun, dia meninggalkan pendapat yang sahih tersebut
dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi bertentangan dengan yang sahih. Ini sikap
31
Charles S. Liebman, Extremism As A Religious Norm, Journal for the Scientific Study of Religion 22, 1
(1983): 75-86, 76.
32
Ibid.,
33
Mohd Asri Zainul Abidin, Fanatik Mazhab Fekah & Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat (Perlis:
Jabatan Mufti Negeri Perlis, 2015), 9.