A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə18/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19

keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll).

asyikin Ar (jamak bagi asyik) para asyik.

Asyura; hari ~ hari yg kesepuluh dlm bulan Muharam yg disambut oleh orang Islam dgn berpuasa sunat (berkenduri tahlil dsb).

At simbol kimia bagi astatin.

A.T. kep Asia Tenggara.

atak Mn; mengatak mengatur.

ataksia (Ubat) kegagalan pelarasan otot kawal sehingga menyebabkan pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak-sentak.

atap 1. penutup rumah bahagian atas (utk melindungi penghuni dr hujan dan panas), bumbung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih mahal drpd ~ rumbia;

beratap mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;

beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;

mengatap membubuh atap, memasang atap;

mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah.

atar; air ~ = minyak ~ sj minyak wangi; orang ~ juruubat, orang yg membuat ubat.

atas 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah ~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim;

~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;

di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah): letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;

ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;

beratas-atasan = atas-mengatasi;

mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi;

atas-mengatas selalu hendak ke atas;

mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);

atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di sekolah kami, murid-murid saling ~;

mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;

teratas terletak (berada dll) di atas sekali;

atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;

pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;

pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan 6/7, nombor 6 disebut ~.

atase (atasé) pegawai yg diperbantukan pd kedutaan utk menguruskan tugas-tugas khas: ~ militer; ~ kebudayaan.

atau 1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik .... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.

atawa atau.

ateis (atéis) orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan.

ateisme (atéisme) fahaman atau kepercayaan yg tidak mengakui kewujudan Tuhan.

ateistik (atéistik) berpendirian (bersikap) tidak mengakui kewujudan Tuhan.

atelas atlas II.

atendan (aténdan) 1. pekerja lelaki di hospital yg membuat kerja-kerja rencam (spt menjaga kebersihan di rumah sakit, membawa makanan utk pesakit, menolong pesakit, dsb); 2. pembantu drebar lori, kelindan; 3. orang yg bertugas menjaga kereta di sesuatu tempat letak kereta dan mengutip bayaran drpd empunya kereta, jaga kereta.

ati-ati sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat), Coleus atropurpureus.

Atid malaikat yg menulis segala kejahatan seseorang.

atip; mengatip sl menyusun, mengatur.

atlas I buku yg mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat-maklumat lain tentang negeri-negeri).

atlas II Ar, sl sj kain halus yg berkilat; antelas.

atlas III tulang ruas yg pertama.

atlet (atlét) orang yg giat dlm lapangan sukan, ahli sukan.

atletik (atlétik) berbagai-bagai jenis olahraga (terutamanya yg memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan spt berlari, melompat, berenang, dll), sukan.

atlit atlet.

ATM kep Automated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu mesin yg memberikan khidmat juruwang secara automatik).

atma jiwa, nyawa; ~ juita sl kata cumbuan.

atmometer (atmométer) (Fiz) alat pengukur kadar penyejatan air.

atmosfera (atmosféra) lapisan udara yg melingkungi bumi (yg terdiri drpd bahan-bahan gas).

atol (Geo) terumbu karang yg berbentuk spt cincin yg melingkungi sesuatu lagun, pulau cincin.

atom 1. bahagian atau unit yg terkecil drpd unsur kimia yg boleh terlibat dlm sesuatu perubahan kimia: satu molekul air terdiri drpd dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen; bom ~ bom yg diledakkan dgn tenaga atom; perang ~ perang yg mempergunakan bom (senjata) atom; zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom); 2. Id, bp (dipakai utk menyatakan sesuatu yg moden, baru atau luar biasa); ikat pinggang ~ ikat pinggang yg dibuat drpd plastik; pulpen ~ pen yg tidak perlu diisi dakwat.

atop Jw ark sedawa.

atos Jw ark keras.

atribut 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer.

atrium I laman bahagian dlm sesebuah seni bina Romawi, gereja, dan juga bangunan moden yg tinggi.

atrium II (Bio) jantung.

atui Pn atau.

atuk bp datuk; ~ moyang ark datuk nenek, nenek moyang.

atun; ~ laut sj tumbuhan (pokok), bayur laut, dungun, pelir kambing, Heritiera littoralis.

atung; teratung-atung terkatung-katung; katung I.

atur I; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll);

beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik;

mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur;

mengaturkan mengatur utk;

teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancangkannya dgn sempurna;

aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;

beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);

keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam;

peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kerajaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);

berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;

pengaturan perihal (perbuatan dsb) mengatur(kan).

pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk mengatur.

atur II Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau.

atur III; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya;

mengaturkan 1. menyampaikan, mempersembahkan, memberi: ~ surat kpd menyampaikan surat kpd; 2. mengucapkan, mengatakan: ~ selamat datang.

atur cara 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): ~ persidangan adalah mengikut aktiviti jawatankuasa dan kumpulan tertentu; masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data diproses (oleh komputer);

pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer;

pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh diproses oleh komputer.

atur huruf penyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan utk tujuan pencetakan: pd peringkat ~;

mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan atau blok perkataan dlm proses pencetakan: mereka hanya menjalankan tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid;

pengatur huruf 1. orang yg kerjanya mengatur huruf; 2. mesin yg digunakan utk mengatur huruf: mesin ~.

au sr kata utk menyatakan kesakitan (ketakutan atau keadaan terkejut).

Au simbol kimia bagi aurum.

aubade alu-aluan dgn muzik atau nyanyian (pd pagi-pagi hari).

audiens para penonton (pembaca, pendengar, dsb) yg menjadi tumpuan sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera: ia kurang diminati kerana ~ gagal memahami daya tarikannya yg aneh; persekitaran membentuk aksi dan kehidupan watak-watak sewaktu mereka berkomunikasi dgn ~.

audio 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. berkaitan dgn bunyi atau penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli-belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video.

audio- awalan asing berkaitan dgn bunyi atau pendengaran, mis audiometer dan audiologi.

audiogram rakaman dlm bentuk graf yg dihasilkan oleh audiometer utk menunjukkan tahap ketajaman pendengaran seseorang.

audiologi kajian (secara saintifik) tentang pendengaran.

audiometer (audiométer) alat utk mengukur kepekaan bunyi, terutama utk menguji pendengaran.

audiometri (audiométri) pengukuran daya pendengaran, mis dgn menggunakan audiometer.

audiovisual (yg) melibatkan atau menggunakan pendengaran dan pelihatan (bkn usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dll), pandang dengar.

audit (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun);

~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb;

mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima;

pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).

auditorium dewan (ruang dlm bangunan dsb) utk para penonton.

auh au.

auk Id bunyi anjing menyalak.

auksin (Bio) hormon penggalak dan pengawal pertumbuhan (pd tumbuhan).

aula Id ruangan besar utk berapat atau mengadakan upacara (dlm gedung sekolah tinggi dll).

aulia Ar (jamak bagi wali) orang yg dipilih oleh Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya.

aum I = ngauman bunyi harimau atau singa;

mengaum berbunyi menderam (bkn harimau, singa): kambing mengembek, harimau ~;

mengaum-aumkan bp menggembar-gemburkan, menceritakan ke sana ke mari.

aum II Kd borong semua.

aung bunyi meraung;

mengaung meraung.

aungan Jw hubungan.

auns unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1/16 paun atau 28.349 gram.

aup Pr mati, mampus: terlangkup ~ sama sekali.

aur buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll;

bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ ditarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan.

aura suasana atau perasaan halus yg menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.

aurat Ar 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang.

AURI akronim bagi Angkatan Udara Republik Indonesia.

aurora fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau atau ungu;

~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Utara.

aurum (Kim) sj unsur logam yg tidak reaktif dan banyak digunakan utk membuat barang-barang kemas, emas.

Austronesia (austronésia) semua pulau yg terletak di Lautan Pasifik Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia, dan New Zealand: bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa ~ yg terdiri drpd lebih kurang 4000 bahasa.

auta bp borak (tidak sungguh-sungguh), temberang.

autarki perihal atau cara yg tidak bergantung pd negeri lain tentang keperluan-keperluan dlm negeri, perihal mencukupi keperluan sendiri.

autentik (auténtik) dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan, dsb): makalah ~.

autisme (Psi) gangguan mental yg mula muncul pd peringkat kanak-kanak yg menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dgn masyarakat.

autistik menderitai autisme: kanak-kanak ~.

auto IB kereta, motokar; ~ gerobak lori;

berauto berkenderaan dgn motokar, berkereta; automobil.

autobiografi riwayat hidup yg ditulis sendiri.

autobis IB bas.

autofokus dapat memfokuskan sesuatu objek secara automatik (bkn kanta kamera): kamera ~.

autogami (Bio) pensenyawaan sendiri oleh tumbuhan berbunga.

autogiro pesawat udara yg menggunakan kipas utk menghasilkan daya angkat tanpa menggunakan enjin.

autograf 1. tandatangan seseorang, biasanya orang yg terkenal; 2. = buku ~ buku kecil utk menyimpan tandatangan orang yg terkenal atau kata-kata nasihat dsb oleh sahabat handai utk kenang-kenangan; 3. naskah (manuskrip) asal yg ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri.

autografi 1. penulisan tentang sesuatu yg dibuat dgn tulisan tangan penulisnya sendiri; 2. penghasilan semula sesuatu ilustrasi atau tulisan.

autokarpa (Bio) buah yg terhasil drpd penswasenyawaan, mis buah manggis.

autokiu alat yg memaparkan skrip (tidak dapat dilihat oleh penonton) yg boleh dibaca oleh seseorang semasa rakaman rancangan televisyen, mis siaran berita atau ucapan di khalayak ramai.

autoklaf bekas berdinding tebal, berpenutup, dan digunakan utk mensterilkan alat-alatan perubatan.

autokrasi 1. pemerintahan oleh orang atau individu yg mempunyai kuasa penuh (tidak terhad); 2. negara yg diperintah oleh individu yg mempunyai kuasa penuh.

autokrat pemerintah yg mempunyai kuasa penuh (kuasa mutlak).

autokratik berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik.

autolisis (Bio) pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri.

automasi sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~;

mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: beberapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada;

pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan: ~ Pusat Sumber Sekolah.

automatik bkn sesuatu yg bergerak atau melakukan sesuatu dsb dgn sendirinya (alat, mesin, dsb); secara ~ a) dgn sendirinya, dgn (hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (bkn alat, mesin, dsb), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dgn penggunaan alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (bkn kerja dsb); b) dgn tidak berfikir-fikir dsb terlebih dahulu (bkn sesuatu tindakan dsb); c) dgn tidak perlu dilakukan (diuruskan, diselesaikan, dsb) sesuatu terlebih dahulu (bkn kedudukan, perjalanan, dsb sesuatu);

mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik;

pengautomatikan perihal (proses, tindakan dsb) menjadikan sesuatu automatik.

automobil kereta, motokar.

automotif bkn kenderaan bermotor.

autonom IB mengurus (mengendalikan) pemerintahan dsb sendiri.

autonomi pemerintahan (pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai perpaduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk mewujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.

autoped (autopéd) IB basikal yg disorong dgn kaki (permainan anak-anak).

autoplasti (Ubat) penggantian tisu yg rosak kerana cedera, berpenyakit dsb, dgn tisu yg diambil drpd bahagian lain tubuh pesakit itu sendiri.

autopsi (Ubat) pembedahan dan pemeriksaan mayat utk menentukan atau mengetahui sebab-sebab kematian;

mengautopsi melakukan autopsi.

autoritarian 1. berpegang teguh pd peraturan dan undang-undang; 2. orang yg percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti.

autoritarianisme faham (pendirian, prinsip, dsb) yg mengutamakan taat setia kpd pihak yg berkuasa di sesebuah negara.

autoritatif 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa.

autoriti 1. kuasa atau hak (utk memberi perintah, mengawal, membuat keputusan, dsb): beliau mempunyai ~ utk mewujudkan dan menetapkan hukum; 2. sumber (orang, buku, dsb) sbg sumber maklumat tentang sesuatu yg boleh diterima atau dipercayai: kamus merupakan salah satu ~ yg sahih dlm kajian ini;

berautoriti mempunyai autoriti.

autosom (Bio) semua kromosom yg terdapat di dlm nukleus sel kecuali kromosom yg menentukan jantina sesuatu organisma.

auzubillah Ar aku berlindung kpd Allah drpd kejahatan atau bencana (biasanya drpd iblis dan syaitan).

avant-garde (Perancis) bersifat baru dan progresif (bkn idea, kesenian, kesusasteraan dsb): sebuah lukisan ~.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə