A I huruf pertama abjad Rumi


ahkam Ar (jamak bagi hukum) hukum, undang-undang. ahlan



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə4/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19

ahkam Ar (jamak bagi hukum) hukum, undang-undang.

ahlan = ~wasahlan Ar selamat datang.

ahli I 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~;

~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi anggota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya ); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju;

mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah;

keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan;

berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden.

ahli II, ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW.

ahmak Ar bodoh, dungu: orang yg ~; fikiran yg ~.

ahmar Ar merah.

aho sr kata utk menyatakan hairan (terkejut).

ahram Ar (majmuk drpd haram) piramid: kita teringat kpd ~-~ yg didirikan oleh Firaun.

ai I sr kata utk menyatakan kehairanan: ~, sudah lama di sini!

ai II ia, setuju: siapa yg bersetuju akan usul itu berkata ~.

AI kep artificial intelligence (kecerdasan buatan).

aib 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya;

mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam;

keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~.

Aidiladha = hari raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah setiap tahun Hijrah, hari raya haji, hari raya Korban.

Aidilfitri = hari raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), hari raya puasa.

AIDS akronim bagi acquired immune deficiency syndrome (sindrom kurang daya tahan penyakit) iaitu penyakit atau keadaan yg dianggap disebabkan oleh sejenis virus yg menjadikan sel-sel putih dlm tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya drpd serangan penyakit.

aikido sj seni mempertahankan diri (dlm masyarakat Jepun).

aileron (Kej) bahagian sayap kapal terbang yg berengsel yg gunanya utk mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan.

ain I 1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70); 2. huruf ke-19 abjad Jawi.

ain II Ar 1. mata, mata air; 2. inti, penting, sejati.

ain-al-banat, ainulbanat Ar sl sj kain yg elok.

air I 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain;

~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll;~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri;~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll);

~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam prb kasih yg sia-sia (tidak sempurna); merajukkan ~ di ruang (hendak karam ditimba juga) prb marah yg tiada sampai, apabila perlu ditolong juga; sekali ~ bah, sekali pasir berubah, sekali ~ gedang (besar), sekali tepian beranjak prb lain kepala (ketua) lain kemahuannya; selama ~ hilir, selama gagak hitam prb tetap selama-lamanya; spt ~ dlm kolam (terenang) prb dikatakan kpd orang yg tenang sikap dan tingkah lakunya; tak ~ hujan ditampung, tak ~ peluh diurut, tak ~ talang dipancung prb segala daya upaya dilakukan asal maksud tercapai; terbit ~ kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa prb mahu melakukan sesuatu kerana dipaksa; terseberang pd ~ besar prb terpelihara drpd bahaya besar; umpama ~ digenggam tak tiris prb perihal orang yg kikir;

berair 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll); 2. mengeluarkan air atau cecair;

mengair 1. menjadi air; 2. menjadi spt air (rata, jernih);

mengairi 1. memberi (menyalurkan, membekalkan) air ke (sawah dll), menggenangi (sawah dll); ~ sawah orang prb menguntungkan orang lain; 2. bp memberi minum;

keairan 1. basah, tergenang (digenangi) air; 2. bocor (dimasuki air); 3. sl kena luka;

perairan 1. laut yg termasuk dlm (diiktiraf sbg sebahagian drpd) kawasan atau wilayah sesebuah negara: kapal penyeludup itu tertangkap di ~ Malaysia; 2. Id urusan mengenai persediaan air;

pengairan perihal (usaha dsb) mengairi (kawasan pertanian);

sepengairan yg mendapat air dr satu sungai: kawasan atau daerah ~.

air II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok), menserah putih, Homalium caryophyllaceum.

ais air yg dibekukan, air batu; ~ kering sj bahan pendingin makanan yg dibuat dgn menyejatkan karbon dioksida cecair dgn cepat.

aisberg (Geog) bongkah ais yg sangat besar yg hanyut terapung-apung di dlm laut.

aising campuran gula dgn mentega serta putih telur dll, yg digunakan utk menghiasi atau menyalut kuih (utk menyedapkan lagi rasanya);

beraising dibubuhi aising, bersalut dgn aising;

mengaising membubuh (menyalut, menghias, dsb dgn) aising (pd kek dsb);

pengaisingan perihal mengaising (kek dsb).

aiskrim sj penganan manis yg sejuk (dibuat drpd campuran berbagai-bagai bahan dan dibekukan).

aiwan (Parsi) sl balai tempat menghadap.

aiya bp kata utk menyatakan rasa tidak setuju, keberatan, dsb.

aja I bp kep sahaja: dia gila joget ~.

aja II sebutan bagi puteri bangsawan (Deli).

ajab Ar sl hairan.

ajahan; ikan ~ sj ikan; jahan.

ajaib 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium;

mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan;

keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.

ajak I; mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, menjemput, menyarankan kpd (utk berbuat sesuatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membangkitkan hati (utk melakukan sesuatu), mencabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk;

ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran);

pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang.

ajak II Mn sama dgn, seakan-akan, seperti;

mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu.

ajal batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah sampai ketikanya ia mati; menemui ~ mati; menghadapi ~ menghadapi saat-saat akan mati.

Ajam Ar sl orang Islam yg bukan bangsa Arab, mis orang Islam di Iran, Turki.

Ajami Ar sl berkaitan dgn Ajam.

ajan Mn; mengajan; ~ anak meneran kuat-kuat supaya anak lahir; tuah diajan tahi yg keluar prb kalau kemuliaan terlalu dicari-cari, nama buruk yg diperoleh; ejan I, rejan I.

ajar; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu;

berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~;

belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang;

mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);

itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman;

mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah;

mengajarkan mengajar sesuatu (kpd seseorang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitungan yg sesulit ini; ia ~ cara-cara mengendalikan mesin tersebut kpd pekerja-pekerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajaran;

ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya;

pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedoman: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya;

pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;

~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi;

berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para peminat;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə