A I huruf pertama abjad Rumi


al-Wahhab Ar Yang Maha Pemberi (satu drpd 99 nama Allah). al-Wahid



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə9/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   19

al-Wahhab Ar Yang Maha Pemberi (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wahid Ar Yang Maha Esa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wajid Ar Yang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-wakalah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd suatu keadaan apabila satu pihak, mis pelanggan menamakan satu pihak yg lain, mis bank utk bertindak bagi pihaknya.

al-Wakil Ar Yang Maha Pelindung (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wali Ar Yang Maha Memberikan Pertolongan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wali (al-Wāli) Ar Yang Maha Memiliki dan Memerintah Segala Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).

al-Waris (al-Warith) Ar Yang Kekal Memusakai (setelah musnahnya alam ini) (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wasik (al-Wasi‘) Ar Yang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

alwat alwah.

al-Zahir (az-Zahir) Ar Yang Menzahirkan Kewujudan (satu drpd 99 nama Allah).

am 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~ ; perkara-perkara ~;

mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan).

Am simbol kimia bagi amerisium.

amah perempuan yg bekerja sbg pembantu rumah, orang gaji.

amal 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan;

~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;

beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan;

mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tempatan;

amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan;

pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang.

amalgam (Kim) aloi merkuri dgn satu atau lebih bahan lain, utk menampal gigi, membuat cermin, dll; ~ zink aloi merkuri dan zink.

amali bkn pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb: selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai latihan ~.

amaliah Ar berkaitan dgn amalan: antara dua keutamaan ilmiah dan ~.

aman 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gangguan atau sesuatu yg tidak menyenangkan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd puteranya;

mengamankan 1. menjadikan aman (tenteram, tenang), menyentosakan, menenteramkan: rundingan-rundingan itu bertujuan utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara;

keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran;

pengamanan perbuatan (usaha dsb) mengamankan, penenteraman;

pengaman orang (pihak) yg mengamankan.

amanah 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); orang ~ orang yg boleh dipercayai; 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat;

beramanah ark beramanat;

mengamanahkan 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya; 2. ark mengamanatkan;

pengamanahan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat;

pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.

amanat Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah;

beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan;

mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan.

amang I tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah dll: kurang elok karangnya kerana banyak ~ di dalamnya; ~ bijih.

amang II; mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti (dgn mengacukan senjata), mengancam, menggugat: diambilnya kerisnya lalu diamanginya lawannya.

amangku Jw yg menjaga, yg memelihara; A~ Buana yg menjaga dunia (gelaran Sultan Jogjakarta); mangku.

amangkurat Jw amangku buana (gelaran Sultan Mataram).

amansari sj penganan yg dibuat drpd kacang hijau dan nyiur.

amanuensis (amanuénsis) IB pembantu yg ahli dlm makmal kimia atau fizik (terutama di sekolah).

amar I Ar perintah, suruhan (Tuhan, raja): menurut ~ Allah; ~ makruf (nahi mungkar) perintah supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yg baik (dan menjauhi perbuatan atau amalan yg jahat);

mengamarkan memerintahkan, menyuruhkan;

amaran 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringatan keras yg diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi).

amar II gelaran: Seri A~ Diraja.

amarah marah: tidak dapat menahan nafsu ~.

amat I sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu;

memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan;

teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia;

keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi.

amat II; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis;

pengamatan, pengamat-amatan pengawasan, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah;

pengamat pengawas.

amatur bkn kegiatan (spt sukan, kesenian, dll) yg dilakukan sbg suatu kegemaran dan bukan utk mencari wang: pelakon ~ sandiwara; pemain bola ~.

amaturisme faham bahawa sesuatu kegiatan, mis sukan, dilakukan bukan utk mendapatkan ganjaran wang, tetapi utk kepuasan dan keseronokan.

amaun banyaknya, jumlah: komoditi yg memerlukan ~ bahan yg berbeza utk pengeluarannya akan mempunyai berlainan nilai.

ambah IB pertukangan: sekolah ~.

ambah-ambah Jk penyakit sampar.

ambai I sj tangguk penangkap ikan, belat langgai;

mengambai menangkap ikan (udang dll) dgn ambai, menangguk.

