A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə12/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   19

beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari;

menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah;

menganggapkan mengunjukkan (minuman dll);

anggapan ajakan, jemputan (menari dll).

anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah;

menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga perlima penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yg diperlukan lebih drpd RM5000;

anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalanan 1000 km; ~ pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan;

~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar;

penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;

penganggar orang yg menganggar sesuatu.

anggar II Id permainan (perkelahian) dgn memakai pedang: bermain ~;

beranggar bermain anggar, berkelahi dgn memakai pedang; ~ lidah berbantah; ~ pena berbantah dgn tulisan, berpolemik.

anggar III rumah tempat perhentian (di ladang dll).

anggar IV IB 1. gudang tempat menyimpan kapal terbang; 2. gudang besar di pelabuhan; 3. jambatan, pangkalan pelabuhan.

anggar V kayu tempat burung bertengek dlm sangkar.

anggar VI; teranggar-anggar ark terlanggar-langgar.

anggara ark buas, ganas (binatang); setua ~ binatang buas; angkara.

anggerik sj tumbuhan (bendalu) berbunga dlm famili Orchidaceae, orkid; jenis-jenisnya: ~ bulan,~ merpati dll.

anggerka ark; baju ~ sj baju panjang (dipakai di bawah baju kot).

anggit; menganggit 1. menyemat atap (rumbia, nipah, dll); 2. memasang kulit pd gendang dgn rotan; 3. Jw mengarang, menggubah, mereka: ~ muzik;

anggitan 1. segala sesuatu yg dianggit; 2. Jw karangan, gubahan, rekaan.

angglap Jk = mengangglap mencuri, tidak membayar (hutang dll).

anggota 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menyenangkan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera;

beranggota mempunyai anggota;

beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli;

menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pelbagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial;

keanggotaan perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm pertubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain.

anggu ark peranggu.

angguk 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak);

berangguk = mengangguk;

berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk;

mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan; mereka ~ bersetuju;

mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju;

menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya;

mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya;

terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya;

anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya;

pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu.

anggul; menganggul, beranggul 1. mengangkat kepala (lwn menundukkan kepala); 2. terangkat haluan (kapal, perahu dll);

teranggul-anggul turun naik (haluan perahu dll, terangguk-angguk.

anggun I elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu;

keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri.

anggun II anghun.

anggung I; menganggung, menganggungkan sl menaikkan, mengangkat.

anggung II; ~ gaya Mn terkeliru, bingung.

anggup; ~-anggip ark bergerak-gerak turun naik (mengangguk-angguk, terkulai-kulai); ~ bagai rumput tengah jalan prb kehidupan yg melarat (sakit, miskin, dll).

anggur I 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); 2. = buah ~ buah pokok anggur; ~ kering buah anggur yg dikeringkan, kismis;

~ meriam pecahan besi utk peluru meriam; air ~ a) perahan buah anggur; b) minuman keras dll yg dibuat drpd buah anggur;

anggur II; menganggur tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan: di kampung itu banyak anak muda yg ~;

pengangguran perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~ bermusim pengangguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan dll);

penganggur orang yg menganggur.

anggur III keratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain;

menganggur 1. mengalih, menganjak (tanaman dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi;

angguran anggur, keratan cabang utk ditanam.

anggur IV; anggurlah sl lebih baik (drpd), biarlah: jika begitu rupanya Galuh Daha ini, ~ tiada beristeri seumur hidupku.

anggut; menganggut, beranggut turun naik (haluan perahu dll), mengangguk.

anghun C sj tembakau merah.

angin 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram;

~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan;~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arahnya; ~ pasang pasang-pasang;~ pengarak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang ; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung;

~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok bergoyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;

seangin sedikit sahaja, sekelumit;

angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat;

angin-anginan panas baran, lekas marah;

berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll);

berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda;

mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi;

mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi;

menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya;

terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya);

terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus);

peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb).

angioma (Ubat) sj tumor yg selnya membentuk salur darah atau salur limfa.

angioplasti (Ubat) teknik pembedahan utk membaiki atau memulihkan saluran darah yg rosak (tersumbat dsb).

angiosperma (Bio) tumbuhan yg bijinya terdapat di dlm ovari.

angka I 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca?

~ abjad (Komp) aksara yg hanya merangkumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis 3/4, 5/6, dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatangkan sesuatu keburukan dsb);

angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka;

berangka-angka, berangka-angkaan termenung-menung memikirkan sesuatu;

mengangkakan memberi berangka, memberi bernombor;

perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik.

angka II sl sangka, anggap, fikir;

mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita.

angkak Pn; terangkak-angkak angkuh, congkak, pongah.

angkali angka yg ditulis di hadapan rangkaian algebra (mis angka 3 dlm 3xy).

angkar Jw angker.

angkara 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3.= ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang.

angkasa 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2. lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yg mengelilingi bumi;

mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit).

angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dll): John Glenn ialah ~ Amerika yg pertama mengedari bumi di angkasa lepas.

angkat 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~ ; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn);

~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita;

angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~;

berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh;

memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota;

keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;

mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia;

~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang;

mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang;

mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;

mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat;

angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8.sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam;

~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara;

perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat perlengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan;

seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan;

pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti);

pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji.

angkatap angka atau kuantiti yg tetap nilaiannya (dlm rangkaian algebra), pemalar.

angkawan ark perangkawan.

angkel (angkél) Id 1. wang yg diberikan kpd seseorang yg masuk serdadu (zaman kolonial); 2. mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama).

angker Jw 1. kelihatan menyeramkan kerana dipercayai berhantu (bkn pokok besar, rumah besar, dll); 2. kelihatan menakutkan (bkn air muka seseorang).

angket (angkét) IB penyelidikan mengenai sesuatu yg menjadi kepentingan umum (biasanya dilakukan dgn surat pertanyaan).

angkin C ikat pinggang perempuan yg dibuat drpd kain.

angkit; angkit-angkit; belat ~ belat atau bidai di muka rumah yg boleh digulung-gulung;

mengangkit mengangkat (periuk dll dr atas tungku dll).

angklung alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh.

angkor; besi ~ besi utk memutarkan enjin motokar supaya berjalan (digunakan pd motokar zaman dulu).

angkubah sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yg tidak tetap (boleh berubah), variabel.

angkuh I mempunyai sifat atau watak suka meninggi diri, congkak, sombong, pongah, tinggi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~;

mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh, menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri;

keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.

angkuh II Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg pesolek).

angkuk bentuk kepala pd perahu kolek.

angkul-angkul pengikat tali temberang yg berlubang dua.

angkung I sj permainan judi dgn kad.

angkung II kereta beroda dua yg ditarik orang.

angkup I = sepit ~ penyepit utk memegang barang yg kecil-kecil;

angkup-angkup I. Id lidah-lidah penutup lubang pd pompa dsb, katup (pd pompa dsb); 2. = ~ besi sj penyepit;

mengangkup memegang (menyepit) dgn angkup;

terangkup-angkup terbuka tertutup berulang-ulang.

angkup II alat yg digunakan utk mengukur garis pusat tembikar dll; ~ pokok angkup bersenggat yg digunakan utk menentukan garis pusat balak atau pokok.

angkus, angkusa sj tongkat berkait utk mengemudikan gajah, kusa (gajah).

angkut I; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə