A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə7/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   19

mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan.

alamatulhayat Ar tanda hidup (berupa surat, cenderamata dll).

alamiah bersifat semula jadi, natural: undang-undang ~ yg tidak bertulis.

al-Amin Ar gelaran yg diberikan kpd Nabi Muhammad SAW kerana sifatnya yg amanah serta boleh dipercayai: kerana sifatnya yg amat jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~.

alamin Ar (jamak bagi alam) alam ghaib dan alam syahadah; Rabbulalamin.

alan sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, Shorea albida; ~ batu sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan, kayu kumai, papan panel, dll), empenit, meraka, meraka alan, sengawang, seriagawan, Shorea sp.; ~ bunga sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dll), meranti bunga, Shorea sp.

alan-alan pelawak, badut.

alang I 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, sederhana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana panjangnya; saudara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau;

alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat;

~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam prb kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~ menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya;

alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik buruk, besar, kecil, dll).

alang II 1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding): supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3. dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah;

~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat berjalan).

alang III = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula.

alang-alang Jw sj rumput yg tinggi, lalang.

alap I Sl sopan, santun: lemah lembut ~ santun.

alap II; mengalap Kd, Jw mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan dgn galah yg memakai pisau atau kait di hujungnya.

alap-alap Jw 1. helang belalang, burung rajawali; 2. ki pencuri, penyeluk poket; ~ sepeda pencuri basikal.

alaqah Ar 1. darah beku yg membesar menjadi janin (bakal bayi, bakal manusia, lembaga); 2. hati kecil: dizahirkannya kpd ~nya di dlm hatinya.

alar anak sahaya hutang-hutangan, anak hamba.

alarem IB tanda bahaya.

alas I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletakkan cawan, piring; ~ tiang asas tempat berdirinya tiang; 2. kain dsb yg digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berpusing;

~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai Sultan yg membuat naskhah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~ kata ki kata pendahuluan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana jasa yg telah disumbangkan;

beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan;

beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mempunyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata;

mengalas, mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~ perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu;

mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja;

alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~;

beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~.

alas II Jw hutan: ~ yg sunyi.

alas III; pengalasan Jw ark segolongan tertentu pegawai istana, pesuruh istana.

alat I 1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi; 2. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll): dia dianggap orang ~ penjajah; kemudahan dsb yg boleh dijadikan ~ utk menjayakan rancangan; 3. bahagian tubuh manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg mengerjakan sesuatu, organ;

~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi yg berirama (utk dimainkan lagu); ~ ganti alat utk menggantikan sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~ kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah kelengkapan upacara raja-raja; ~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan kekuasaan negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau binatang utk melakukan hubungan jenis; ~ kelengkapan segala alat yg kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~ pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang; ~ perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg dipakai oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barang-barang yg digunakan utk menambah kecantikan (terutamanya wajah seseorang perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg dipakai tukang kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis pensel, pen, kertas, dakwat, dsb;

beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat;

mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat (senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera;

mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat;

memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan): ~ orang utk mencapai maksudnya;

alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan.

alat II Mn jamuan, perjamuan; acang-acang ~ orang yg mengatur jamuan;

beralat mengadakan upacara adat (perkahwinan, perjamuan, dll), mengadakan jamuan (utk), berjamu: ia hendak ~ mengahwinkan anaknya;

memperalatkan mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan: tidak sedikit dikeluarkan wang utk ~ anaknya;

peralatan perjamuan, upacara adat: ~ kahwin.

alau; burung ~ sj enggang.

al-Awwal Ar Yang Awal dan Tiada Permulaan (satu drpd 99 nama Allah.

al-Azim (al-‘Azim) Ar Yang Maha Agung (satu drpd 99 nama Allah).

al-Aziz (al-‘Aziz) Ar Yang Maha Berkuasa dan Perkasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Badik (al-Badi‘) Ar Yang Maha Menciptakan Sesuatu yg sebelumnya tiada (satu drpd 99 nama Allah).

al-bai bithaman ajil konsep perbankan Islam yg merujuk kpd penjualan barang dgn bayaran yg tertangguh.

al-Bais (al-Ba‘ith) Ar Yang Membangkitkan Manusia (satu drpd 99 nama Allah).

alban leban I.

al-Baqi Ar Yang Berkekalan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Bar (al-Barr) Ar Yang Menjadi Sumber Kebaikan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Barik Ar Yang Maha Pencipta Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al-Basir Ar Yang Maha Melihat (satu drpd 99 nama Allah).

al-Basit Ar Yang Maha Melapangkan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Batin Ar Yang Menyembunyikan Kewujudan (satu drpd 99 nama Allah).

albatros sj burung laut drpd genus Dionedea dan Phobetria yg berwarna putih, besar dan bersayap panjang yg banyak terdapat di persisiran pantai Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

albedo (albédo) (Fiz) nisbah antara cahaya yg dipantulkan ke semua arah dgn cahaya yg jatuh ke atas suatu planet atau satelit.

albino (Bio) organisma (terutamanya manusia dan haiwan) yg kekurangan pigmen pd rambut (bulu) dan kulit, yg mengakibatkan bahagian yg berkenaan kelihatan luar biasa putih.

albion (tanah) Inggeris.

album 1. buku tempat menaruh gambar-gambar (setem dll): ~ yg mengandungi gambar-gambar pd hari perkahwinannya; 2. piring hitam yg mengandungi beberapa buah lagu: penyanyi yg telah berjaya menghasilkan beberapa buah ~.

albumen (albumén) (Bio) putih telur.

albumin kumpulan protein ringkas yg larut dlm air yg terdapat dlm putih telur, plasma darah, dll.

al-Dar (ad-Darr) Ar Yang Mendatangkan Kemudaratan (satu drpd 99 nama Allah).

aldehid (aldéhid) (Kim) kumpulan sebatian organik yg mempunyai radikal -CHO (mis formaldehid dan asetaldehid).

al-Din Ar cara hidup yg diredai Allah: pelbagai pihak mengambil kesempatan sempena Ramadan al-mubarak utk menganjurkan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan Islam sbg ~.

aleban leban I.

alegori (alégori) sesuatu karya (cerita, puisi dsb) yg menggunakan watak, peristiwa dll sbg lambang utk menerangkan (menyampaikan) sesuatu yg lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah ~ yg dipilih utk dibicarakan sbg satu pengenalan kpd karya sufi;

mengalegorikan mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori.

alegreto (alégréto) (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg agak cepat dan rancak (lebih perlahan sedikit drpd alegro).

alegro (alégro) (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg cepat dan rancak.

aleja (aléja) leja.

aleksia (aléksia) (Ubat) keadaan tidak berupaya membaca atau memahami bahasa bertulis akibat kecederaan atau kecacatan semula jadi pd bahagian tertentu otak.

alem Jk; mengalem, ngalem memuji-muji, memanjakan;

aleman manja.

alergen (Ubat) bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan alahan.

alergenik (Ubat) berkaitan dgn alergen.

alergi keadaan sensitif terhadap sesuatu (makanan, ubat, dll) sehingga boleh menimbulkan kesan atau perkembangan yg tidak baik pd kesihatan, alahan.

alfa I alfu.

alfa II huruf pertama dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

alfabet (alfabét) bp abjad.

alfabetologi (alfabétologi) kajian tentang tulisan abjad.

al-Fatihah Ar surah pertama (bab pertama) dlm al-Quran.

al-Fattah Ar Yang Maha Pembuka (satu drpd 99 nama Allah).

al-Fadil Ar panggilan hormat bagi orang yg mempunyai ketinggian atau kelebihan ilmu dlm bidang agama: ~ Ustaz Ali.

alfalfa sj tumbuhan yg digunakan sbg makanan utk haiwan ternakan, sayur-sayuran dll, Medicago sativa.

alferes (alférés) alperes I.

alfiah bandar di pantai selatan India; kopiah ~ sj kopiah yg tinggi.

alfu Ar seribu; ~ lailah wa lailah seribu satu malam; alaf.

alga kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri drpd satu sel atau berbilang sel), kebanyakannya hidup di dlm air dan tumbuhan ini penting dlm rangkaian makanan (mis rumpai laut).

algebra (algébra) cabang matematik yg menggunakan huruf-huruf dan tanda-tanda (lambang-lambang) sbg mewakili angka atau kuantiti.

al-Ghaffar Ar Yang Maha Mengampuni (satu drpd 99 nama Allah).

al-Ghafur Ar Yang Maha Sedia Mengampuni (satu drpd 99 nama Allah).

al-Ghani Ar Yang Maha Kaya dan Tidak Memerlukan Sesuatu Apa pun (satu drpd 99 nama Allah).

algisid bahan kimia utk menghapuskan atau membunuh alga, racun alga.

algoja algojo.

algojo (Portugis) 1. orang yg menjalankan hukuman mati, pelebaya, pertanda; 2. ki orang yg bengis dan kejam.

algologi kajian tentang alga, termasuklah aspek morfologi, anatomi, proses pertumbuhan dan ekologinya.

algoritma 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg ditentukan utk mencapai matlamat atau objektif.

al-Hadi Ar Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Hafiz Ar Yang Maha Memelihara (satu drpd 99 nama Allah).

al-Hai Ar Yang Maha Hidup (satu drpd 99 nama Allah).