ambai II; berambai-ambai bercucuran, berpercikan: air matanya ~;

mengambai-ambaikan memercikkan (air dll).

ambai-ambai I sj tumbuhan (bendalu), Rafflesia hasseltii.

ambai-ambai II sj ketam.

ambak Mn tambak;

mengambak menambak, menggalang; subur kerana dipupuk, besar kerana diambak = besar diambak, tinggi dianjung prb Mn besar (tinggi) kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.

ambal I hamparan, permaidani.

ambal II; berambal-ambalan berarak-arakan;

ambalan perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan.

ambal III; mengambal melihat dgn ekor mata, menjeling.

ambal IV; mengambal Mn menambak, menimbun tanah.

ambalela (ambaléla) Jw; aksi ~ lagak hendak menentang (tetapi sebenarnya tidak melawan); balela.

ambang I 1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada di ~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal menempuh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu);

mengambang merintangi, menahan.

ambang II; mengambang, mengambang-ambang, terambang, terambang-ambang terkatung-katung atau terapung-apung (di udara), melayang-layang: bulan mulai ~ di langit sebelah timur; kambang.

ambar Ar sj barang yg harum baunya (ada yg berasal dr perut ikan laut, ada dr sj damar); jenis-jenisnya: ~ batu, ~ kuning, ~ ikan, ~ kesturi, ~ bunga, ~ darah.

ambasador duta besar.

ambat; pengambat Br sj alat (kayu, rotan, dll) utk memukul.

ambau I pelampung perahu, gandung (bambu yg dipasang di kiri kanan).

ambau II; mengambau Mn 1. terjun; 2. ki menyerah (kerana telah putus ikhtiar);

terambau terjatuh.

ambek; mengambek Jw marah, merajuk: si adik mesti ~;

ambekan 1. nafas, bernafas; 2. pemarah, lekas marah, giat; 3. perangai, tabiat.

ambelar Jk tali yg dipakai pd sj permainan guli sbg tanda.

ambelas, ambeles Jw 1. masuk ke dlm (air, lumpur dll); 2. hilang lenyap.

ambelu; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotria ovoidea.

amben Jw emban, ikat pinggang.

amben (ambén) Jw balai-balai, geta.

amberal IB admiral, laksamana.

amberol Jk runtuh, roboh.

amberuk Jk runtuh, roboh.

ambet Jk lampin, bebat (kanak-kanak yg baru lahir).

ambi Kl hati-hati, ingat-ingat;

berambi berhati-hati, beringat-ingat.

ambien bkn keadaan persekitaran.

ambiguiti kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yg ketara.

ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli;

ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll);

mengambil 1. memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. memegang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapatkan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuannya atau dgn tidak mendapatkan kebenarannya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterangan, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd beberapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman;

~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan perkahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan memasukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hendak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memerlukan, memakan) masa; ~ menantu menjadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau mendapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik semangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) keuntungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah;

mengambilkan mengambil utk: ia ~ anaknya buah-buahan;

ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka;

pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya;

pengambil orang yg mengambil; ~ bahagian orang yg mengambil bahagian, peserta.

ambil alih; mengambil alih menggantikan orang atau pihak lain mengendalikan (menguasai dsb) sesuatu;

pengambilalihan hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih: ~ tanah drpd petani telah dibuat.

ambin kain (tali dll) utk menggendong barang atau mengikat anak yg digendong;

berambin; ~ lutut duduk dgn lutut diikat dgn tali yg dikalungkan di leher;

mengambin menggendong dgn ambin;

ambinan barang yg diambin, gantungan.

ambing I puting susu.

ambing II umbang-ambing.

ambisi Id keinginan (keghairahan) mendapatkan sesuatu kedudukan (pangkat dll).

ambivalen mempunyai perasaan yg bertentangan terhadap seseorang, sesuatu atau keadaan (spt rasa benci dan rasa sayang kpd seseorang pd masa yg sama).

amboi sr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~ , cantik sungguh awak hari ini!

ambon; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang embun.

ambring; ambring-ambringan Jk tidak keruan, tidak menentu (hilang akal dll).

ambu-ambu 1. sj ikan laut, air kurik, kayu, tongkol (coreng), Euthynnus alleteratus; 2. sj ikan laut, air semambu, tongkol, Germo sibi.

ambuh Jk ark sudi; embuh I.

ambul; mengambul 1. memantul, menganjal, melambung kembali (spt bola yg dilemparkan ke tanah dll); 2. tenggelam serta timbul kembali.

ambulan (Ubat) berupaya utk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja (bkn pesakit).

ambulans kenderaan yg digunakan khas utk membawa orang sakit atau cedera (ke hospital).

ambung I keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di atas belakang; masuk ~ tak masuk bilang prb kalau mengerjakan sesuatu yg besar, yg kecil-kecil tidak diperhatikan;

mengambung membawa dgn ambung.

ambung II; mengambung, mengambungkan 1. melambungkan, melemparkan ke atas: ~ bola; 2. mengumbang-ambingkan: kapal itu diambung-ambungkan gelombang spt tempurung; ~ diri a) menghempaskan diri; b) meninggikan diri, menyombong; 3. = mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung, memuja-muja: suka diambung-ambungkan orang.

ambung III Jw; mengambung mencium.

ambung-ambung sj tumbuhan (pokok kecil yg hidup di pantai), merambung, pelampung, Scaevola frutescens.

ambur I; mengambur Mn terjun (ke dlm air); hambur II.

ambur II Br tabur, hambur; padi ~ sj padi yg ditanam secara dihambur atau ditabur benihnya.

ameba (améba) (Bio) sj hidupan satu sel yg senantiasa berubah bentuknya, terdiri drpd berbagai-bagai jenis (hidup dlm air atau juga dlm tubuh binatang dan manusia sbg parasit).

ameboid (améboid) (Bio) berkaitan dgn atau menyerupai ameba, sama ada dr segi bentuk, struktur atau pergerakan.

amek (amék) Id ambil.

ameliorasi (améliorasi) (Lin) perubahan makna sesuatu kata drpd makna yg kurang elok kpd makna yg lebih baik, mis canggih yg dahulunya bermakna terlalu banyak bercakap berubah kpd moden dan hebat.

amen (amén); mengamen Jk berjalan dr rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik: dia pergi ~;

pengamen orang yg mengamen: ia temui satu rombongan ~ keroncong.

amende bp apa benda.

amendemen (améndemén) Id usul pindaan rang undang-undang yg dibahaskan dlm parlimen dll.

amenorea (aménoréa) (Ubat) ketiadaan (terhentinya) haid secara abnormal.

Amerika (amérika) = ~ Syarikat negara di Amerika Utara yg ibu negaranya Washington D.C;

mengamerikakan membuat, menyebabkan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mempunyai (mengikut, menyerap dsb) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dsb) Amerika: beliau menyifatkan sebarang penarikan semula sekatan senjata akan ~ konflik di negara Balkan itu;

keamerikaan hal yg berkaitan dgn ciri-ciri (nilai, amalan, adat, dsb) kehidupan, budaya dsb orang Amerika: sarjana sastera di Amerika Syarikat kini lari kpd teori yg berkembang di Eropah dgn meninggalkan ~ yg melekat pd ideologi baru;

pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dsb) mengamerikakan: ini bukanlah bermakna bahawa proses ~ tidak ditanggap sbg ancaman kpd identiti budaya pd satu-satu tahap.

Amerikanisme (amérikanisme) budaya (amalan hidup) orang Amerika Syarikat.

amerisium (amérisium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

amfetamina (amfétamina) (Ubat) sj dadah sintetik yg digunakan, terutamanya sbg perangsang.

amfibia jenis binatang berdarah sejuk (spt katak) yg hidup di dlm air pd peringkat awal hayatnya dan di darat kemudiannya (setelah besar);

kapal terbang ~ kapal terbang yg dapat mendarat di air dan di darat; kereta kebal ~ kereta kebal yg dapat berjalan di darat dan di air.

amfiteater (amfitéater) 1. sj bangunan yg bentuknya bulat atau bulat bujur dan tidak berbumbung dgn tempat duduk bertingkat-tingkat di sekeliling ruang yg terbuka, biasanya digunakan sbg tempat persembahan acara hiburan, bersukan dsb; 2. deretan tempat duduk bertingkat-tingkat di dlm dewan, panggung dsb yg disusun dlm bentuk separa bulat.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə