A I huruf pertama abjad Rumi


anak II; ~ penak sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago oblongifolia. anak III



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə11/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   ...   19

anak II; ~ penak sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago oblongifolia.

anak III; ~ pertang sj ikan laut, Epinephelus amblycephalus; ~ tamban jepuh sj ikan laut, Spratelloides spp.; ~ tapah sj ikan, Kryptopterus bicirrhis.

anakanda bh, bd anak (biasanya digunakan dlm surat-menyurat).

anakhoda sl nakhoda.

anakonda sj ular besar tidak berbisa yg terdapat di kawasan tropika Amerika Selatan yg menjerut mangsanya hingga mati, Eunectus murinus.

anak pinak anak cucu;

beranak pinak mempunyai keturunan.

anakronisme 1. seseorang (sesuatu) yg ketinggalan zaman; 2. kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dll pd zaman yg sebenarnya.

anak tiri anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu;

menganaktirikan memperlakukan seseorang sbg anak tiri.

analgesia (analgésia) (Ubat) keadaan tidak berasa sakit semasa sedar.

analgesik (analgésik) (Ubat) ubat yg dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran.

analis IB jurucerakin, pakar kimia yg menjalankan penyelidikan (membuat analisis di makmal dsb).

analisa analisis.

analisir IB; menganalisir menganalisis.

analisis penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi;

~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg diketahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organisasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyaknya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu;

menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus diambil drpd kedua-dua ibu bapa utk dianalisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data;

penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah;

penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat.

analitis bersifat analisis.

analog 1. sesuatu yg merupai sesuatu yg lain; 2. bkn sifat alat yg pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yg berubah-ubah (spt voltan, arus, dll) utk mewakili nombor.

analogi kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan);

beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya;

menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi.

analogus (Bio) mempunyai fungsi (organ atau bahagian) yg sama tetapi berbeza asal usulnya.

ananas nanas.

anang sl anakku.

anani Ar hanya mementingkan diri sendiri: sifat ~ tidak sepatutnya wujud dlm kehidupan bermasyarakat, lebih-lebih lagi sesama Islam.

anaptiksis (Lin) penyisipan vokal di antara dua konsonan utk menyederhanakan struktur suku kata, mis penyisipan vokal e dlm perkataan putra menjadi putera dan e dlm perkataan sri menjadi seri.

anarki 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll).

anarkis orang yg hendak mewujudkan (menimbulkan) anarki, orang yg suka menimbulkan keadaan kucar-kacir (dlm sesebuah negeri dsb).

anarkisme fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan: kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan fatalisme dan ~ yg terdapat dlm masyarakat.

anasir 1. zat yg empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yg menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam; 2. segala yg terdapat di dunia, makhluk; 3. bahagian drpd suatu keseluruhan, anggota dll drpd sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dsb): masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat; berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat; 4. unsur, faktor.

anatomi kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh.

anbia Ar (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi: penghulu segala ~.

anca Id ark rintangan, kerugian (kerana kekeliruan dll).

ancak talam drpd anyaman tempat menyajikan barang-barang utk hantu; membuang ~ Mn menyajikan barang-barang dlm ancak utk hantu.

ancak-ancak Mn 1. tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya dsb), lalai; 2. olok-olok, main-main: ancamannya dianggap orang sbg ~ sahaja;

mengancak-ancak mengerjakan pekerjaan yg sia-sia, bermain gila, mengolok-olok, bermain-main sahaja.

ancala Id, sl gunung.

ancam; mengancam 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugikan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (menyebabkan berada) dlm keadaan akan mengalami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll);

mengancamkan mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd orang yg hendak mendekatinya;

terancam berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan;

ancaman sesuatu yg mengancam atau diancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam;

keterancaman keadaan terancam;

pengancaman perihal (perbuatan) mengancam: ~ itu dilakukan secara halus;

pengancam orang yg mengancam.

ancang-ancang Jw langkah sebelum (melompat dll), persiapan utk berbuat sesuatu), anju: nama dan pekerjaan hanya suatu ~ utk mendapatkan berita yg lebih banyak;

mengancang-ancang mengambil langkah (akan melompat dll), menganju.

ancer-ancer Jw tanda, alamat; tanggal (hari) ~ hari yg telah ditetapkan; ~ jangka waktu rancangan jangka waktu.

ancoa C bagaimana.

ancu I rakit Rembau.

ancu II gelegar (yg menyokong lantai rumah).

ancuk; berancuk bk bersetubuh;

mengancuk berancuk.

ancung C pasu yg bertutup (utk mengisi halia).

anda I; ~ musang kantung tempat jebat (kesturi).

anda II kata ganti diri kedua (tidak membezakan taraf, tingkat dan umur).

andai I = andai-andai misal, umpama;

andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini;

berandai-andai bercakap-cakap, berunding;

mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan?

terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yg serupa;

andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu;

berandaian mempunyai atau membuat andaian.

andai II randai II.

andai kata andainya, seandainya, andaikan.

andak I nama timang-timangan bagi anak yg keempat atau kelima.

andak II ark singkatan bagi pandak;

mengandak, mengandakkan 1. memendekkan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja;

pengandak sesuatu yg digunakan utk mengandakkan (memendekkan); tali ~ tali utk mengandakkan layar.

andaka (Sanskrit) seladang, lembu hutan, banting.

andal 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam haruslah ~;

mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman; 2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll);

andalan apa-apa yg boleh diandalkan;

keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data;

keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar.

andalas sj tumbuhan (pokok) yg baik kayunya.

andam I; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menyolek pengantin; pak ~ orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam);bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg kelihatan letih lesu dgn tidak berpenyakit;

berandam 1. memepat rambut di dahi, memepat janggut; 2. mempunyai rambut (janggut) yg dipepat;

mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dll); ~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dgn menyolek muka, mendandan rambut dll);

andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah hendak belajar ~;

andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik;

pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam).

andam II Mn; ~ karam hilang sama sekali, habis semuanya;

mengandam mengurung, memingit;

andaman yg dikurung (dipingit), pingitan; anak ~ anak gadis yg dikurung (dipingit).

andan I putih seluruh tubuh kerana tidak ada warna kulit, bulai, sabun.

andan II Mn berkerabat (bersanak) dekat kerana perkahwinan dan bukan kerana darah keturunan (bkn perempuan).

andang suluh (drpd daun nyiur yg kering), jamung.

andang-andang I kayu pd tiang perahu (kapal) utk menggantungkan layar: ~ atas; ~ bawah.

andang-andang II Jw tahi lalat.

andapita Jk ark sj penganan.

andar; mati ~ a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (bkn binatang).

andartu gelaran atau panggilan yg bermaksud anak dara tua: apa tujuan perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~?

andas I tempat menaruh sesuatu yg hendak ditempa atau dipotong, landasan;

mengandaskan membuat atau memakai spt andas.

andas II (Bio) tulang kecil yg terdapat dlm bahagian tengah telinga mamalia (di antara dua tulang kecil yg lain).

andeka (andéka) I (Sanskrit) daulat (tidak dipakai pd raja Islam); kena ~ ditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kpd orang yg berkuasa;

berandeka berdaulat: memang hakikatnya, raja berdaulat penghulu ~.

andeka (andéka) II Jw; mengandeka sl bertitah.

anderak ark, anderik lubang utk menangkap gajah.

anderiguru (Bugis) kepala (dlm tentera), hulubalang.

andesit (andésit) (Geo) sj batuan gunung berapi yg berwarna perang atau kekelabu-kelabuan.

andewi (andéwi) IB sj sayur, Cichorium endivia.

andi I sl tuan, tuanku: daulat tuanku ~ batara, mana titah patik junjung.

andi II gelaran bangsawan Makasar.

andikara adikara.

andiko Mn; penghulu ~ penghulu adat; andeka I.

andil IB saham.

andilau Mn sj tumbuhan (pokok), Commersonia bartramia; tercincang puar bergerak ~ prb apabila seseorang dihina saudara-maranya akan turut tersinggung pula; endilau.

anding; ikan ~ = belanak ~ sj ikan, Liza subviridis.

andong Jw kereta kuda (sewaan).

androesium (androésium) organ pembiakan jantan pd bunga yg terdiri drpd beberapa stamen.

androfobia (Psi) perasaan tidak berminat, tidak suka atau benci kpd lelaki.

androgen (Bio) hormon yg merangsangkan perkembangan dan pemeliharaan sifat sekunder jantan spt pertumbuhan misai.

andropaus (Ubat) peringkat kemerosotan hormon testosteron bagi lelaki, yg biasanya berlaku apabila usia meningkat tua.

anduh kain yg digantung pd leher utk mengampu tangan yg cedera (patah, retak, dll);

beranduh memakai atau menggunakan anduh: tangan kanannya yg patah itu masih kelihatan ~;

menganduh mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh terkulai, mengampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera dlm kemalangan itu; ~ kajang merentangkan tali tempat digantungkan kajang;

anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal;

penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg patah.

anduk IB tuala mandi.

andun sl pergi ke; ~ perang pergi berperang.

andung I sj tumbuhan (pokok), jenjuang, lenjuang, Cordyline fruticosa.

andung II sj pokok nibung.

andung III; buluh ~ sj buluh.

andur kereta kerbau.

aneh (anéh) tidak spt yg biasa dilihat (didengar dsb), pelik, ganjil (bkn benda, perbuatan, dll): ~ sangat kelakuannya; kejadian yg ~;

menganehkan menganggap aneh, menimbulkan rasa hairan, menghairankan: sungguh ~ apa yg dikatakannya itu;

keanehan 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan, keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian itu;

penganehan perihal menganehkan.

aneka (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis, bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam, berbagai-bagai (jenis);

beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi latihan ~;

keanekaan kepelbagaian.

aneka ragam (anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan);

beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam);

keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik.

aneka warna (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam;

beraneka warna berbagai-bagai warna;

menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna;

keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan.

anekdot (anékdot) kisah yg ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa);

beranekdot mengandungi unsur anekdot: ucapan yg ~.

anemer (anémer) IB pemborong pekerjaan (membuat rumah dll), kontraktor.

anemia (anémia) (Ubat) penyakit yg diakibatkan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun perdarahan yg berlebihan.

anemofili (anémofili) (Bio) pendebungaan yg dibantu oleh angin.

anemograf (anémograf) alat utk merakamkan arah dan kelajuan angin pd kertas.

anemologi (anémologi) kajian tentang angin.

anemometer (anémométer) 1. alat utk mengukur kelajuan dan hala tiupan angin; 2. alat utk mengukur kadar pergerakan bendalir (spt gas).

anemometri (anémométri) teknik mengukur kelajuan dan arah angin.

anemone (anémoné) sj tumbuhan taman atau tumbuhan liar yg bunganya berbentuk spt bintang berwarna putih, ungu atau merah.

anemotropisme (anémotropisme) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap arah angin dan persekitaran.

anestesia (anéstésia) (Ubat) kehilangan rasa pd tubuh (sebahagian atau seluruh) apabila dikenakan ubat bius;

~ am keadaan tidak sedar dan tidak berasa sakit pd keseluruhan tubuh akibat ubat bius; ~ setempat kehilangan rasa sakit pd bahagian tubuh tertentu akibat ubat bius.

anestesiologi (anéstésiologi) cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian anestesia dan anestetik.

anestetik (anéstétik) (Ubat) bahan (ubat) yg menyebabkan tubuh badan tidak sensitif (kpd rasa sakit, sentuhan, dsb), ubat bius.

aneurisme (anéurisme) (Ubat) bengkak atau gelembung pd arteri yg disebabkan oleh penyakit, kecederaan dsb.

anfas Ar lebih berharga.

ang Mn engkau.

angabaya anggabaya.

angabehi (angabéhi) ngabehi.

angah I nama timang-timangan bagi anak yg kedua.

angah II Mn; terangah payah, tercengang (tidak dapat berkata-kata); engah.

angan 1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat;~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar;

angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya;

~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai;

~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi;

berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya;

mengangankan, mengangan-angankan 1. mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angankan utk dijadikan isterinya; 2. membayangkan dlm fikiran, mengkhayalkan;

terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan.

angap menarik nafas dgn susah dan cepat-cepat (spt ikan di darat), ngap-ngap.

angau asyik terbayang, terkenang dsb akan seseorang, terutamanya apabila dilamun perasaan cinta atau keinginan yg amat sangat terhadap seseorang: Shida betul-betul membuatku ~; aku dicap sbg budak ~ dan aku selalu dikatakan berkhayal sewaktu belajar oleh guru yg mengajar aku; gila ~; sakit ~.

mengangaukan menyebabkan atau menjadikan angau: entah apa yg ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres.

angga; berangga bercabang (bkn tanduk rusa).

anggabaya Jw ark; ratu ~ gelaran orang yg berkuasa.

anggai sl ark isyarat, semboyan.

anggak Jw congkak, sombong.

anggal I 1. ringan (muatan perahu), lwn sarat: perahu yg ~; 2. ringan (penyakit): sakitnya telah ~; 3. senggang, tidak banyak kerja, lapang: masa yg ~ bagi kami;

menganggali, menganggalkan meringankan; perahu yg sarat dianggali ki (dikatakan mengenai) ayam yg temboloknya terbuka dlm perlagaan.

anggal II para gantung.

anggan I (Palembang) ark perkahwinan dgn janda (bekas isteri) saudara.

anggan II Mn enggan.

anggap I; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk membantu pelajarannya;

anggapan kesimpulan (sikap) terhadap seseorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd sangkaannya (pandangannya);

beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga.

anggap II sl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak muda itu menari ~;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə