A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə13/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   19

mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran;

angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak;

pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan;

pengangkut orang yg mengangkut, alat utk mengangkut: ~ barang.

angkut II; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, Sommersonia bartramia.

angkut-angkut sj lebah dlm famili Eumemidae.

anglap Jw = menganglap mencuri, tidak membayar hutang.

anglo Id, C dapur arang.

anglong I Jw bercakap tidak keruan.

anglong II  anglung.

anglung C rumah peranginan, pavilion.

angon Jw; bocah ~ budak gembala;

mengangon menggembalakan;

angonan binatang yg digembalakan.

angot Jw sakit (kembali), sakit gila (mengacau dsb).

angpau C wang dlm sampul kecil yg diberikan sbg hadiah pd hari Tahun Baru Cina dll.

angsa I sj itik besar, Anser spp.; ~ besar, Anser albifrons.

angsa II; ~ laut sj burung, Sula leucogaster plotus.

angsal Jw dapat, mendapat.

angsama Ml barua.

angsana sj tumbuhan (pokok), Pterocarpus indicus; sena.

angsang Jw insang.

angsoka sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Pavetta indica.

angun Br; mengangun menjaga dan menunjuk ajar pengantin sehingga majlis perkahwinan selesai;

pengangun perempuan (biasanya golongan tua) yg mengajar selok-belok berumah tangga;

pengangunan tempat tidur pengantin.

angur Jw, sl lebih baik ... (drpd), biarlah, remaklah: ~lah beta mati.

angut; mengangut terkejap, terlelap, tidur sebentar, mengantuk.

anhu Ar ark daripadanya (lelaki): radhiallahu~ diperkenankan Allah atasnya.

ani; mengani memasang lungsin (pd alat tenun);

anian bahagian drpd alat tenun (tempat dipasang lungsin).

ani-ani Jw pisau pemotong padi, tuai.

aniaya perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat;

menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;

teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;

penganiayaan perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga;

penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas.

animasi 1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup;

menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan;

penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan.

animis yg menganut atau berpegang pd animisme: orang-orang ~ di pedalaman pulau Borneo.

animisme kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dll) mempunyai semangat (roh).

animistik berkaitan dgn atau bersifat animisme.

animo hasrat, keinginan, perhatian: sangat kurang ~ utk mendengar muzik klasik.

aning-aning sj penyengat besar.

anion (Kim) ion bercas negatif.

anis Id sj tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, Anethum graveolens.

anja Mn; beranja-anja, teranja-anja manja; masa kecil teranja-anja, sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak prb apa yg biasa dikerjakan semasa kecil susah dapat diubah kalau sudah tua.

anjak; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya;

menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dr sesuatu tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan);

anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);

penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan;

penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek.

anjal mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~;

menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya;

menganjalkan menyebabkan atau menjadikan menganjal: gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan;

keanjalan perihal anjal, kekenyalan, keelastikan;

ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah.

anjang I kep panjang.

anjang II panggilan kpd saudara dlm sesuatu keluarga.

anjang-anjang I sj ikan laut, Pentapodus setosus.

anjang-anjang II sj ketam.

anjang-anjang III; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus spp.

anjar Ar ark sauh, jangkar.

anjiman sl kapal kompeni Inggeris yg belayar ke Asia Timur.

anjing 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, muncikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan;

~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg berwarna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki penjenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb;

~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg mengulangi perbuatan yg tidak senonoh (perempuan jahat dll); ~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb sesuatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat.

anjing-anjing I buah betis.

anjing-anjing II = ~ perahu alat utk menggulung layar pd perahu.

anjing-anjing III sj tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.

anjing-anjing IV= burung ~ Pr burung pekaka, raja udang.

anjir Ar sj tumbuhan (pokok), Ficus carica.

anju Mn 1. ancang-ancang, acu; 2. maksud, tujuan;

menganju mengacu, memulai; anjur I.

anjung bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin;

anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu;

beranjung, berperanjung mempunyai anjung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung;

menganjung 1. = menganjungkan memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak dinaikkan; 2. = menganjung-anjung, menganjung-anjungkan memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (perahu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut;

menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya;

anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu.

anjur I maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh;

beranjur mulai berjalan (melangkah dll);

menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan; 2. beranjur;

menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan;

menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah;

teranjur ark terlanjur;

anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan;

penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak;

penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.

anjur II ganjur, hela, tarik;

menganjur mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kembali, memundurkan.

anoa sj kerbau hutan yg kecil (Sulawesi), Bubalus depressicornis.

anod (Kim) 1. elektrod positif dlm sel elektrolisis atau tiub nyahcas; 2. bahagian hujung yg negatif pd sel atau bateri.

anofeles (anofélés) (Bio) nyamuk tiruk.

anok Kd sj alat yg dipasang pd kerbau utk menarik padi.

anoksemia (anoksémia) (Ubat) kekurangan oksigen dlm darah.

anom sl muda dan kacak: engkau aku ambil jadi warga dalam kerana sayang aku membunuh engkau ini kerana rupamu kedua bagus dan ~ tanpa tanding.

anomali penyimpangan drpd peraturan (jenis atau bentuk) yg biasa, ketakwajaran: ini membolehkan tribunal itu menyelesaikan ~ yg berbangkit berikutan dgn pelaksanaan SSB.

anomi (Ant) tiadanya nilai sosial atau moral pd diri seseorang, sesuatu kumpulan atau masyarakat.

anomia (Ubat) kehilangan daya mengingati nama sesuatu objek yg dikenali.

anona ark nona II.

anonikia (Ubat) ketiadaan kuku sejak lahir.

anonim nama samaran.

anorak (Eskimo) sj jaket kalis air yg mempunyai tudung kepala, biasanya dipakai utk melindungi seseorang drpd hujan, kesejukan dsb.

anoreksia (anoréksia) (Ubat) kehilangan selera makan.

anorkisme (Ubat) ketiadaan buah zakar (satu atau kedua-duanya sekali) sejak lahir.

anosmia (Ubat) kehilangan deria bau.

anotasi nota yg ditambahkan pd teks (biasanya penulisan sastera) sbg penerangan;

beranotasi mempunyai anotasi: beberapa teks yg ~; bibliografi ~;

menganotasi membuat catatan tambahan kpd buku (teks, manuskrip dsb) utk memberikan penjelasan atau keterangan lanjut;

penganotasian perihal (perbuatan atau proses) menganotasi.

Ansar Ar = kaum ~ orang Madinah yg menyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali.

ansur; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan;

mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan;

mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur;

mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan;

ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan;

pengansuran perbuatan mengansurkan (hutang dll).

anta I sl sifat, keadaan;

~-beranta a) beraneka sifat (keadaan); b) awang-awang; ~kesuma a) berbunga-bunga (baju dll); b) baju terbang.

anta II Ar kamu (merujuk kpd seorang lelaki).

antaboga ark sj naga besar, hantu bumi.

antagonis orang (pihak) yg kuat menentang orang (pihak) lain.

antagonisme pertentangan antara dua pihak (orang, kumpulan, dsb).

antagonistik menentang (seseorang atau sesuatu pihak) dgn hebat: itu akan hanya mendapat reaksi negatif, ~ dan lebih buruk lagi.

antah I butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah;

~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~ tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga selamanya; laksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga dlm masa kekurangan; tidak tahu ~ terkunyah prb tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut.

antah II; negeri ~-berantah sl negeri anu (negeri khayalan sahaja).

antakesuma; baju ~ sl 1. baju drpd cita berbunga-bunga; 2. baju sakti.

antan penumbuk padi, alu;

~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan); bagai ~ pencungkil duri = canggung spt ~ dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung; bertelingkah bagai ~ di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.

antap I padat, berat; merentang ~ mencari jalan yg sependeknya; antep.

antap II Mn tenang, diam, senyap;

mengantapkan menenangkan, mendiamkan (anak menangis dll): antapkanlah anakmu itu.

antar bp hantar.

antar- Id awalan asing dlm lingkungan atau hubungan yg satu dgn yg lain, mis antarbenua dan antarkelompok, antara.

antara 1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain:sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerjasama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertangkap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll);

berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya;

mengantara menjadi orang tengah;

mengantarai 1. membuat antara, memisahkan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu;

perantaraan 1. perihal mengantarai (bertindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan):~ dgn majikannya sudah kurang baik;

pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu;

pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman.

antarabangsa 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: menggalakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warganegaranya: mahasiswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber taraf~;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə