INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
21
Dalam hadith, ungkapan [
ٌرْسُي َنيِِدلا منِإ ] “
Sesungguhnya agama itu mudah” membawa maksud
ciri-ciri agama Islam adalah sebagai agama yang diturunkan kepada umat manusia yang
terakhir dalam bentuk yang sempurna , agama Islam adalah agama yang telah diredhai oleh
Allah SWT. Kemudian, kalimah al-Ghadwah (
ِةَوْدَغْلا) bermaksud permulaan waktu
tengahari, dan al-Rawhah (
ِةَحْومرلا) pula bermaksud sewaktu terbenamnya matahari, dan al-
duljah (
ِةََلجُّدلا) pula pada waktu akhir malam. Perkataan [اْوُدِِدَسَف] bermaksud mengerjakan
sesuatu ibadah dengan benar dan tidak berlebihan dan tidak pula menguranginya, [
اْوُ بِراَقَو]
bermaksud, sekiranya ibadah yang dilakukan itu tidak sempurna maka hendaklah
mengerjakan yang dekat dengan kesempurnaan, dan juga [
اْوُرِشْْبَأَو] bermaksud bahawa
bergembiralah kerana akan mendapat balasan pahala atas amal yang dilakukan terus-
menerus walaupun sedikit.
67
Jadi, keseluruhan ungkapan ini merujuk kepada maksud
bahawa setiap amalan yang dilakukan, hendaklah disempurnakan dengan baik, bukan
dilakukan sehingga membebankan diri sendiri. Bahkan, berusahalah bagi mencapai
kesempurnaan kerana dijanjikan balasan pahala di sisi Allah SWT.
Kemudian, istilah mutashaddid iaitu merujuk kepada orang yang berlebihan itu akan
dikalahkan juga oleh agamanya, yakni golongan yang suka memberat-beratkan dalam
beribadah, pada akhirnya tidak akan terdaya serta merasa jemu untuk melaksanakan
tuntutan agama tersebut.
68
Dalam hal ini, boleh diibaratkan bagi sesiapa yang memberatkan
diri sendiri, pada akhirnya nanti akan merasa letih dan penat dalam melaksanakan tuntutan
tersebut. Sedangkan diketahui bahawa ciri-ciri agama Islam adalah mudah, sempurna dan
tidak membebani diri. Perlakukan berlebih-lebihan itu akan mengundangkan tindakan yang
lebih negatif atau menimbulkan perasaan jemu dan bosan dalam diri individu tersebut.
Justeru, Nabi SAW telah menyuruh agar umat baginda melakukan ibadah pada masa dan
waktu yang ditentukan iaitu waktu pada pagi, petang dan malam sesuai dengan
kemampuan manusia itu sendiri
Jadi, dalam hadith di atas jelas menunjukkan bahawa baginda SAW melarang memiliki
sikap ghuluw atau tanattu’ atau tashaddud, kerana ianya bukan sahaja boleh
membinasakan diri yang melakukannya, tetapi juga boleh merosak imej Islam. Tambahan
lagi, diketahui bahawa Nabi SAW diutuskan sebagai “pemudah cara” bukan membebani
umat baginda.
Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : “Sesungguhnya
Allah SWT tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai
seorang pengajar yang memudahkan.”
69
Secara dasarnya, agama Islam yang diturunkan
oleh Allah SWT adalah mudah kerana Allah mengetahui kemampuan yang ada pada
manusia seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah
67
Muhammad bin Isma’il Abu ‘Abd Allah al-Bukhari al-Ja`fi, al-Jami` al-Sahih al-Mukhtasar (Sahih al-
Bukhari), de. Dr. Mustafa Dib al-Bagha, Beirut: Dar Ibn Kathir, 1987), 5:2147 dan Ibn Hajar al-Asqalani,
Fathul Bari: Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, terj Amir al-Din, ed. Abu Rania (Jakarta: Pustaka Azzam,
2011), 1:169
68
Ibid
69
Sahih Muslim: [Kita bap-Tallaq, Bab Bayan an Takhyirah Imra’atah La Yakuna Tallaqan illa bi al-Niyyah,
no.hadith 3690], Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qushairi al-Naisaburi, “Sahih Muslim”, dalam Mausu’at
al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, , ed. Salih bin ‘Abd al- ‘Aziz Al al-Syaykh (Riyad : Dar al-Salam,
2000), 929.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
22
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (al-Baqarah
2:286); dan firman Allah SWT lagi pada ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran”. (al-Baqarah 2:185)
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqalani telah memberikan contoh, berkaitan ciri agama Islam yang
mudah serta membezakan Islam daripada agama lain yang wujud di dunia ini. Contohnya
tentang taubat, di mana umat terdahulu untuk diterima taubatnya, sangat rumit sehinggakan
ada dalam kalangan mereka yang diharuskan untuk bunuh diri. Sedangkan bagi kaum
Muslimin cukuplah hanya dengan menyesali dosa-dosanya, tetapi seharusnya berjanji tidak
mengulangi kesalahan dan kesilapan yang dilakukan dahulu serta memperbanyakkan
kebaikan. Menurutnya lagi, hadith ini berkait rapat dengan hadith-hadith sebelumnya iaitu
hadith mengenai ibadah solat, puasa, dan jihad adalah sebahagian daripada iman dan
merupakan ibadah utama bagi umat Islam. Walaubagaimanapun hadith ini memberi
peringatan bahawa dalam melaksanakan ibadah-ibadah tersebut haruslah bersesuaian
dengan ciri-ciri agama Islam yang mudah dengan tidak membebankan diri dan terlampau
ekstrem (berlebih-lebih).
70
Demikian juga Badr al-Din al-‘Aini menyebutkan bahawa maksud “
Agama (Islam) itu
mudah” iaitu dari aspek puasa Ramadan di mana diharuskan untuk melewatkannya (atau
mengantikannya) pada masa yang lain disebabkan oleh musafir atau sakit yang berbeza
dengan solat (yang tidak boleh berbuat demikian). Demikian juga boleh meninggalkan
puasa itu bagi orang yang sangat tua, yang memadai dengan membayar fidyah sahaja
(sebagai ganti puasa itu) tetapi tidak pada solat. Bahkan, puasa itu hanya dilaksanakan
hanya sebulan dalam tempoh setahun (12 bulan) sedangkan puasa perlu dilakukan setiap
hari siang dan malam lima waktu.
71
Kemudian, agama Islam itu mudah juga boleh dinisbahkan kepada zatnya iaitu perihal
agama Islam itu sendiri dan perbandingan dengan agama-agama yang lain. Zahirnya, Allah
SWT telah mengangkat segala kepayahan kepada umat-umat seperti tidak harus solat di
masjid, tidak boleh bersuci dengan debu tanah, tidak boleh memotong pakaian yang
terkena najis dan diterima taubat dengan membunuh diri dan sebagainya. Dengan
kelembutan dan rahmat Allah, dianggatkan semua itu daripada umat Nabi SAW sesuai
dengan firman Allah SWT ada ayat 87 surah al-Haj: (
ٍجَرَح ْنِم ِنيِِدلا ِفِ ْمُكْيَلَع َلَعَج اَمَو), Terjemahan:
“Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama.”
72
Ibn Battal menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “
al-Din” merujuk kepada “
al-
A`mal” (segala pekerjaan atau amalan) kerana itu dikatakan “
al-Din yusr” (agama itu
mudah). Kemudian, segala kemudahan itu telah diterangkan dalam hadith (di atas)
“kerjakanlah keseluruhannya daripada segala amalan perbuatan”. Sedangkan “al-Yusr” itu
merujuk kepada maksud “al-Lin” (lembut) dan “al-Inqiyad” (mudah diuruskan atau
70
Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani al-Shafi`i, Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, (Beirut:
Dar al-Ma`rifah, 1379H), 1:93 dan rujuk juga Ibn Hajar al-Asqalani,
Fathul Bari: Penjelasan Kitab Shahih al-
Bukhari, terj Amir al-Din, ed. Abu Rania (Jakarta: Pustaka Azzam, 2011), 1:170
71
Badr al-Din al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari, 2: 126-127.
72
Ibid., 2:127