al-haj haji: Tunku Abdul Rahman Putra ~.

al-Hakam Ar Yang Maha Menentukan Hukuman (satu drpd 99 nama Allah).

al-Hakim Ar Yang Maha Bijaksana (satu drpd 99 nama Allah).

al-Halim Ar Yang Maha Penyantun dan Penyabar (satu drpd 99 nama Allah).

alhamdulillah Ar 1. segala pujian bagi Allah; 2. ungkapan menandakan rasa syukur: ~, kita telah mendapat kemerdekaan.

al-Hamid Ar Yang Maha Layak Menerima Pujian (satu drpd 99 nama Allah).

al-Haq (al-Haqq) Ar Yang Maha Benar (satu drpd 99 nama Allah).

al-Hasib Ar Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

alhasil Ar kesudahannya, hasilnya, akhirnya: ~, dia sendiri juga yg menanggungnya; ~ simposium itu tidak dapat mencatatkan apa-apa yg bernas kecuali salah seorang peserta bangun dan membetulkan beberapa fakta; hasil.

ali I Ar tinggi;

mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian.

ali II; gula ~ gulali, sj penganan.

ali-ali humban tali, tali pelontar batu; anak ~ = batu ~ batu yg dilontarkan dgn ali-ali; membuang ~ melontar batu dgn ali-ali;

mengali-ali membuang batu dgn menggunakan ali-ali.

alias 1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2. (Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer.

ali baba cara perusahaan yg memakai nama Melayu atau kelihatan saja dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yg lain: yg mendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara ~;

mengalibabakan menjual hak-hak yg khas bagi orang Melayu kpd orang Cina atau bangsa asing yg lain: ada orang Melayu yg ~ hak-hak mereka.

alibi bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: ketika dituduh, ia tidak mempunyai ~.

alif I 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu); 2. huruf pertama abjad Jawi; tahun ~ tahun yg pertama drpd daur kecil atau windu;

~ gantung = ~ kecil alif utk pengganti tanda tasydid; ~ saksi alif yg menyaksikan huruf a; tegak spt ~ tegak lurus; berbilang dr esa, mengaji dr ~ prb mengerjakan sesuatu hendaknya dr permulaan (menurut peraturan).

alif II Ar sahabat, teman.

alifatik (Kim) bkn sebatian organik yg molekulnya terdiri drpd atom-atom karbon yg tersusun lurus atau bercabang.

alif-ba-ta abjad Arab.

aligator sj reptilia besar yg rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh ditemui di tasik dan sungai di Amerika dan China.

alih pindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan (mempercakapkan yg lain);

beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman);

~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke tempat lain utk meluaskan pandangan atau pengalaman dsb; ~ haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari menjadi petang; ~ musim berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~ rumah berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan;

mengalih 1. = mengalihkan mengubahkan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah;

~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama mengganti nama; ~ sila berpindah duduk;

~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang yg hendak membalikkan perkataannya;

peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan pertukaran kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn perubahan keadaan hidup dll;

pengalihan perihal (perbuatan dsb) mengalihkan, pengubahan, penggantian, pemindahan (kuasa dll).

alih-alih dgn tidak disangka-sangka, tetapi: katanya ia sakit, ~ saya berjumpa dengannya di pasar.

alih bahasa pertukaran drpd satu bahasa kpd bahasa yg lain, penterjemahan;

mengalihbahasakan menterjemahkan.

al-ijarah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd persetujuan bahawa bank sbg pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kpd pelanggan utk suatu tempoh tertentu, dgn bayaran sewa yg dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

alik; berulang-~ berbolak-balik, pulang balik: kerjanya berulang-~ saja antara Kuala Lumpur dan Singapura; ulang-alik.

alim I 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim;

kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak).

alim II sj damar yg dipakai utk ubat.

alimbubu Mn pusaran angin.

alimentari (aliméntari) bkn makanan yg terlibat dgn penghadaman dan penghadamannya: salur ~.

alimiat zaman ketika manusia telah mengerti dan tahu, lwn zaman jahiliah.

alimoni (di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan drpd suami kpd isteri atau sebaliknya dlm masa kedua-duanya sudah bercerai atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah.

alin; mengalin mengurut (memijit) badan orang sakit dgn memakai tepung adunan kuning yg bercampur putih telur utk mengeluarkan penyakit;

alinan pengalin;

pengalin benda utk mengalin: tepung ~.

alinea (alinéa) (Latin) baris baru pd tulisan, baris permulaan, paragraf (perenggan).

aling I; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~ melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi); tedeng ~ sesuatu yg dipakai utk menutup maksud (perbuatan) yg kurang baik;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə