A I huruf pertama abjad Rumi


avgas sj bahan api yg digunakan oleh pesawat udara. avikultur



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə19/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19

avgas sj bahan api yg digunakan oleh pesawat udara.

avikultur pemeliharaan dan penternakan burung.

avionik sains elektronik yg diterapkan dlm bidang penerbangan.

avisenian (avisénian) sj tumbuhan (pokok bakau) drpd genus Avicennia.

avokado sj tumbuhan tropika yg buahnya berbentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yg tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan, Persea spp.: buah ~.

awa I; pinang ~ pinang yg telah dipotong kedua-dua hujungnya dan dibelah empat (utk dimakan).

awa II Tr musim: sekarang ini ~ orang bermain wau bulan.

awa- Id awalan asing hilang atau bebas, mis awahama.

awah Sr ruang panjang yg menjadi lorong tempat lalu lalang di bahagian tengah rumah, spt di rumah panjang.

awahama Id tanpa hama, bebas drpd hama;

mengawahamakan membebaskan drpd hama.

awai I Id ark; mengawai melambaikan (tangan).

awai II Mn ark; mengawai memegang, meraba; awat III.

awai III Mn kecewa: ia memandang kami dgn agak kecewa ... lebih-lebih ~ lagi ketika kami tidak bermohon kepadanya.

awak 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri;

perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat menerimanya.

awal 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijangkakan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. bahagian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini;

~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya...;

berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan;

mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;

terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal;

awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);

berawalan mempunyai awalan.

awam 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan: kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~; kenderaan ~; kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb; perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis; orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa);

mengawamkan 1. mengumumkan, memberitakan kpd orang banyak; 2. menganjurkan, mengesyorkan;

pengawam penganjur.

awan 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran;

~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-kemawan awan yg berkepul-kepul; ~ kerawang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg berpindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ telepok ukiran yg menyerupai bunga teratai;

berawan diliputi awan: langit tidak ~;

mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg terbang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, membumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemuncak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehendaki itu jauh ~, tak mudah tercapai;

merawan berada di atas awan, setinggi awan.

awang I panggilan kpd orang muda (terutama kpd anak sulung); ~ dan dayang hamba laki-laki dan hamba perempuan;

perawangan sl orang muda-muda yg menjadi hamba raja: oleh baginda yg laki-laki digelar awang dan yg perempuan digelarnya dara, itulah asal segala ~ dan perdaraan.

awang II; ~-gemawang = awang-awang = awang-awangan sl ruang antara langit dan bumi, udara, angkasa;

(masih) di ~ masih belum tentu atau belum pasti lagi, tidak dapat diharapkan; hidup di ~ hidup mewah (spt orang besar atau orang kaya); serasa di atas ~ a) tinggi sekali; b) berasa bahagia atau senang;

mengawang 1. naik tinggi ke udara, meninggi: belon-belon itu ~ sesudah dilepaskan; 2. memikirkan yg tinggi-tinggi, berkhayal: fikirannya ~; 3. berbuat sesuatu dgn tidak menentu atau berhati-hati (memukul, berkata, dll), merambang, mengaur;

perawangan lingkungan awang-awang.

awangku Br 1. gelaran utk anak lelaki bujang yg bapanya keturunan pengiran: A~ Idris; 2. panggilan timang-timangan utk anak lelaki yg bapanya bukan pengiran.

awar kerosakan pd kapal atau muatannya.

award (Udg) keputusan yg dibuat oleh hakim atau penimbang tara.

awas 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki;

berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu;

mengawas = mengawasi;

mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan mesyuarat;

pengawasan perihal (perbuatan dsb) mengawas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;

pengawas orang yg mengawasi, orang yg menjaga; ~ hutan orang yg mengawasi hutan.

awat I Kd, bp mengapa, apa pasal: ~ hang tak datang kelmarin?

awat II tanah yg tidak kena oleh tenggala.

awat III ark; mengawat memegang, menjawat.

awau sj kera, ungka.

awda Br singkatan bagi awang dan dayang.

awek (awék) bp panggilan yg biasa dihubungkan dgn seorang gadis.

awet (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan yg tahan lama;

mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb sesuatu): ~ makanan;

pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet;

pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan.

awet muda sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar;

mengawet muda membuat supaya (sentiasa) kelihatan muda, mengelakkan atau melambatkan penuaan diri seseorang: sari Aloe Vera terkenal dgn khasiatnya utk ~.

awewe (awéwé) (Sunda) perempuan.

awewek (awéwék); hantu ~ sj hantu.

awi (Sunda) buluh, bambu.

awur I; mengawur menabur, menghambur;

mengawuri menaburi, menghamburi;

mengawurkan menaburkan, menghamburkan.

awur II; mengawur merambang, membabi buta;

awur-awuran dgn merambang (membabi buta).

aya I sj ikan laut, tongkol;jenis-jenisnya: ~ hitam, Thunnus tonggol; ~ jepun, Katsuwonus pelamis; ~ kurik, Euthynnus affinis; ~ selasih, Auxis thazard; ~ tuna, Thunnus albacares.

aya II (Tamil) bapa, ayah (panggilan kpd lelaki India yg tua).

ayah I (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua;

berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semenjak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd;

berayahkan mempunyai (seseorang yg dinyatakan) sbg ayah: ~ seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru;

keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, kebapaan: sememangnya dia mempunyai naluri ~ yg cukup tajam.

ayah II amah, pengasuh (orang India).

ayahan Jw kewajiban, tugas.

ayahanda (lebih halus drpd) ayah (lazim digunakan dlm surat-menyurat atau sastera lama).

ayak alat utk menapis (menyerkai) barang yg halus (spt tepung dsb); umpama ayakan dawai prb membuat sesuatu tidak dgn cermat;

mengayak 1. menapis dgn ayakan (dgn cara menggoyang-goyangkannya): ~ tepung; 2. ark berjalan bergoyang-goyang ke kiri kanan: ~ spt itik;

ayakan ayak;

pengayakan 1. perbuatan atau cara mengayak; 2. Jk ayakan;

pengayak 1. orang yg mengayak; 2. ayak.

ayak-ayak sj serangga yg panjang kakinya (biasanya hinggap di air) dlm famili Tipulidae, katih-katih.

ayal Id 1. lalai, lengah: jangan ~ menolong orang yg kemalangan; 2. ragu-ragu, bimbang;

berayal-ayalan berlambat-lambat, berlengah-lengah, bertangguh-tangguh.

ayam I 1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~;

~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallopavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina(jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg dipelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg diternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kembiri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinantan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disembelih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda;~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya;

~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sendiri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (mengeram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan;

ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk permainan); 2. ayam-ayam.

ayam II sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp.

ayam-ayam sj burung yg menyerupai ayam, ayam mei, Gallierex cinerea.

ayan I zink, timah sari.

ayan II sawan babi, (penyakit) gila babi.

ayang-ayang sj tumbuhan (pokok renek yg dibuat ubat), Lasianthus longifolius.

ayap sl makan atau minum (digunakan berkaitan dgn orang biasa), lwn santap (digunakan bagi raja);

ayapan makanan (diberi oleh raja kpd orang biasa);

keayapan kekenyangan setelah diberi makan (minum) oleh raja.

ayat 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2.

ayatollah Ar gelaran bagi pemimpin agama puak Syiah.

ayeng; ayeng-ayengan Jk pergi ke sana ke mari.

ayir ark ikan tongkol.

ayu I 1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2. lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb);

keayuan perihal (sifat dsb) ayu.

ayu II Jw ark kakak.

ayuh sr kata utk menyatakan marilah: ~, lekas pergi!

ayuhai sr 1. kata utk memanggil orang, wahai; 2. kata utk menyatakan rasa duka.

ayuk bk; mengayuk bersetubuh; ayut.

ayum; mengayum ark membantu (orang yg berbuat jahat);

ayuman bantuan (wang dll) kpd orang yg berbuat jahat.

ayun gerak ke sana ke mari, goyang, buai;

ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~ matahari mulai turun (hari mulai petang);

berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu;

mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~ tangan hendak memukul;

mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~ langkah;

terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;

ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali.

ayunda Id kekanda (perempuan); yunda.

ayut ark; mengayut bk bersetubuh; ayuk.

azab 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai seseorang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka sangat ~;

mengazab menghukum (dgn seksaan), menyeksa: orang yg durjana akan diazab di neraka;

mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yg amat sangat), menyengsarakan;

keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yg amat sangat: ~ yg dideritai oleh orang awam dlm masa peperangan.

azal Ar kekal (kekekalan) pd masa yg lampau, tidak bermula.

azalea (azaléa) sj pokok renek drpd genus Rhododendron yg mempunyai bunga besar berwarna merah muda, ungu, kuning atau putih.

azali Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya;

keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu.

azam I kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;

berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;

mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;

keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara.

azam II teramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah).

azamat hebat, ramai (kuat, sangat) sekali: terlalu ~ tempik sorak rakyat Pasai.

azan panggilan utk bersembahyang, bang: ~ subuh bergema masuk ke seluruh kampung;

mengazankan melaungkan azan (menyeru orang Islam mendirikan solat).

azazil Ar syaitan.

azim Ar besar, mulia.

azimat bahan yg terdiri drpd tulisan yg ditulis pd kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yg dipakai pd bahagian tertentu tubuh (spt di pinggang) yg dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana, dsb.

azimut (Fiz) arah mengufuk suatu titik di langit dr suatu titik di bumi (biasanya disukat mengikut arah jam dr 0˚ pd titik rujukan melalui 360˚).

aziz Ar (yg) terhormat, (yg) termulia, (yg) sangat berharga.

Azzawajalla Ar Yang Maha Agung (Allah); Tuhan ~ Allah Yang Maha Agung.
Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə