INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
17
lain pula, Nabi SAW menyuruh agar manusia melaksanakan perintah sesuai dengan
kemampuan diri. Daripada Abi Hurayrah RA daripada Nabi SAW bersabda:
َذِإَف ،ْمِهِئاَيِبْنَأ ىلَع ْمُهُ فلَِتْخاو ْمُُلَاَؤُس ْمُكَلْ بَ ق َناَُ ْنَم َكَلَه اَمنَِّإَف ،ْمُكُتَُْرَ ت ام ِنّوُعَد
ْمُكُتْ يَهَ ن ا
ْمُتْعَطَتْسا اَم ُهْنِم اوُتأَف ٍءْيَشِْب ْمُكُتْرَمَأ اَذِإَو ،ُهوُبِنَتْجاَف ٍءيَش ْنَع
Terjemahan: “Tinggalkan apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu.
Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu adalah kerana mereka
banyak bertanya dan banyak perselisihan (penentangan) terhadap para nabi
mereka. Maka, apabila aku melarang (menegah) sesuatu akan jauhilah ia,
dan apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu perintah, lakukanlah
sesuai dengan kemampuan kamu.”
53
Hadith ini menunjukkan bahawa supaya setiap apa yang dilarang oleh Rasulullah SAW
perlu ditinggalkan seluruhnya kecuali terdapat keuzuran yang membolehkannya.
Disebutkan juga dalam hadith “Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu
adalah kerana mereka banyak bertanya dan banyak perselisihan (penentangan) terhadap
para nabi mereka”, iaitu disebabkan pertanyaan yang dikemukakan terhadap sesuatu yang
tidak diharamkan pada mulanya, lalu diharamkan kerana pertanyaan yang mendalam
sehingga membebankan diri. Justeru itu, perlunya untuk menjauhi semua larangan
Rasulullah SAW dan apa yang dilarang oleh Allah SWT jika sesuatu larangan tersebut
menunjukkan haram bukan makruh. Hadith ini juga menyuruh sesiapa yang tidak mampu
untuk melakukan perbuatan yang diperintahkan secara keseluruhan, cukuplah hanya
melaksanakan sebahagiannya mengikut kemampuan. Allah SWT tidak membebani
seseorang kecuali mengikut kadar kemampuannya menunjukkan agama Islam yang
mudah.
54
Sesuai dengan firman Allah SWT pada ayat 285, surah al-Baqarah yang
bermaksud: “
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Hadith 3: Hadith Larangan Sikap Berlebih-Lebihan (al-Ghuluw) Dalam Agama Yang
Membinasakan Umat Sebelumnya.
َقَعْلا َةاَدَغ َمملَسَو ِهْيَلَع ُملَّا ىملَص ِملَّا ُلوُسَر ِلِ َلاَق ٍسامبَع ُنْبا َلاَق َلاَق ِةَيِلاَعْلا ِبَّأ ْنَع
َوُهَو ِةَب
ِهِدَي ِفِ منُهُ تْعَضَو اممَلَ ف ِفْذَْلْا ىَصَح منُه ٍتاَيَصَح ُهَل ُتْطَقَلَ ف ِلِ ْطُقْلا ِتاَه ِهِتَلِحاَر ىَلَع
َو ْمُُميَِّإَو ِء َلَُؤَه ِلاَثْمَِبِ َلاَق
موُلُغْلا
ِنيِِدلا ِفِ ُّوُلُغْلا ْمُكَلْ بَ ق َناَُ ْنَم َكَلْهَأ اَمنَِّإَف ِنيِِدلا ِفِ
Terjemahan: “Dari Abu Al-'Aliyah, berkata; Ibn ‘Abbas berkata; Rasulullah
SAW bersabda kepadaku pada pagi hari di 'Aqabah dan baginda berada di
atas kenderaannya: "Ambilkan untukku," lalu aku mengambilkan beberapa
batu kecil untuk baginda iaitu batul untuk melontar. Ketika aku meletakkan
di tangan baginda, lalu baginda bersabda dengan memberi misalan batu-
batu kecil itu: "Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama, kerana
53
Sahih al-Bukhari : [Kitab al-I’tisham bi al-kitab wa sunnah, Bab al-Iqtidaa’i bi Sunan Rasul SAW, no.hadith
7288]. Rujuk al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam
Mawsu’at al-Hadith al-Sharif, 607.
54
Marwan Hadidi, S.PdI, Artikel : Perintah Yang Disesuaikan Dengan Kemampuan, (Jakarta : Yayasan
Pendidikan Islam al-Atsary, 4 June 2014), 23.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
18
sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian
adalah sikap berlebih-lebihan (
ghuluw) dalam agama."
55
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Nasa’i dan Ibn Majah serta tidak diriwayatkan oleh al-
Bukhari dan Muslim. Walaupun demikian, di dalam Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari telah
meletakkan satu bab yang membicarakan tentang ghuluw (melampau) iaitu pada Kitab al-
I`tisam bi al-Kitab, Bab Ma Yukrah min al-Ta`ammuq wa al-Tanazu` fi al-‘Ilm wa al-
Ghuluww fi al-Din wa al-Bida` (Bab Perkara Yang Dibenci iaitu Mendalami (Bertanya
Secara Mendalam) dan Berbalah Dalam Ilmu dan Melampau Dalam Beragama Serta
(Perbuatan) Bid`ah). Lalu dikaitkan dengan ayat 171 surah al-Nisa’. (
ِد ِفِ اوُلْغا ت الا ِبااتِكْلا الْهاأ ايَ
ْْ ُكِِين
قاْلْا هلاِإ ِهللَّا ىالاع اوُلوُقا ت الااو), terjemahannya: “Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah
kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan
sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.”
Badr al-Din al-‘Aini menyebutkan bahawa pada tarjamah al-Bab bagi Sahih al-Bukhari itu
menjelaskan bahawa apa yang dibenci daripada mendalami (perbuatan bertanya secara
terlalu mendalam) iaitu bersangatan dalam sesuatu perkara sehingga melampaui had (yang
ditetapkan). Manakala al-Tanazu` (Berbalah) dalam ilmu iaitu memberi maksud saling
bertengkar pada ilmu ketikamana berlaku khilaf (perselisihan pandangan) pada suatu
hukum apabila tidak jelas dalilnya. Manakala al-Ghuluw itu merujuk kepada maksud
melampaui had.
56
Menurut al-Karmani al-Ghuluw (melampau batas) adalah lebih atas (atau
lebih mendalam) berbanding
al-Ta`ammuq. Lalu al-‘Aini mengaitkan dengan hadith yang
dibincangkan di atas. Beliau memberikan contoh seperti perbincangan berkaitan sifat
rububiyyah sehingga menimbulkan perbalahan daripada perbalahan syaitan yang
membawa kepada terkeluar daripada kebenaran yang sebenar. Manakala sifat ghuluw pada
fikrah (pemikiran) yang memikirkan tentang ketuhanan sehingga membawa kepada
menjadikan tuhan (yakni Allah) tiga (iaitu mensyirikkan Allah SWT). Demikian
dimaksudkan bahawa sifat ghuluw (melampau) ini membawa kesan buruk yang besar.
Sedangkan al-Bida` (bid`ah) adalah merujuk kepada sesuatu yang tidak ada asal daripada
al-Kitab (yakni al-Quran) dan
al-Sunnah atau dikatakan juga menzahirkan atau
mengadakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Nabi SAW dan tidak pula ada pada zaman
para Sahabat RA.
57
Demikian juga Ibn Hajar yang menyebutkan tentang hal yang sama seperti disebutkan oleh
al-‘Aini. Beliau juga menyatakan al-Ghuluw adalah bersangatan dalam sesuatu dan
melampau terhadapnya sehingga melampaui had (batasan) yang telah ditetapkan dan ia
seumpama maksud al-Ta`ammuq.
58
Lalu beliau juga mengaitkan dengan hadith yang
dibincangkan ini dan menyatakan bahawa hadith ini mencontohkan perbuatan melontar
jamrah oleh Nabi SAW. Jadi, dapat difahami daripada hadith, Nabi SAW telah meminta
55
Sunan al-Nasai’i
, Kitab Manasik al-Haji, Bab al-Tiqat al-Hasa, no.hadith 3059, dan Sunan Ibn Majah, Kitab
Manasik al-Haji, Bab kadar kerikil untuk lemparan, no.hadith 3029. Rujuk Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad bin
Shu’aib bin ‘Ali al-Nasa’i, “Sunan al-Nasa’i, dalam Mawsu’at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, , ed.
Salih bin ‘Abd al- ‘Aziz Al al-Syaykh (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 2284 dan Abu ‘Abd Allah Muhammad bin
Yazid al-Qazwaini, “Sunan Ibn Majah”, dalam Mausu’at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin
‘Abd al- ‘Aziz Al al-Syaykh (Riyad : Dar al-Salam, 2000), 2658.
56
Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, ed.
‘Abd Allah Mahmud Muhammad ‘Umar, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2001), 35:404.
57
Ibid.
58
Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani al-Shafi`i, Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, (Beirut:
Dar al-Ma`rifah, 1379H), 13:278.