A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə5/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19

pembelajaran proses (kegiatan) belajar;

pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat kekurangan tenaga ~;

pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti;

mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu; ~ ilmu sains;

terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai;

pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris.

ajar-ajar sl pertapa, pendeta.

aje bp sahaja: fikirnya, dia ~ yg betul; kau ~ yg pergi.

ajeh (Rompin, Endau) saya, aku.

ajek (ajék) Mn wajik.

ajeng Jw gelaran bagi puteri bangsawan yg belum berkahwin.

ajengan (Sunda) ark orang terkemuka (terutama guru agama Islam), kiai.

aji I Jw sl raja, ratu: sang ~; kakang ~ panggilan permaisuri kpd raja; ~ mahkota raja yg merdeka.

aji II Jw harga, nilai.

aji III Jw hikmat, mantera (yg menyebabkan sakit dll).

aji IV Tr, Kl permainan dam: lepas main ~, kamu kena beli keropok lekor.

aji-aji sj ikan laut, Seriolina nigrafasciata.

ajir Ar orang upahan, buruh.

ajnabi Ar lelaki (bukan saudara dekat) yg sah dikahwinkan dgn seseorang perempuan.

ajnas Ar (jamak bagi jenis) macam-macam.

ajrih Jw hormat, (rasa) segan: kota kecil itu dipandang dgn penuh ~.

aju; mengajukan 1. mengemukakan (usul, permintaan, sanggahan, dll), memajukan: dia ~ pertanyaan itu dgn kata-kata yg manis; 2. membawa ke hadapan (pasukan dll), memajukan: ~ pasukan cadangan;

ajuan sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan;

pengajuan perihal (perbuatan) mengajukan: ini hanya mungkin diterima dgn baik melalui ~ istilah yg betul dan tepat; maju.

ajuk I; mengajuk memperolok-olok atau mengejek (dgn meniru cakap atau tingkah laku seseorang): ia menjerit-jerit menurut caranya sendiri yg tidak dapat diajuk orang; tidak baik ~ orang tempang berjalan;

ajukan perihal mengajuk, ejekan.

ajuk II; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga;

ajukan dugaan, ujian, terkaan;

keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya.

ajun I = terajun menyimpang (dr sasaran), sipi, terlambat (dr jadual dsb): pekerjaan mereka sangat ~.

ajun II Mn; mengajun bercadang, bermaksud;

belum diajun telah bertarung prb belum dimulai sudah mendapat rintangan; muda diajun, kikir diperbuat prb disebut bkn orang yg mahu bersuka-suka, tetapi tidak mahu merugi utk bersuka-suka itu.

ajung I jong, perahu Cina;

bak ~ berat sebelah prb dikatakan terhadap pertimbangan atau keputusan yg tidak adil; dr ~ turun ke sampan prb mundur dlm kedudukan.

ajung II IB pembantu: ~ inspektor.

ajutan pegawai tentera yg menolong panglima atau ketua angkatan tentera dlm urusan-urusan pentadbiran.

a/k kep anak kpd: Ive ~ Rini.

ak kep anak: Abon ~ Jatim.

akad Ar janji, perjanjian; ~ jual beli perjanjian jual beli;

berakad mengikat perjanjian.

akademi 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahlian dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk memajukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll).

akademia (akadémia) dunia atau kehidupan akademik: malanglah andainya para ilmuan kita sampai kehilangan khalayak kerana terlalu asyik menyendiri di dunia ~ menara gading mereka.

akademik (akadémik) 1. mengenai atau berkaitan dgn akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yg ~.

akademikus (akadémikus) IB orang yg berpendidikan dr pusat pengajian tinggi (lepasan universiti dsb).

akademis (akadémis) IB akademik: soal-soal ~; perbincangan ~.

akad nikah perjanjian dlm perkahwinan;

mengakadnikahkan mengijabkabulkan, menikahkan: puteri itu telah diakadnikahkan baginda dgn anakanda baginda.

akah (Pattani) sj penyu.

akaid Ar (jamak bagi akidah) rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini; ilmu ~ pengetahuan tentang ajaran (kepercayaan).

akak bp kakak: tentu ~ sudah cukup mengkaji buruk baiknya.

akal 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja;

~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain;~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain;

~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai;

akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah;

seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran;

berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~;

mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu;

mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya);

terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~?

akan 1. bagi, buat, pada, untuk: beli buku ~ daku; 2. utk menyatakan sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), utk menyatakan jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dll), dijangkakan: Perdana Menteri ~ tiba pd pukul 10.00 pagi; penyakit itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak disuntik segera; hari ~ hujan; 3. kata sendi yg menghubungkan kata kerja tak transitif dgn frasa nama (kadang-kadang dipendekkan menjadi kan): lupa ~ orang tua; tidak sedar ~ dirinya; 4. adapun, perihal, mengenai, tentang: ~ sekarang anak kita pun sudah besarlah; ~ harta peninggalan ayahnya itu ...;

akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan (pd rupa, sifat, dll): wajahnya ~ wajah arwah datuk saya; barangkali dia bukan anak raja, tidak ada ~ langsung dgn Seri Negeri;

seakan-akan sama benar, seolah-olah, seperti: pemilihan pengerusi itu ~ pemilihan presiden suatu negara;

mengakan ark bermaksud (hendak), mengarah: ~ utk mencapai sesuatu tujuan;

mengakankan ark memisalkan, mengumpamakan;

keakanan waktu yg akan datang.

akang kakang, abang, kakak.

akantus sj tumbuhan herba atau renek drpd genus Acanthus yg banyak dijadikan tanaman hiasan, daunnya besar berduri dan bunganya berwarna putih atau keungu-unguan.

akapnia (Ubat) kekurangan karbon dioksida di dlm darah atau tisu badan.

akar I 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis 4 = 2; 3 125 = 5; 5243 = 3;

~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik;

~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu;

berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi;

berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis;

mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat.

akar II; ~ asam riang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar kerayung, Vitis hastata; ~ gasing putih sj tumbuhan (pokok memanjat), gasing-gasing, Pericamphylus glaucus (incanus); ~ sekentut sj tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut, kesimbukan, Paederia foetida.

Akar III Agar II.

akarat Ar tanah yg dimiliki.

akas I pantas, cekatan, pandai, tangkas: ~ bernyanyi; ~ menari.

akas II (Sanskrit) angkasa.

akas III Ar kebalikan, lawannya; balik ~ a) terbalik; b) Kd hidup kembali.

akasa angkasa.

akasia sj pokok renek yg mempunyai bunga kecil berwarna kuning atau putih, biasanya terdapat di negara beriklim panas.

akaun 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya;

~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan;

perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~.

akauntabiliti keadaan apabila seseorang perlu menjelaskan sesuatu perkara yg dipertanggungjawabkan kepadanya, kebertanggung-jawaban: mereka yg mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan mengkritik keputusan mahkamah utk memastikan ~ institusi kehakiman.

akauntan orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan dll) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi, dll) dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan tersebut dr semasa ke semasa;

~ awam a) akauntan yg memberikan perkhidmatan profesional kpd orang awam; b) akauntan yg menjadi ahli sesebuah badan atau institut akauntan awam; ~ berkanun akauntan terlatih yg menjadi ahli persatuan akauntan profesional bertauliah; ~ kos akauntan yg mengendalikan dan menyimpan segala rekod yg berkaitan dgn kos dan perbelanjaan sesuatu perniagaan.

akbar Ar maha besar, terbesar; Allahu~ Allah yg Maha Besar.

aken (akén) (Bio) buah kering yg tidak pecah semasa matang, berbiji tunggal dan mempunyai kulit biji yg boleh tercerai drpd perikarpanya, mis buah bunga matahari, salad dan strawberi.

akhbar 1. Ar (jamak bagi khabar) berita, warta; 2. surat khabar, harian; ~ tempatan surat khabar yg diterbitkan di dlm negeri atau wilayah tempat ia diedarkan.

akhdar Ar hijau.

akhiar Ar lebih baik.

akhir 1. kemudian sekali, penghabisan: perkataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiarnya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim penghujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diadakan terkemudian sekali (sbg penamat): pertandingan ~;

akhirnya 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya;

akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini;

berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian;

mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang;

mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam;

terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;

akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dll);

berakhiran mempunyai akhiran;

keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya;

keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam;

pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat;

pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja.

akhirat Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yg kekal (sesudah hari kiamat), alam yg baqa; dunia ~ a) dunia dan akhirat; b) (utk) selama-lamanya: minta maaf dunia ~;

keakhiratan segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat.

akhirulkalam Ar sbg penutup, akhirnya (biasanya dipakai sbg penutup surat, huraian, dll).

akhlak Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg mengawasi anak-anak yg telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan;

berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~.

akhtaj Ar sl (orang yg) takluk.

akhwan Ar sl saudara-saudara; ikhwan.

aki I datuk, nenek: tok ~;

aki-aki orang laki-laki yg sudah tua.

aki II IB alat penghimpun elektrik (dipakai pd enjin motokar dll), bateri.

akibat 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir;

akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini?

berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain;

mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan.

akidah Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

akik I = batu ~ sj batu berwarna yg biasanya dijadikan permata cincin; ~ disangka batu prb terhina orang kerana salah sangka.

akik II perkakas tenun.

akikah Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;

berakikah; hari ~ hari ketika mengadakan akikah;

mengakikahkan; ~ anak mengadakan akikah utk anak.

akil Ar berakal, cerdik, pandai; ~ baligh cukup umur, dewasa (berdasarkan pertimbangan agama Islam).

akit I Kl angkat.

akit II = ~ sulai sj tumbuhan (pokok), kelat lapis, membatu merah, mengkirai, mensirah, titimah (rengga), Ilex cymosa.

aklamasi IB pernyataan menyetujui sesuatu usul dsb dgn bersuara sahaja atau secara lisan (tidak dgn mengundi).

akliah Ar bkn akal fikiran (bukan perasaan): Mumford masih yakin dgn kemampuan ~ dan kebijaksanaan manusia; sebuah autobiografi yg menerangkan pengalaman-pengalaman Imam al-Ghazali yg terpenting dlm bidang ~ dan rohaniah.

aklimasi (Bio) penyesuaian (fisiologi dan tingkah laku) sesuatu organisma terhadap perubahan sekitaran.

akmal Ar paling sempurna: Tuhan yg A~.

akne (akné) (Ubat) sj penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkak-bengkak kecil seakan-akan jerawat yg tumbuh pd muka dan leher, biasanya di kalangan remaja.

akolia (Ubat) ketiadaan (kekurangan) rembesan hempedu.

akoluria (Ubat) ketiadaan pigmen hempedu di dlm air kencing.

akomodasi 1. tempat utk makan dan tidur (dlm perjalanan), penginapan; 2. penyesuaian: pendekatan yg kerap dibincangkan dlm konteks negara kita ialah asimilasi dan ~;

mengakomodasikan melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras, secocok dsb dgn sesuatu keadaan (keperluan dsb): sbg anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak utk ~ budaya ibunda dgn budaya tempatan yg lebih menonjol.

akordion sj alat muzik yg dimainkan dgn menekan-nekan bahagian-bahagiannya yg tertentu (dgn jari).

akrab I lebih dekat, karib: sahabat yg ~;

mengakrabkan mempererat, mengaribkan (persahabatan);

keakraban perhubungan atau pertalian yg sangat erat, perhubungan (pertalian) yg akrab atau karib: mereka masyarakat yg sedang kehilangan ~ dgn kesenian rakyat mereka yg tradisional; panggilan itu kedengaran agak lembut dan penuh tanda ~.

akrab II Ar bintang kala (rasi, gugusan bintang).

akreditasi (akréditasi) proses kawalan kualiti secara luaran terhadap kursus pengajian dlm sesebuah institusi pendidikan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti: proses ~ ini mampu membawa perubahan kpd institusi pengajian tinggi di negara ini; Lembaga A~ Negara;

mengakreditasi memberikan akreditasi kpd sesebuah institusi dsb: usaha yg rapi sedang dibuat utk ~ beberapa buah IPTS yg sedia ada.

akrilik 1. bkn bahan, pakaian, atau gebar yg dibuat melalui proses kimia; 2. sj cat yg digunakan oleh pelukis.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə