Doktrin Para Iblis pada Zaman Akhir [048]



Yüklə 79,5 Kb.
tarix30.10.2018
ölçüsü79,5 Kb.
#76349


Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[048]

Doktrin Para Iblis pada Zaman Akhir [048]

(Edisi 2.0 19940813-19991209)


Doktrin-doktrin asas para iblis yang disenaraikan oleh Alkitab yang ditubuhkan untuk meruntuhkan keimanan pada zaman akhir dikaji. Karya ini khususnya menangani dua doktrin iblis berkenaan perkahwinan dan daging.


Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org


(Hakcipta  1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Doktrin Para Iblis pada Zaman Akhir [048]


Orang ramai tidak benar-benar memahami tujuan pembentukan doktrin-doktrin setan. Paulus menulis Kitab Suci menurut arahan Roh Kudus. Roh Kudus menyuruh Paulus untuk menulis tentang ini supaya kita akan memahami apakah doktrin-doktrin iblis itu dan bagaimana bentuk rupanya pada zaman akhir. Kamu perlu memahami fakta tersebut.
Paulus mengatakan di dalam 1Timotius 4:1-3:
1 Tetapi Roh dengan tegas (dengan kata-kata ('retoos)) mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan 2 oleh tipu daya pendusta-pendusta yang hati nuraninya memakai cap mereka (mungkin juga bererti dalam kepura-puraan kesaksian palsu (pseudologon) yang mencapkan idea itu pada hati nurani (kekausteriasmenoon ten idian suneidesin)),3 Mereka itu melarang orang kawin, melarang orang makan makanan yang diciptakan Allah supaya dengan pengucapan syukur dimakan oleh orang yang percaya dan yang telah mengenal kebenaran. 4 Karena semua yang diciptakan Allah itu baik dan suatupun tidak ada yang haram, jika diterima dengan ucapan syukur, 5 sebab semuanya itu dikuduskan oleh firman Allah dan oleh doa.
Roh Kudus tegas dan menyatakan dalam kata-kata kepada Paulus bahawa pada zaman akhir dua doktrin penting para iblis akan muncul dan perlu dilawan serta didedahkan oleh umat pilihan yang mengetahui kebenaran.
Setan-setan tidak sembarangan membuat keputusan untuk memperkenalkan doktrin-doktrin ini. Mereka bukanlah tidak signifikan. Doktrin-doktrin ini menyerang langsung pada teras matlamat Tuhan, dalam rencana keselamatan dan kecukupan pengorbanan Yesus Kristus. Doktrin-doktrin ini adalah dua kepalsuan khusus, yang cuba untuk merosakkan matlamat rasional penciptaan. Doktrin iblis pertama adalah ajaran bahawa seseorang patut menghindari perkahwinan. Doktrin ini berunsur Spiritisme, yang ingin mencapai kesatuan atau ikatan rohani. Tujuan doktrin iblis ini adalah untuk menentang bentuk asas unit pengajar, yang telah dipilih Tuhan sebagai contoh sistemNya. Unit ini adalah keluarga. Dengan menghapuskan kestabilan keluarga, setan-setan memusnahkan blok binaan asas masyarakat kita. Kita sedang perhatikan keruntuhan masyarakat ini di depan mata kita sendiri kerana orang ramai telah mula hidup bersama tanpa berkahwin. Ianya suatu yang mendasar bagi pemahaman kita serta hubungan kita dengan Yesus Kristus dan ibadah kita pada Tuhan, bahawa unit keluarga difahami. Kerosakan sistem-sistem keluarga dan kebangsaan akan melanjut kepada kesesatan Sodom dan Gomora.
Proses doktrin ini diiringi oleh penyembahan berhala, yang dihuraikan oleh Paulus di dalam Roma 1:1-32. Ayat-ayat ini membincangkan persoalan mengenai ibadah serta penyebab kepada perzinaan di dalam masyarakat. Ianya dasar yang sama seperti perzinaan rohani di dalam hubunganmu dengan Tuhan, iaitu penyembahan berhala dan ilmu sihir.
1 Dari Paulus, hamba Kristus Yesus, yang dipanggil menjadi rasul dan dikuduskan untuk memberitakan Injil Allah.
Ianya injil Tuhan dan ia telah diberikan kepada Yesus Kristus. Semua kita diasingkan untuk tujuan itu.
2 Injil itu telah dijanjikan-Nya sebelumnya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya dalam kitab-kitab suci, 3 tentang Anak-Nya, yang menurut daging diperanakkan dari keturunan Daud, 4 dan menurut Roh kekudusan dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahwa Ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.
Kristus adalah seorang anak Tuhan, salah satu dari ramai anak-anak dalam bani syurgawi, sebelum penjelmaannya sebagai manusia. Namun dia telah mengesampingkan semua itu dan menjadi seorang manusia. Kamu tidak boleh katakan yang Kristus tetap memiliki sebahagian dirinya dalam Ketuhanan itu ataupun di luar dirinya sendiri. Paulus cukup jelas di sini, bahawa Kristus menjadi anak Tuhan berkuasa dalam Roh Kudus, dari kebangkitannya dari orang mati. Dia telah mengesampingkan keanakannya untuk menjadi manusia, agar dia da[at menjadi anak Tuhan pertama dari spesis manusia. Itulah tujuannya. Tiada unsur diri Yesus Kristus yang wujud di luar kewujudan kemanusiaannya. Itu adalah doktrin Antikristus. Doktrin Antikristus mengajar bahawa Kristus mempunyai sebahagian dirinya yang terasing dari entitinya sebagai umat manusia dan bahawa dia tetap memiliki sebahagian sifat ketuhanannya di luar kewujudan fizikalnya itu. Sebenarnya dia tidak.
5 Dengan perantaraan-Nya kami menerima kasih karunia dan jabatan rasul untuk menuntun semua bangsa, supaya mereka percaya dan taat kepada nama-Nya.
Kepercayaan itu kemudiannya diperluaskan kepada bangsa-bangsa. Ia merupakan struktur ketaatan iman. Iman kita adalah ketaatan pada Tuhan serta pengakuan bahawa hanya Tuhan saja yang merupakan Allah sebenar. Syarat kita bagi mewarisi kehidupan kekal dari Yohanes 17:3 adalah pengenalan Allah yang esa serta anaknya Yesus Kristus. Yesus Kristus bukanlah Allah yang esa. Alkitab cukup tegas tentang hal ini. Ianya cukup jelas bahawa ketaatan iman kepada Allah yang esa, iaitu Allah Bapa, Tuhan Maha Tinggi, adalah syarat untuk menerima keanakan itu pada penebusan tubuh-tubuh kita, dari Roma 8:29 dan seterusnya. Ini termasuklah semua yang dipanggil untuk menjadi milik Yesus Kristus dari ayat 6.
6 Kamu juga termasuk di antara mereka, kamu yang telah dipanggil menjadi milik Kristus. 7 Kepada kamu sekalian yang tinggal di Roma, yang dikasihi Allah, yang dipanggil dan dijadikan orang-orang kudus: Kasih karunia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, Bapa kita, dan dari Tuhan Yesus Kristus.
Dengan itu kita menetapkan Ketuhanan tersebut di dalam tujuh ayat pertama dan pemahaman keimanan Allah yang esa serta pemahaman bahawa Kristus telah mengesampingkan keanakannya dan menjadi seorang manusia dan menerima semula keanakannya dari penebusan tubuhnya pada kebangkitannya. Tiada kewujudan Yesus Kristus di luar kemanusiaannya hinggalah kebangkitannya. Menyatakan hal ini bererti menyangkal pengorbanan Yesus Kristus dan menyangkal kepenuhan kebangkitannya dan merupakan doktrin para iblis. Trinitas itu sendiri adalah suatu doktrin iblis dan daripadanya terbit dua doktrin lain.
8 Pertama-tama aku mengucap syukur kepada Allahku oleh Yesus Kristus atas kamu sekalian, sebab telah tersiar kabar tentang imanmu di seluruh dunia. 9 Karena Allah, yang kulayani dengan segenap hatiku dalam pemberitaan Injil Anak-Nya, adalah saksiku, bahwa dalam doaku aku selalu mengingat kamu:
Tiada keraguan di dalam fikiran Paulus bahawa dia melayani Tuhan di dalam injil itu, menurut apa yang telah diperturunkan oleh tuannya Yesus Kristus. Tidak terdapat sebarang konflik di dalam fikirannya tentang sama ada terdapatnya dua tuhan ataupun bahawa Kristus adalah tuhan sebenar. Tiada sama sekali.
10 Aku berdoa, semoga dengan kehendak Allah aku akhirnya beroleh kesempatan untuk mengunjungi kamu. 11 Sebab aku ingin melihat kamu untuk memberikan karunia rohani kepadamu guna menguatkan kamu,
Kenapa dia perlu berbuat demikian? Jemaat ada di Rom, iaitu pusat kerajaan besi itu, yang mengikuti selepas kerajaan tembaga, yang kita perhatikan dilambangkan di dalam patung dalam Daniel (Daniel 2:1-49). Kerajaan besi itu telah merobohkan serta memusnahkan segalanya dan takhtanya merupakan pusa penyembahan berhala. Umat-umat percaya di situ memerlukan penguatan dan pemahaman.
12 yaitu, supaya aku ada di antara kamu dan turut terhibur oleh iman kita bersama, baik oleh imanmu maupun oleh imanku.
Senjata musuh kita adalah kehilangan semangat.
13 Saudara-saudara, aku mau, supaya kamu mengetahui, bahwa aku telah sering berniat untuk datang kepadamu--tetapi hingga kini selalu aku terhalang--agar di tengah-tengahmu aku menemukan buah, seperti juga di tengah-tengah bangsa bukan Yahudi yang lain.
Perhatikan ayat-ayat itu dibahagi-bahagikan mengikut urutan. Tujuh ayat untuk menegakkan ketuhanan, kemudian lima ayat. Apa yang kita lihat di sini adalah tujuh dan lima dan dua belas. Ianya berkenaan fungsi bilangan-bilangan kasih karunia dan roh. Semua ini juga berkait dengan perumpamaan-perumpamaan.
14 Aku berhutang baik kepada orang Yunani, maupun kepada orang bukan Yunani, baik kepada orang terpelajar, maupun kepada orang tidak terpelajar. 15 Itulah sebabnya aku ingin untuk memberitakan Injil kepada kamu juga yang diam di Roma. 16 Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. 17 Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis: "Orang benar akan hidup oleh iman."
Di sini kita lihat syarat-syarat iman serta syarat-syarat penghiburan bersama dan hakikat bahawa iman memimpin kepada kebenaran. Namun iman itu sendirinya tidak memimpin kepada kebenaran. Ianya iman yang Tuhan berikan; iman bahawa firman Tuhan adalah benar dan bahawa Tuhan telah memberikan firmanNya untuk pembelajaran umat percaya. Iman itu memberikan kita kemampuan kemudiannya untuk menjadi benar, melalui penurutan hukum itu dengan rahmat Yesus Kristus.
18 Sebab murka Allah nyata dari sorga atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman.
Teks itu juga diterjemahkan 'menahan kebenaran dalam kejahatan'. Konsep yang ingin disampaikan Paulus adalah orang-orang yang tidak menyatakan kebenaran, mereka yang menahan maklumat. Paulus cukup jelas bahawa sesiapa yang menahan kebenaran itu dalam kejahatan akan menerima murka syurga. Itu adalah satu janji yang dibuat Tuhan melalui Paulus.
19 Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka. 20 Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih.
Sekarang kita akan pergi dari struktur Ketuhanan (yang terbit dari Allah yang esa) dan iman itu, kepada pemerhatian Ketuhanan itu serta bukti dari penciptaan. Sambil pengetahuan kita bertambah, kini kita sebenarnya mempamerkan kewujudan Tuhan. Evolusi sedang dibuang secara beransur-ansur. Ia secara asasnya tidak teratur dan tidak berfungsi dengan baik. Para saintis sedang memasukkannya ke dalam kelompok mitos. Kita semakin banyak menemui bahawa alam semesta memperlihatkan suatu kuasa Tuhan. Satu-satunya benda yang diperdebatkan di antara para saintis adalah apakah dia kudrat Tuhan itu.
21 Sebab sekalipun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakan Dia sebagai Allah atau mengucap syukur kepada-Nya. Sebaliknya pikiran mereka menjadi sia-sia dan hati mereka yang bodoh menjadi gelap. 22 Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh. 23 Mereka menggantikan kemuliaan Allah yang tidak fana dengan gambaran yang mirip dengan manusia yang fana, burung-burung, binatang-binatang yang berkaki empat atau binatang-binatang yang menjalar.
Perubahan itu tidak terjadi secara langsung. Ianya berlaku secara progresif dan memakan masa yang lama untuk dicapai. Mereka berubah dari mengakui Tuhan sebagai Allah dan di dalam Kekristianan, mereka kemudiannya meninggikan darjat Yesus Kristus kepada Allah dan mula menyembah dia. Selanjutnya mereka kemudiannya menaikkan para santo kepada status yang sama dan mula menyembah mereka. Kemudian akhirnya mereka mula berdoa kepada gambar-gambar Maria dan berhala-berhala yang lain, dan kehilangan sepenuhnya pemahaman tentang kebangkitan itu. Mariam, yang disalahpanggil sebagai Maria, telahpun mati! (rujuk karya Perawan Mariam dan Keluarga Kristus [232]). Mariam yang dipanggil Maria akan dibangkitkan bersama umat-umat kudus yang lain pada kebangkitan pertama. Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang telah dibangkitkan dan naik ke syurga (Yohanes 3:13).
Akibat dari keberhalaan ini adalah suatu kerosakan progresif di dalam pemikiran orang-orang yang terbabit. Fikiran mereka menjadi semakin kurang jelas.
24 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka akan kecemaran, sehingga mereka saling mencemarkan tubuh mereka.
Inilah apa yang terjadi apabila kamu sampai pada langkah-langkah dalam ayat 24 dan ayat 25. Sebaik saja sampai ke tahap keberhalaan, kamu akan terserah kepada keinginan-keinginan luar biasa. Ini selanjutnya memimpin kepada perzinaan dan kemudiannya kepada perbuatan-perbuatan keji dan ia akan menjadi semakin buruk. Orang ramai tidak memahami urutan perkembangan kemerosotan tersebut. Doktrin setan-setan bermula dari awal dengan serangan terhadap Ketuhanan dan berkembang dari situ. Kemudian Tuhan menyerahkan orang itu kepada keinginan mereka sendiri. Kita dapat melihat hal ini sekarang di dalam masyarakat ini, di mana orang-orang menjadi tidak bertuhan, namun mereka tidak terlepas dari akibatnya. Masyarakat mereka runtuh. Mereka menjadi keji. Masyarakat itu perlu bertaubat atas kekejian mereka. Seseorang perlu memulihkan hubungannya dengan Tuhan untuk mengatasinya dan kita memang tidak dapat mengatasi masalah-masalah ini sehinggalah kita mengakui Tuhan dan bertaubat dan memulihkan hubungan kita dengan Tuhan melalui Yesus Kristus. Jika kita menyembah Yesus Kristus, kita sebenarnya berlaku seperti menyembah mana-mana satu dari elohim, selain Allah Bapa. Kamu mencirikan kepada Kristus dosa yang sama yang kamu cirikan kepada Iblis.
25 Sebab mereka menggantikan kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin. 26 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar. 27 Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki, dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka. 28 Dan karena mereka tidak merasa perlu untuk mengakui Allah, maka Allah menyerahkan mereka kepada pikiran-pikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas:
Dalam satu ayat saja ia memberitahu apa sebenarnya maksud semua itu. Pelanggaran di dalam pemahaman erti Ketuhanan itu, mengakibatkan kekejian-kekejian tersebut serta kekutukan masyarakat ini.
29 penuh dengan rupa-rupa kelaliman, kejahatan, keserakahan dan kebusukan, penuh dengan dengki, pembunuhan, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan. 30 Mereka adalah pengumpat, pemfitnah, pembenci Allah, kurang ajar, congkak, sombong, pandai dalam kejahatan, tidak taat kepada orang tua, 31 tidak berakal, tidak setia, tidak penyayang, tidak mengenal belas kasihan.
Kesemua hal ini mengikuti darii pelanggaran hubungan kita dengan Tuhan. Semua hal ini adalah berkait hubungan-hubungan dalam unit keluarga serta unit sosial dan semuanya adalah akibat akhir dari masalah-masalah Ketuhanan itu.
32 Sebab walaupun mereka mengetahui tuntutan-tuntutan hukum Allah, yaitu bahwa setiap orang yang melakukan hal-hal demikian, patut dihukum mati, mereka bukan saja melakukannya sendiri, tetapi mereka juga setuju dengan mereka yang melakukannya.
Ianya telah sampai ke tahap di mana orang ramai memanggil benda baik sebagai jahat dan benda jahat sebagai yang baik. Mereka yang mengecam amalan-amalan ini turut dikecam sendiri.
Kita perhatikan dari hujah ini bahawa proses keberhalaan berkembang menjadi keinginan-keinginan luar biasa atau bukan semulajadi. Proses-proses ini genap sepenuhnya sambil ia menjadi semakin teruk. Doktrin pembujangan para paderi merupakan suatu tambahan selanjutnya kepada kemerosotan ini. Pembujangan itu sendiri bukanlah doktrin yang disebutkan sebagai doktrin iblis dari 1 Timotius 4. Pembujangan hanyalah satu isu sampingan kepada doktrin iblis ini. Ianya suatu fungsi doktrin iblis, namun pembujangan para paderi itu sendirinya bukanlah doktrin utama. Namun begitu, pembujangan paderi serta kemonastikan tetap merupakan doktrin-doktrin para iblis. Paulus menyatakan 'adalah lebih baik untuk tidak kahwin tetapi jika kamu membakar, kahwin.' Hakikat yang ia menjadi satu doktrin yang menuntut untuk tidak berkahwin menjadikannya suatu doktrin iblis. Segalanya adalah hasil perkembangan doktrin-doktrin para iblis.
Alkitab jelas bahawa doktrin itu tidak benar-benar berhasil kerana orang ramai disebutkan masih lagi berkahwin pada kedatangan Mesias (Matius 24:38-39). Bagaimanapun, ia adalah satu doktrin utama yang sangat perlu diambil berat pada hari-hari terakhir. Perkahwinan adalah suatu institusi yang suci yang ditetapkan Tuhan untuk mewakili hubungan manusia kepada Yesus Kristus serta penyatuan para bangsa di bawah naungan Bapa. Apa yang ingin dicapai doktrin iblis ini adalah untuk menghapuskan pemahaman tentang proses itu, untuk menuduh Tuhan dengan mengatakan bahawa sistem yang telah ditetapkanNya itu tidak perlu dipelihara dan ia mengakibatkan kekeliruan dalam masyarakat. Ia mengacau-bilaukan sebarang konsep tentang genealogi, pewarisan, peraturan dan kestabilan. Ia menyebabkan terbentuknya sikap tidak setia dan tidak mempercayai sesiapa di dalam fikiran seseorang.
Sebab kenapa masyarakat Sparta telah gagal adalah mereka telah meniadakan unit keluarga. Sparta merupakan sebuah negara ketenteraan. Seluruh kaum lelaki dilatih untuk tentera. Ia merupakan negara ketenteraan paling kejam yang pernah dilihat dunia. Ia memusnahkan dirinya sendiri kerana telah meniadakan unit keluarga.
Proses seterusnya adalah berkenaan doktrin menjauhi pemakanan makanan (daging) yang diciptakan untuk diterima dengan kesyukuran. Daging-daging ini jelas dikenalpasti oleh Alkitab di dalam Imamat 11 dan Ulangan 14.
Proses pentahiran ini lebih tua lagi dari Kekristianan. Ianya sebahagian dari sistem Pythagorea milik bangsa Yunani dan jelas terlihat di dalam agama Buddha. Proses ini kini disebut sebagai vegetarianisme (pemakanan sayuran) (lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab [183]).
Proses ini menyebabkan kekurangan zat-zat penting untuk perjalanan otak yang betul. Bagaimana sekalipun, doktrin ini menyerang langsung terhadap sistem yang ditubuhkan Tuhan sejak dari mula dengan Adam. Jelas disebutkan di situ bahawa Kain merupakan seorang petani dan Habel seorang penggembala. Persembahan Habel lebih disenangi Tuhan daripada persembahan Kain. Inilah sebabnya kepada kemarahan Kain dan kenapa dia telah membunuh Habel (Kejadian 4:1-16).
Tujuan penerimaan selektif ini adalah untuk menunjuk kepada pengorbanan Mesias. Seluruh sistem penggembalaan itu telah didirikan untuk menggambarkan korban darah Mesias serta struktur makanan-makanan yang sepatutnya diambil dan dimakan. Proses vegetarianisme mempersoalkan kepastian dan kebijaksanaan proses keselamatan serta seluruh sistem korban dan penebusan Bait Suci yang ditubuhkan Tuhan. Secara ringkasnya ia mengatakan kepada Tuhan 'kamu salah, kamu seorang yang kejam. Tuntutan bagi korban darah itu tidak diperlukan, atau kami menyangkal bahawa ianya perlu untuk memakan daging ataupun ianya baik untuk memakan daging. Dalam kata lain, Tuhan, struktur yang kamu sediakan itu adalah salah dan kami tidak dapat mencapai kesempurnaan rencana keselamatan dengan menurut peraturan-peraturanmu.' Itulah apa yang dinyatakan vegetarianisme kepada Tuhan.
Seorang vegetarian atau pemakan sayuran menjadikan dirinya hakim kepada Tuhan, menyangkal kesempurnaan sistem peraturan-peraturan makanan, menyangkal kebijaksanaan penciptaan serta kemampuan tubuh manusia untuk mengerjakan serta menangani makanan-makanan yang telah diberikan kepadanya untuk diterima dengan kesyukuran. Ia mengatakan bahawa Tuhan tidak memahami struktur tersebut dan bahawa tubuh akan binasa dengan mengikuti peraturan-peraturan Tuhan. Hujah-hujah yang diberikan adalah salah sepenuhnya. Ia bertujuan meruntuhkan pemulihan zaman akhir dan mempersoalkan kebolehan Mesias untuk mendirikan sistem-sistem yang adil. Nubuatan-nubuatan jelas bahawa Mesias akan menubuhkan suatu sistem dan daging akan dimakan dalam milenium itu dan pemulihan itu akan berlangsung dan bahawa Mesias akan mendirikan semula korban itu. Seluruh doktrin ini mempersoalkan aktiviti-aktiviti serta kebijaksanaan Mesias serta rencana Tuhan. Ia menuduh kedua-dua Tuhan dan Mesias dan betul-betul anti-Kristian.
Perihal kebenaran untuk memakan semua jenis daging/makanan dari ayat-ayat Alkitab adalah tidak benar. Kisah 10 dan 11 memperlihatkan pentahbisan bangsa lain untuk diterima ke dalam Kerajaan Tuhan. Teks itu tidak kena-mengena dengan makanan seperti yang ternyata dalam Kisah 11. Ianya cukup jelas bahawa penglihatan yang diberikan kepada Petrus itu menyucikan bangsa lain dan bukannya berkenaan makanan. Seluruh persoalan tentang kebolehterimaan makanan berkisar sekitar hakikat bahawa sejumlah daging yang banyak dipersembahkan kepada berhala sebelum ianya dijual atau dimakan. Perintah-perintah Alkitab itu dibuat agar umat pilihan dapat memakan daging, tanpa khuatir sama ada ia telah dipersembahkan kepada seseorang dewa (berhala) ataupun tidak.
Roma 14:1-4 1 Terimalah orang yang lemah imannya tanpa mempercakapkan pendapatnya. 2 Yang seorang yakin, bahwa ia boleh makan segala jenis makanan, tetapi orang yang lemah imannya hanya makan sayur-sayuran saja. 3 Siapa yang makan, janganlah menghina orang yang tidak makan, dan siapa yang tidak makan, janganlah menghakimi orang yang makan, sebab Allah telah menerima orang itu. 4 Siapakah kamu, sehingga kamu menghakimi hamba orang lain? Entahkah ia berdiri, entahkah ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri. Tetapi ia akan tetap berdiri, karena Tuhan berkuasa menjaga dia terus berdiri.
Perhatikan bahawa teks ini tidak khususnya merujuk kepada kelemahan vegetarianisme. Alkitab melabelkan vegetarianisme khususnya sebagai doktrin setan-setan. Apa yang dimaksudkan teks ini adalah fakta bahawa kelemahan itu datangnya bukan dari pemakanan sayuran tetapi dari fakta bahawa anggota itu tidak cukup imannya untuk tidak merisaukan sama ada makanan itu telah dipersembahkan kepada berhala ataupun tidak.
Oleh itu, matlamatnya adalah bahawa makanan (daging) itu seharusnya dimakan dengan kesyukuran dalam batas peraturan yang ditentukan peraturan-peraturan makanan. Prosedur-prosedur yang dipakai oleh Judaisme di dalam korban-korban serta proses penyembelihan tidak dikenakan ke atas bangsa-bangsa lain. Paulus memberikan pernyataan ringkas kepada mereka untuk menjauhi darah dan binatang yang mati dicekik atau yang dipersembahkan kepada berhala (Kisah 15:20,29; 21:25). Oleh itu apa yang kita perhatikan di sini adalah dua konsep berkenaan pemakanan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. Jika ia diketahui, dan mempengaruhi kesejahteraan ramai, serta mungkin menyebabkan saudara seiman kita tersandung, atau dilihat sebagai sokongan suatu amalan agama pagan, maka ia ditolak dan ia wajib dihindari. Jika tidak pasti tentang prosesnya, ia dianggap sebagai tidak berkaitan dan tidak signifikannya. Makanan tersebut harusnya dimakan dalam iman kerana, jika ia tidak dimakan dalam iman, maka si pengikut ini adalah terkutuk.
Maka itu, vegetarianisme dilihat sebagai kelemahan dalam hal pemilihan makanan yang melibatkan daging dalam sesebuah sistem pagan. Ianya sebaliknya suatu doktrin nyata setan-setan jika ia diajarkan sebagai amalan untuk ketahiran, atau sebab-sebab alkitabiah atau kesihatan. Pernyataan bahawa Tuhan tidak pernah menubuhkan suatu proses pemakanan daging dari permulaan, dan meneruskan proses tersebut selepas banjir itu, adalah suatu kesilapan atau bidaah alkitabiah (Kejadian 7:2). Pernyataan bahawa Tuhan akan mendirikan suatu sistem yang tidak sihat adalah sekali lagi suatu tuduhan terhadap sifatNya.



Yüklə 79,5 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə