INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
5
Baginda menjelaskan: “Bagi Allah dan kitab-Nya, bagi Rasul-Nya dan bagi para
pemimpin Muslimin dan bagi seluruh Muslimin.”
14
Kemudian, dalam kenyataan Rahmat Kamaruddin, apabila disebutkan dengan ungkapan
“Din Allah”, maka ia menunjukkan bahawa agama itu dari Allah. Apabila disebutkan “Din
al-Nabi”, iaitu dirujuk Nabi sebagai yang melahirkan dan menyebarkannya, serta istilah
“Din al-Ummah” dipandang manusia sebagai wajib untuk memeluknya dan
melaksanakannya. Jadi, al-Din juga dirujuk sebagai al-shari`ah iaitu segala peraturan dan
hukum yang disyariatkan oleh Allah segala lengkap atau berasaskan prinsipnya sahaja
yang dibezakan di mana orang Islam melaksanakannya dalam mengikat hubungan mereka
dengan Allah dan sesama manusia.
15
Dari sudut terminologi, Usman Syihab menyifatkan bahawa dalam keterangan para
sarjanawan, tiada adalah pendefinasian yang khusus terhadap istilah agama melainkan
lebih kepada usaha para ahli akademik untuk memberikan pengertian agama dengan
mendeskripkan gejala-gelaja atau tanda-tanda yang menunjukkan adanya agama dalam
kehidupan manusia lalu dibuat kesimpulan. Dengan itu, yang dipelajari adalah perilaku
kehidupan yang nampak dan boleh diamati, sedangkan pengamalan keagamaan bersifat
subjektif yang tidak dipelajari.
16
Menurut Harun Nasution, agama boleh didefinisikan kepada pendefinisian berikut: [1]
Pengakuan terhadap adanya hubungan dengan manusia dengan kekuatan ghaib yang harus
dipatuhi. [2] Pengakuan terhadap adanya kekuatan ghaib yang menguasai manusia. [3]
Mengikat diri pada suatu bentuk hidup yang mengandungi pengakuan pada suatu sumber
yang berada di luar diri manusia dan yang mempengaruhi perbuatan-perbuatan manusia.
[4] Kepercayaan pada suatu kekuatan ghaib yang menimbulkan cara hidup tertentu. [5]
Suatu sistemtingkah laku (code of conduct) yang berasal dari sesuatu kekuatan ghabib. [6]
Pengakauan terhadap adanya kewajipan-kewajipan yang diyakini bersumberkan pada
sesuatu kekuatan ghaib. [7] Pemujaan terhadap kekuatan ghaib yang timbul daripada
perasaan lemah dan perasaan takut terhadap kekuatan mistik yang terdapat dalam alam
sekitar manusia. [8] Ajaran-ajaran yang diwahyukan Tuhan kepada manusia melalui
seorang Rasul.
17
Hal ini sebahagian turut disebutkan oleh Bustanuddin Agus dalam
menyebutkan tentang agama dalam kehidupan manusia.
18
Cumanya, beliau cenderung
untuk melihat agama dari perspektif antropologi yakni melihat agama dari perspektif ilmu
tentang manusia.
Manakala dalam kalangan sarjana Barat, Muhammad Abu Darraz dalam bukunya ada
memetik beberapa pandangan daripada mereka. Demikian juga, tafsiran dan pengertian
agama dalam kalangan sarjana Barat juga dalam pelbagai ragam makna. Immanuel Kant
(1724-1804) mengatakan agama adalah sentimen perasaan terhadap kewajipan kerana ia
14
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Ann al-Din al-Nasihah, no.hadith 205. Muslim bin al-
Hajaj bin Muslim al-Qushairy,
Sahih Muslim, (ed.) Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, (al-Qahirah: Dar Ihya’ al-
Kutub al-‘Arabiyyah, 1374H),
15
Rahmat Kamaruddin, Pengertian Agama, rujuk kepada: http://penaraka.blogspot.my/2012/04/pengertian-
agama.html, 25 Julai 2016
16
Usman Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam Pembangunan Peradaban”, 86.
17
Harun Nasution, Islam Ditinjau Dari Berbagai Aspeknya, (Jakarta: Bulan Bintang, 1974), 10 dan Usman
Syihab, “Agama dan Peranannya Dalam Pembangunan Peradaban”, 87.
18
Bustanuddin Agus, Agama Dalam Kehidupan Manusia: Pengantar Antropologi Agama, (Jakarta: PT
Rajagrafindo Persada, 2006), 45-48.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD VI (ICON-IMAD VI) 2016
20-22 September 2016H/ 18-20 Zulhijjah 1437H di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei.
6
merupakan perintah-perintah Tuhan.
19
Herbert Spencer (1829-1903) pula menyatakan
bahawa agama adalah keyakinan kepada sesuatu kekuatan yang tidak mungkin dapat
dibayangkannya secara tempat mahupun masa.
20
Kemudian, E.B. Taylor (1832-1917) pula
berpandangan, agama adalah keyakinan terhadap kewujudan yang bersifat rohani
(spritual).
21
Emile Durkheim (1858-1917) pula megatakan agama adalah kumpulan sistem
keyakinan dan amalan yang berkaitan dengan sesuatu yang suci, yang bersifat tabu,
keyakinan-keyakinan dan amalan-amalan yang menyatukan para pengikutnya dalam satu
kesatuan moral yang dinamakan agama.
22
Akhir sekali, Max Muller (1823-1900) pula
menyebutkan bahawa agama adalah suatu usaha untuk membayangkan sesuatu yang tidak
mungkin dikatakan ia adalah suatu usaha untuk melihat kepada yang tidak terbatas dan ia
adalah cinta Tuhan.
23
Daripada keseluruhan pandangan yang dikemukakan bahawa dapat difahami bahawa
agama terkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap sesuatu kekuatan yang
bersifat ghaib atau mistik atau luar biasa yang direalisasikan melalui pelbagai bentuk
tindakan dan amalan sebagai tanda keberadaan agama dalam diri seseorang itu. Dengan
kata lain, menifestasi beragama itu ditonjolkan dengan pelbagai cara dan bentuk
berasaskan kepada keperyaaan dan keyakinan tersebut. Sebagai contoh, orang Islam
menunjukkan keberadaan agama dalam diri melalui pelbagai bentuk ibadah yang
diwajibkan ke atas mereka. Demikian, juga bagi agama lain seperti Hindu, Buddha,
Kristian dan sebagainya.
Oleh yang demikian, apabila digabungkan ungkapan “fanatik” dan “agama” iaitu maka
boleh dimaksudkan bahawa tindakan luar batasan atau berlebihan daripada had biasa yang
ditetapkan dalam konteks seseorang itu menzahirkan agamanya. Maka, bagi orang Islam
seorang yang melampaui apa yang telah ditetapkan dalam syariat yang dibawa oleh Nabi
SAW itu dikatakan sebagai fanatik dalam beragama sekalipun pada zahirnya
menampakkan sesuatu yang baik. Contohnya, seseorang yang berkahwin lebih daripada 4
orang isteri dalam satu masa, dikatakan sebagai melampaui syariat atau mengambil sikap
untuk tidak mahu berkahwin langsung seumur hidup, itu juga dikatakan sebagai fanatik
beragama atau melampau dalam beragama. Justeru dalam memahami fanatik beragama, ia
merujuk kepada suatu sikap berlebihan dalam kalangan orang Islam yang mempertahankan
segala pandangan dan pemahaman mereka terhadap kepercayaan mereka tentang Islam.
Pandangan dan pemahaman itu sukar untuk dibetulkan atau diubah serta segala tindakan
mereka mengikut apa yang dipengang dan dipercayai. Bahkan, boleh dikatakan bahawa
sikap fanatik ini termasuk dalam sikap ekstrem beragama.
SKOP DAN METODOLOGI KAJIAN
Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti hadith yang berkaitan dengan istilah fanatik
dalam beragama dan mensyarahkan hadith-hadith tersebut sehingga dapat dikeluarkan satu
kefahaman yang menyeluruh tentang maksud fanatik beragama. Analisis dijalankan
menggunakan metode deduktif dan induktif sehingga data-data yang bersifat umum
dilakukan kesimpulan yang khusus serta data-data yang bersifat umum dihuraikan sehinga
19
Muhammad Abu Darraz, Al-Din Buhuth Muhammadah li Dirasah Tarikh al-Adyan, (Cairo; Al-Azhar, t.t), 29.
20
Ibid., 30.
21
Ibid.
22
Ibid., 32.
23
Ibid., 30.