Journal of Business and Social Development Volume 3(2) 2015: 80-95
Nurulhayati Zulfadinamis dan Che Ibrahim Salleh
84
Ciri terjemahan termasuklah pengaruh
bahasa asing, unsur kebudayaan, kesinoniman
kata yang bukan sahaja dinilai dari sudut bahasa
sumber mahupun bahasa sasaran merupakan
antara elemen yang terkandung dalam teks
terjemahan karya sastera. Keterampilan
karya sastera sama ada dalam bentuk prosa,
misalnya cerpen dan novel yang bermutu tinggi
mencetuskan ilham kepada golongan tertentu
untuk menghasilkan karya terjemahan ke dalam
pelbagai bahasa sasaran di seluruh buana.
Golongan tersebut dianugerahi kebolehan
dan pengetahuan berbahasa di samping mampu
menguasai dua atau lebih bahasa yang menjadi
tanda aras kepada terjemahan karya sastera yang
lebih bermutu lagi. Selain itu, penterjemah perlu
memahami erti kata yang terdapat dalam konteks
petikan, di samping menguasai peribahasa BS
dan BSS. Dalam pada itu, penterjemah hendaklah
peka terhadap penggunaan tatabahasa, baik
dalam bahasa sumber mahupun dalam bahasa
sasaran untuk mengelakkan keraguan dalam
kalangan pembaca.
Bidang penterjemahan sangat luas,
merangkumi aspek kesusasteraan, perundangan,
kesihatan, pembangunan industri dan pelbagai
lagi bidang yang memiliki aneka macam istilah
sebagai pedoman untuk pemahaman masyarakat
tentang sesuatu bidang.
Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan
bahawa terjemahan ialah satu proses. Proses
tersebut melibatkan pengalihan pesan atau
mesej yang terdapat dalam teks sumber,
merangkumi makna dan gaya bahasa dengan
padanan terjemah yang paling wajar dan sejadi
dalam bahasa sasaran.
Objektif
Objektif kajian adalah untuk:
1. mengenal pasti padanan kata yang bersifat
sinonim dalam teks terjemahan dan teks
sumber.
2. menganalisis padanan kata yang bersifat
sinonim secara semantik.
Kaedah
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan
kepustakaan dan analisis teks. Kaedah
penyelidikan kepustakaan dijalankan bertujuan
untuk mengumpul bahan berkaitan teks sastera
“The Pearl” dalam BS dan BSS, di samping
membuat rujukan melalui buku, jurnal, tesis,
monograf, artikel dan kamus yang menjadi alat
bantuan asas bagi tujuan pelaksanaan kajian.
Selain itu, kaedah analisis teks pula dijalankan
untuk menghuraikan data secara rinci dalam
bentuk jadual, carta, rajah, dan sebagainya.
Data yang telah dikenal pasti dikelompokkan
mengikut petikan yang mengandungi leksikal
yang sinonim selain membandingkan teks
sumber (Steinbeck) dengan teks terjemahan
(Abdullah Hussein). Teori yang digunakan
dalam bahagian penganalisisan data ialah
teori semantik analisis komponen. Teori ini
diaplikasikan untuk menghuraikan makna
perkataan yang bersesuaian dengan kesinoniman
kata. Sebagai contoh, kata big dan large dalam BI
dapat dibezakan berdasarkan cara menjelaskan
konteks makna. Big sesuai digunakan untuk
menggambarkan objek yang besar manakala
large pula sesuai untuk menghuraikan jumlah
yang besar (Parera, 2004:162).
Batasan
Kajian tentang Konsep Sinonim dalam Teks
Terjemahan Novel “The Pearl” ke dalam
Bahasa Melayu oleh Abdullah Hussain
dibahagikan kepada beberapa komponen.
Antara komponen tersebut termasuklah aspek
sinonim, iaitu teknik yang perlu dikuasai oleh
penterjemah dalam membuat padanan kata
yang sesuai. Selain itu, pengkaji membataskan
kajian kepada analisis petikan teks terjemahan
dalam perbincangan kajian. Bahkan, pengkaji
menjadikan teks sumber dan juga teks
terjemahan “The Pearl” sebagai bahan utama
kajian, di samping memfokuskan kaedah yang
digunakan penterjemah berdasarkan karya
terjemahan Abdullah Hussein. Antara kaedah
tersebut ialah penambahan kata, pengurangan
kata, dan sebagainya. Sementara itu, pengkaji
juga mengenal pasti teks terjemahan yang
6. Konsep Sinonim dalam Teks Terjemahan Novel.indd 84
8/27/15 2:04 PM
Journal of Business and Social Development Volume 3(2) 2015: 80-95
KONSEP SINONIM DALAM TEKS TERJEMAHAN NOVEL “THE PEARL”
85
melibatkan unsur kebudayaan, latar belakang
serta berdasarkan pengalaman penterjemah
dalam BS.
Untuk melaksanakan kajian tersebut,
pengkaji telah mengehadkan data daripada
beberapa petikan terjemahan teks novel “The
Pearl” oleh Abdullah Hussein selain menyelidik
data yang terdiri daripada padanan kata yang
mempunyai makna seerti. Pengkaji turut
membandingkan teks sumber dengan teks
terjemahan agar pengkaji dapat mengetahui
sejauh mana keberkesanan penterjemah dalam
memilih kata yang sesuai dengan konteks dan
situasi ayat.
Sorotan Literatur
Kajian tentang penterjemahan di Malaysia
pernah dijalankan pada 2007 oleh Kanchana
Devi Sibeperegasam. Penyelidikan beliau yang
bertajuk “Penterjemahan Perkataan Taksa: Satu
Analisis berdasarkan Novel Harry Potter and
The Chamber of Secrets oleh J. K. Rowling dan
Hasil Terjemahannya Harry Potter dan Bilik
Rahsia” bertujuan untuk mengkaji pendekatan
Pragmatik Baker (1992) dalam penterjemahan
kekaburan kata daripada bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu. Persoalan timbul kerana bahasa
Melayu sebagai bahasa sasaran memiliki sistem
bahasa yang lain. Hal ini membawa kepada
persoalan kajian, iaitu mengkaji cara pendekatan
Pragmatik Baker dalam menyelesaikan situasi
‘lebih terjemah’ atau ‘kurang terjemah’ dalam
penterjemahan. Oleh sebab pendekatan
Pragmatik bercirikan konteks (linguistik/bukan
linguistik), maka analisis teks/wacana dijadikan
kajian sokon
Beliau menggunakan dua kaedah pendekatan
Baker, iaitu kaedah tersurat dan kaedah tersirat.
Kajian ini dijalankan terhadap dua set data yang
terdiri daripada data A, Harry Potter and the
Chamber of Secrets dan data B, ‘Harry Potter dan
Bilik Rahsia’. Data A digunakan untuk mengutip
perkataan yang menyumbang kepada ketaksaan
dan pengkaji tesis akan menterjemah perkataan
tersebut dengan menggunakan pendekatan
Pragmatik Baker. Data B berfungsi sebagai
alat perbandingan dan pengukur bagi data A.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
penggunaan kaedah tersirat apabila wujudnya
konteks bagi maksud yang ingin disampaikan,
manakala kaedah tersurat ditemukan apabila
konteks yang ada tidak memadai dalam
menyampaikan maksud sesuatu perkataan kabur
itu. Kesepadanan pragmatik yang dihasilkan
menunjukkan keadaan ‘lebih terjemah’ atau
‘kurang terjemah’ dari segi sesuatu perkataan
yang kabur atau kurang jelas maknanya.
Seterusnya, kajian berkaitan tentang
kebolehterjemah aspek budaya bahasa Mandarin
(BMn) kepada bahasa Melayu (BM) dijalankan
oleh Goh Sang Seong (2007), dengan tajuk
tesis beliau, iaitu “Kebolehterjemah Aspek-
aspek Budaya dalam Terjemahan ‘Shui Hu
Zhuan’. Beliau mengenal pasti seratus butiran
(kata, frasa, klausa dan ayat) pelbagai aspek
budaya dalam
Shui Hu Zhuan atau
terjemahannya Hikayat Pinggir Air, terjemahan
Lim Chuan Boon, ed. (2001) telah dijadikan
data kajian. Tujuannya adalah untuk meneliti
kebolehterjemahan aspek budaya, meneliti
strategi penterjemahannya serta membandingkan
kebolehterjemahan daripada tiga sudut: pengkaji,
penilai kedua dan penterjemah. Kajian ini
memanfaatkan satu himpunan teori secara
komposit. Teori berkenaan telah dikenal pasti
secara eklektik daripada teori penterjemahan,
teori semantik dan teori sosiolinguistik. Kajian ini
ialah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah
perbandingan, menganalisis butiran budaya
berdasarkan teori penterjemahan, teori semantik
dan teori sosiolinguistik. Perbandingan juga
dilakukan untuk meneliti strategi penterjemahan
serta pandangan kebolehterjemahan tiga penjuru
dalam perangkaan mudah: iaitu antara pengkaji,
penilai kedua dan penterjemah. Dalam pada itu,
beliau mendapati bahawa tidak ada mana-mana
subkategori budaya BMn yang mencuat dan
lebih bersifat boleh terjemah dalam BM. Aspek
budaya dalam terjemahan BMn-BM adalah
lebih cenderung bersifat tidak boleh terjemah
disebabkan ketidakwujudan bentuk atau fungsi
aspek budaya BMn dalam latar sosiolinguistik
BM.
6. Konsep Sinonim dalam Teks Terjemahan Novel.indd 85
8/27/15 2:04 PM