A I huruf pertama abjad Rumi


asas 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə17/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19

asas 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mempunyai ~;

berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;

berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata;

mengasaskan 1. menyandarkan (meletakkan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaannya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954;

terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ dinasti ke-26;

pengasasan perbuatan (proses dsb) meletakkan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebasan ini amat penting;

pengasas orang yg mengasaskan (memulakan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya.

ASAS; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950.

asasi menjadi dasar, yg menjadi pokok: undang-undang ini tidak mengganggu hak-hak ~ rakyat lain.

asasinat; pengasasinatan (Udg) pembunuhan dgn tujuan merebut kuasa, biasanya kuasa politik.

ASB kep Amanah Saham Bumiputera.

asbab Ar (jamak bagi sebab) sebab-sebab.

asbak IB tempat abu rokok.

asbestos (asbéstos) bahan yg dijadikan kepingan-kepingan yg dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan utk bumbung atau siling rumah.

asbut campuran asap dgn kabut;

berasbut dikelubungi atau dilitupi asbut.

ASCII akronim bagi American Standard Code for Information Interchange atau (Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar Maklumat).

ase (asé); daging ~ Id daging cencang dgn rempah-rempah.

ASEAN (aséan) akronim bagi Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).

aseksual (aséksual) (Bio) 1. tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks; 2. tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yg jelas; 3. tidak melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dgn sel pembiakan betina: pembiakan ~.

asep (asép) IB bp keterangan yg menyatakan hendak membayar.

asepsis (asépsis) (Ubat) keadaan yg bebas drpd organisma patogen.

aseran Jk pemarah, lekas marah, kasar (bahasa).

asese (asésé) IB setuju, muafakat.

aset (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll);

~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangunan, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewangan (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak menjanakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta.

asetaldehid (asétaldehid) (Kim) sj cecair yg tidak berwarna, meruap, dan digunakan sbg pelarut dan agen penurunan.

asetat (asétat) (Kim) garam atau ester drpd asid asetik.

asetilena (asétiléna) (Kim) gas hidrokarbon tidak tepu yg tidak berwarna yg digunakan sbg bahan api (mis pd api oksiasetilena).

asetisisme (asétisisme) cara hidup yg langsung tidak mementingkan kenikmatan, keselesaan atau kemewahan hidup duniawi.

aseton (aséton) (Kim) sj sebatian organik yg digunakan sbg pelarut.

asfal Ar ark yg lebih rendah, hina.

asfalt (asfat) sj bahan yg hitam dan lekit spt tar yg digunakan utk melapisi jalan (sbg bahan penampal bocor dll);

berasfalt mempunyai lapis (dilapisi) asfalt: jalan itu belum ~;

mengasfalt membubuh asfalt pd (jalan).

asfar Ar 1. putih kuning; 2. kuning (warna kuda).

asfiksia (Ubat) keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen di dlm darah, sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kematian.

ashab Ar (jamak bagi sahib) kawan, sekutu.

asi I Ar menderhaka, melawan (tidak mengikut).

asi II benar, sah; tidak masuk ~ tidak masuk hitungan.

asi III sl perhatian; mengambil ~ mengendahkan, mempedulikan;

mengasi mengendahkan, mempedulikan; tidak ~ tidak mengendahkan; aci I.

asi IV Jk; asian bernasib baik, dapat beroleh untung (kerana nasib baik), mujur; rasi.

asid (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah;

~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik = ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, penghasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik kumpulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan; ~ lemah asid yg tidak tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan mineral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;

berasid mengandungi asid;

mengasid menjadi asid;

mengasidkan menjadikan asid;

keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larutan;

pengasidan proses mengasidkan.

asidimeter (asidiméter) alat utk mengukur banyaknya kandungan asid dlm sesuatu larutan.

asidimetri (asidimétri) teknik mengukur kuantiti asid yg terdapat dlm sesuatu larutan.

asiduria (Ubat) keadaan adanya asid dlm air kencing.

asik 1. Kl panjang di sebelah bawah (teraju layang-layang); 2. bergerak-gerak (layang-layang), tidak tetap.

asimetri (asimétri) keadaan bentuk yg tidak simetri.

asimilasi 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan);

berasimilasi berpadu menjadi satu;

mengasimilasikan 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;

terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~;

pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar.

asimptomatik tidak menunjukkan sebarang gejala bagi sesuatu penyakit (bkn pesakit).

Asmaul Husna Ar sembilan puluh sembilan nama Allah yg teragung, termulia, dan terindah.

asin I masin, (be)rasa garam; merasai ~ garam sudah banyak pengalaman;

mengasini membubuh garam (supaya masin) pd;

mengasinkan menjadikan asin;

asinan buah-buahan atau sayur-sayuran yg diasinkan;

keasinan perihal asin, rasa asin, kemasinan: ~ air laut.

asin II Mn menang (dlm permainan galah panjang).

asin-asin sj tumbuhan (pokok renek), cekur (manis), Sauropus albicans.

asindeton (asindéton) (Lin) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yg tidak menggunakan kata hubung, mis saya datang, saya melihat, saya menang.

asing 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;

asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;

berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~;

berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;

mengasing berasing;

mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;

terasing terpisah, tersisih, terpencil;

keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;

keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;

pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh.

asisten (asistén) bp pembantu, penolong.

askar 1. tentera, serdadu, perajurit: seorang ~ payung terjun telah mati kerana kecederaan; 2. pasukan tentera: beberapa batalion ~ kerajaan telah dikejarkan ke medan perang.

askomiset (askomisét) (Bio)kumpulan kulat dlm kelas Ascomycetes, termasuk kulapuk, kulat, dan kulat pereput kayu.

asli 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri; orang ~ penduduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang;

keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disangsikan.

asma penyakit sesak nafas, penyakit bengik, lelah.

asmara cinta, kasih, cinta berahi; bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan;

berasmara 1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan: mereka sedang mabuk ~; 2. bercumbu-cumbuan;

keasmaraan 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja.

asmaradana; berasmaradana bercumbu-cumbuan.

asmaradanta sl putih (bkn gading, gigi): giginya ~ dan bibirnya merah tua, terlalu manis spt laut madu.

asmaraloka (Sanskrit) sl alam percintaan, dunia cinta kasih.

ASN kep Amanah Saham Nasional.

asnad Ar (jamak bagi sanad) rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yg digunakannya utk sampai kpd matan.

asnaf Ar golongan yg berhak menerima zakat: sumber zakat disumbangkan kpd individu Islam yg termasuk dlm ~ yg lapan; selain mengagihkannya mengikut ~ tertentu, ia juga disalurkan utk kemudahan institusi pelajaran.

aso Jw; mengaso melepaskan lelah, beristirahat: marilah kita ~ sebentar;

pengasoan peristirahatan.

asok Kd pasangan menari (makyung dll).

asonansi (Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh.

asor Jw rendah, hina, alah.

asosiasi perkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian: koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~ pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau disebut imej ‘air’, ~ fikirannya akan cepat mengenangkan ‘air zamzam’;

mengasosiasikan mengaitkan, menghubungkan, mengadakan (menunjukkan) pertalian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn objek yg lain.

asparagus sj tumbuhan yg pucuknya dibuat sayur, Asparagus officinalis.

aspek (aspék) segi, sudut, bahagian (utk diberikan perhatian dsb): mereka kurang sekali memerhatikan ~ sosial dlm kesusasteraan; masalah tersebut perlu ditinjau pd segala ~nya.

aspero sj ubat berupa pil utk sakit demam (sakit kepala dll).

aspiran IB bp calon (yg mencita-citakan sesuatu).

aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah;

mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam.

aspirin sj ubat utk demam (sakit kepala dll).

asrama 1. bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (spt murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dll), hostel; ~ putera (puteri) asrama yg khusus utk pelajar-pelajar lelaki (perempuan); 2. rumah tempat tinggal pertapa, biara; 3. Id berek (polis, tentera, dll);

berasrama mempunyai asrama: sekolah ~ penuh;

mengasramakan menempatkan dlm asrama.

asrar Ar (jamak bagi sir) rahsia.

assalamualaikum Ar selamat sejahtera kpd kamu semua (lelaki dan perempuan).

asta (Sanskrit) lapan (dlm kata majmuk).

astaga Id, bp astaghfirullah.

astaghfirullah Ar Ya Allah, ampunilah aku (disebutkan juga sbg menyatakan kehairanan, terkejut, dsb).

astagina Jw ark (pelajaran) pertukangan tangan.

astaka pentas khas yg dibina utk sesuatu tujuan, terutamanya utk acara tilawah al-Quran; balai ~ sl sj balai dlm istana (tidak berdinding dan digunakan utk upacara dsb): raja pun berangkat naik ke atas gajah dan diarak terus ke ~.

astakona sl 1. segi lapan, sudut lapan; 2. segi banyak;

berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.

astana istana.

astatin (Kim) sj unsur bukan logam yg radioaktif dlm siri halogen yg wujud secara semula jadi.

asterisk simbol berbentuk bintang (*) yg digunakan dlm tulisan atau cetakan sbg tanda rujukan silang kpd sesuatu catatan.

asteroid (astéroid) satu drpd ribuan jasad kecil cakerawala yg mengelilingi matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari.

astigmatisme (Ubat) kekaburan pelihatan akibat ketakseragaman lengkungan pd kanta mata atau kornea.

astrafobia perasaan takut yg keterlaluan pd kilat dan guruh.

astringen (astringén) sj bahan yg boleh mengecutkan kulit (tisu tubuh dsb).

astro- awalan asing 1. berkaitan dgn angkasa lepas, mis astronautik; 2. berkaitan dgn jasad cakerawala atau bintang, mis astrofizik.

astrobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kemungkinan wujudnya kehidupan di planet lain.

astrobotani cabang botani yg mengkaji kemungkinan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di planet lain.

astrofizik kajian tentang struktur kimia dan fizikal pd objek (bintang, planet, dll) yg terdapat di angkasa.

astrokimia kajian kimia tentang jasad samawi dan rantau ruang angkasa sekitarnya.

astrolab alat yg digunakan oleh ahli astronomi zaman pertengahan utk mengukur altitud bintang, matahari dsb dan sbg alat bantu pandu arah dlm pelayaran.

astrologi ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang).

astronaut angkasawan.

astronautik kajian tentang prinsip asas fizik yg berkaitan dgn penerbangan ke angkasa lepas.

astronomi ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yg melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yg berkaitan dgn bintang).

asu anjing; gigi ~ gigi taring.

asuh; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh Australia;

asuhan 1. peliharaan dan didikan, jagaan: semasa kecil dia dlm ~ neneknya; 2. awasan dan tunjuk ajar, bimbingan;

pengasuhan perbuatan atau hal mengasuh;

pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak raja itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat pd tangkai (sebelah bawah) bunga.

asuh-asuh sj ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, Lethrinus nebulosus.

asung Mn; mengasung menghasut (supaya marah, berdendam, dsb);

asungan hasutan;

pengasung penghasut.

asuransi IB insurans;

mengasuransikan mempertanggungkan (rumah, jiwa, dll) kpd perusahaan insurans, menginsuranskan.

aswad Ar hitam; hajarulaswad batu hitam di Kaabah.

asyhadu Ar saya mengakui (percaya, yakin); ~ an lailahaillallah saya mengakui tiada Tuhan yg lain melainkan Allah.

asyik 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ berbual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya;

asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya;

mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca;

keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə