A I huruf pertama abjad Rumi


mengalingi menutup supaya jangan kelihatan: induk ayam itu ~ anaknya supaya jangan disambar helang. aling II



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə8/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   19

mengalingi menutup supaya jangan kelihatan: induk ayam itu ~ anaknya supaya jangan disambar helang.

aling II; ulang-~; ulang.

alip I; penyepit ~ penyepit yg digunakan oleh pandai atau tukang emas.

alip II; alip-alipan ark main cari-carian.

alir I; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepalanya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri;

mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas;

mengalirkan 1. menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan;

aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah peperangan Kedah; 6. arah perkembangan, kecenderungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pembahagian atau pengelasan pelajar atau pelajaran dsb): sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains;~ tunai penerimaan dan pembayaran wang tunai;

beraliran berhaluan pendapat (politik, pandangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis;

pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll); pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan;

pengalir sesuatu yg (digunakan utk) mengalirkan.

alir II sj pancing utk menangkap buaya; menahan ~ memasang tali alir;

mengalir menangkap buaya dgn tali alir.

alir III Mn licin (permukaan).

alis bulu yg berupa lengkung di atas mata, (bulu) kening; ~nya spt seraut jatuh alis yg indah sekali (cantik bentuknya).

alit I celak;

mengalit membubuh alit (celak) pd, mencelak; ~ mata mencelak mata; ~ bibir membubuh gincu pd bibir, memerahkan bibir;

pengalit alat utk mengalit: bibir dibentuk dgn pensil ~ dan seterusnya disapu gincu

alit II; tali ~ tali gasing.

alit III Jw ark kecil.

aliterasi (Lin) pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak) spt derup derap.

aljabar Ar algebra.

al-Jabbar Ar Yang Maha Perkasa (satu drpd 99 nama Allah): Khalik ~; Malik ~.

al-Jalil Ar Yang Maha Memiliki Sifat Keagungan Yang Tiada Pada Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al-Jamik (al-Jami‘) Ar Yang Maha Penghimpun (satu drpd 99 nama Allah).

al-Kabir Ar Yang Maha Besar (Gah) (satu drpd 99 nama Allah).

al-kafalah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd jaminan satu pihak bahawa satu pihak yg lain akan menunaikan kewajibannya.

alkah Ar ark  alaqah.

alkali (Kim) bahan yg meneutralkan asid utk membentuk garam dan boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru;

beralkali berkaitan dgn, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali: larutan ~; garam ~;

mengalkalikan menjadikan atau menyebabkan beralkali;

kealkalian darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali;

pengalkalian perihal (proses atau perbuatan) mengalkalikan.

alkalimeter (alkaliméter) alat utk mengukur kepekatan alkali dlm

larutan.


alkalimetri (alkalimétri) teknik pengukuran banyaknya kandungan alkali atau bes dlm sesuatu larutan.

alkaloid (Bio) sebatian semula jadi yg mengandungi nitrogen, yg biasanya terdapat di dlm tumbuhan, dan digunakan dlm ubat-ubatan.

alkamar Ar bulan; kamar II.

alkana (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal.

alkari ark batu lak, laka, lakri, malau gari (kari).

al-Karim Ar Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi (satu drpd 99 nama Allah).

al-Kasyaf (al-Kasysyaf) Ar Yang Menyingkap Hijab (membuka rahsia alam) (salah satu nama Allah).

alkatipa ark permaidani; katifah.

alkena (alkéna) (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempunyai satu ikatan ganda dua atau lebih.

alketip alkatipa, katifah.

al-Khabir Ar Yang Maha Sedia Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah).

al-Khafid Ar Yang Maha Merendahkan Darjat Seseorang (satu drpd 99 nama Allah).

al-Khaliq Ar Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

alkimi Ar ilmu kimia.

alkimia ilmu kimia pd peringkat awal perkembangannya, yg merangkumi tempoh di antara kurun 500 SM sehinggalah abad ke-17.

alkisah kata yg digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat dan bermakna, kisahnya, ceritanya; kisah.

al-Kitab Ar al-Quran, Kitabullah.

alkohol 1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm minuman keras dll); 2. minuman keras;

beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~.

alkoholisme ketagihan minuman keras (alkohol).

alkoholometer (alkoholométer) alat utk mengukur tahap kandungan alkohol dlm cecair.

alkoholuria (Ubat) kehadiran alkohol di dlm air kencing.

alkonya (Portugis) nama keluarga.

alku orang yg mencari pelacur utk pelanggan lelaki (atau sebaliknya), barua, jaruman, ketolol, muncikari.

alkuna (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg mempunyai ikatan ganda tiga antara atom-atom karbonnya.

Allah Ar Tuhan (Yang Esa);

~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subhanahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik).

Allahuakbar Ar Allah yg Maha Besar.

Allahumma Ar Ya Allah, Ya Tuhanku; labaika ~ labaika! kerana-Mulah ya Tuhanku, kukerjakan ini!

Allahyarham Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara.

Allahyarhamah Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal.

allamah Ar ark mahir, sangat pandai: pensyarah-pensyarah yg ~.

al-Latif Ar Yang Maha Lemah Lembut dan Mengetahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Majid (al-Majīd) Ar Yang Maha Dimuliakan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Majid (al-Mājid) Ar Yang Maha Sempurna (satu drpd 99 nama Allah).

almaktub kitab suci.

al-Malik Ar Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan (satu drpd 99 nama Allah).

almalun Ar sl terkutuk.

alma mater sekolah, maktab atau universiti yg pernah menjadi tempat belajar seseorang.

almanak 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

al-Manik (al-Mani‘) Ar Yang Maha Menegah dan Menolak (satu drpd 99 nama Allah).

Almarhum Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, biasanya digunakan pd raja dan kerabatnya yg telah mangkat atau meninggal.

Almarhumah Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam, biasanya pd raja dan kerabatnya yg telah mangkat atau meninggal.

almari sj perabot yg bertingkat-tingkat dan berpintu utk menyimpan pakaian (barang-barang dll).

almas Ar intan.

al-Masih; Isa ~ Nabi Isa as.

al-Matin Ar Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muakhir (al-Muakhkhir) Ar Yang Mentakhirkan Wujudnya Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).

al-mubarak Ar yg beroleh berkat: Ramadan ~.

al-Mubdik Ar Yang Maha Memulakan Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).

al-mudarabah konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud pihak pemodal membiayai pengusaha dgn pembahagian keuntungan yg dipersetujui bersama.

al-Mughni Ar Yang Maha Mengayakan Makhluk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muhaimin Ar Yang Maha Mengawal (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muhit Ar Yang Maha Melingkungi Segala-galanya (salah satu nama Allah).

al-Muhsi Ar Yang Maha Mengira (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muhyi Ar Yang Maha Menghidupkan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muid (al-Mu‘id) Ar Yang Maha Mengembalikan Ciptaan-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muiz (al-Mu‘izz) Ar Yang Maha Memuliakan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Mujib Ar Yang Maha Memakbulkan (satu drpd 99 nama Allah).

almukhalis Ar ark juruselamat, penyelamat.

al-Mukmin Ar Yang Maha Melimpahkan Keamanan dan Kesejahteraan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Mumit Ar Yang Maha Mematikan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muntaqim Ar Yang Membalas Dengan Seksa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muqaddim Ar Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muqit Ar Yang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muqsit Ar Yang Maha Adil dan Saksama (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muqtadir Ar Yang Maha Berkuasa Menentukan Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).

al-murabahah konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud penjualan barangan (yg dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kpd pembeli yg membayarnya secara ansuran dgn harga yg melebihi harga asal mengikut persetujuan bersama.

al-Musawwir Ar Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Mutaali (al-Muta‘ali) Ar Yang Maha Tinggi dan Suci (satu drpd 99 nama Allah).

al-Mutakabbir Ar Yang Maha Memiliki Segala Kebesaran (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muzil Ar Yang Maha Menghina Musuh-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Nafik (an-Nafi‘) Ar Yang Memberikan Kebaikan dan Kemanfaatan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Nur (an-Nur) Ar Cahaya Yang Menerangi (satu drpd 99 nama Allah).

aloe vera (aloe véra) 1. sj tumbuhan yg termasuk dlm famili Liliaceace, daunnya yg panjang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yg mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya; 2. bahan yg dihasilkan drpd tumbuhan ini yg mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan utk membuat barangan kosmetik.

alofon (Lin) bunyi yg berlainan yg terhasil drpd satu fonem (bunyi), mis /k/ dlm kita dan kata.

alogami (Bio) persenyawaan silang pd tumbuhan berbunga.

alograf (Lin) lambang tulisan yg berlainan yg merujuk kpd grafem yg sama, mis M dan m drpd grafem < M >.

aloi logam yg merupakan gabungan dua logam atau lebih (mis gangsa, loyang, dll) atau satu logam dgn bahan bukan logam (mis keluli).

alokasi IB penentuan banyaknya barang dll yg disediakan utk sesuatu tempat (pembeli dll), peruntukan.

alon; alon-alon Jw lambat-lambat, perlahan-lahan.

along I nama timang-timangan bagi anak yg sulung.

along II bp orang yg memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yg sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar.

alongan Jw kolam, tasik.

alonim nama lain bagi seseorang atau sesuatu, mis Mat adalah alonim bagi Muhammad.

alopati kaedah merawat penyakit dgn cara mencetuskan keadaan yg berbeza drpd punca sebenar yg menyebabkan penyakit berkenaan.

alopesia (alopésia) (Ubat) ketiadaan rambut atau bulu pd kawasan kulit yg biasanya berambut atau berbulu.

alot Jk tidak mudah putus, liat.

alotrop (Kim) pelbagai bentuk sesuatu unsur yg menunjukkan ciri alotropi (mis karbon mempunyai alotrop grafit, intan, dan karbon amorfus).

alotropi (Kim) kewujudan sesuatu bahan (spt karbon, sulfur, mangan, dll) dlm pelbagai bentuk dgn sifat fizik dan kimia yg berbeza.

alpa lalai, kurang mengendahkan; janganlah ~ akan kewajibanmu janganlah lalai akan kewajibanmu;

mengalpakan melalaikan, mengabaikan, melupakan: ~ kewajiban;

kealpaan kelalaian, kelengahan: harap dimaafkan ~ saya.

alpaka sj haiwan mamalia di Amerika Selatan yg rupanya seakan-akan llama dan bulunya yg panjang dapat dijadikan bahan pakaian, Lama pacos.

alpeniti (Portugis) peniti.

alperes (alpérés) I (Portugis) sl leftenan muda, pegawai rendah: adapun si Talib itu peranakan Minangkabau jadi ~ di dlm negeri Bantan.

alperes (alpérés) II sj ikan laut: ~ batu, ~ jawa.

alpiah alfiah.

alpukah ark daya usaha, inisiatif, kehandalan.

al-Qabid Ar Yang Maha Pengekang (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qadir Ar Yang Maha Berkuasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qahhar Ar Yang Maha Gagah Perkasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qawi Ar Yang Maha Berkuasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qayyum Ar Yang Berdiri Sendiri (satu drpd 99 nama Allah).

al-Quddus Ar Yang Maha Suci (satu drpd 99 nama Allah).

al-Quran kitab suci agama Islam.

al-Rafik (ar-Rafi‘) Ar Yang Maha Meninggikan Darjat (satu drpd 99 nama Allah).

al-Rahim (ar-Rahim) Ar Yang Maha Pengasih kpd semua makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al-Rahman (ar-Rahman) Ar Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rahmat (satu drpd 99 nama Allah).

al-Raqib (ar-Raqib) Ar Yang Maha Mengawasi (satu drpd 99 nama Allah).

al-Rasyid (ar-Rasyid) Ar Yang Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran (satu drpd 99 nama Allah).

al-Rauf (ar-Rauf) Ar Yang Maha Pemberi Kasih Sayang (satu drpd 99 nama Allah).

al-Razzaq (ar-Razzaq) Ar Yang Maha Memberi Rezeki (satu drpd 99 nama Allah).

ALRI akronim bagi Angkatan Laut Republik Indonesia.

al-Sabur (as-Sabur) Ar Yang Maha Penyabar (satu drpd 99 nama Allah).

al-Salam (as-Salam) Ar Yang Maha Sejahtera (satu drpd 99 nama Allah).

al-Samad (as-Samad) Ar Yang Kekal dan Menjadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al-Samik (as-Sami‘) Ar Yang Maha Mendengar (satu drpd 99 nama Allah).

al-Syahid (asy-Syahid) Ar Yang Maha Menyaksikan Segala Kebenaran (satu drpd 99 nama Allah).

al-Syakur (asy-Syakur) Ar Yang Maha Menggandakan Balasan (satu drpd 99 nama Allah).

altar 1. tempat mempersembahkan korban, mazbah; 2. meja yg digunakan semasa upacara Perjamuan Suci di gereja.

al-Tawwab (at-Tawwab) Ar Yang Sentiasa Menerima Taubat (satu drpd 99 nama Allah).

alter ego (alter égo) (Latin) 1. (Psi) personaliti kedua seseorang, aku yg kedua; 2. sahabat yg rapat atau karib yg boleh dipercayai.

alternatif 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.

alternator pengulang-alik.

alti ark cerdik pandai.

altimeter (altiméter) sj alat yg biasanya dipasangkan pd pesawat terbang utk menentukan atau mengetahui tinggi pesawat terbang itu dr aras laut.

altitud ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut.

alto (Muz) 1. nada suara nyanyian yg paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita; 2. penyanyi dgn suara nyanyiannya paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita.

altruis orang yg bersikap lebih prihatin terhadap kebahagiaan dan kebajikan orang lain.

altruisme sifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain drpd diri sendiri.

altruistik bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain drpd kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri.

alu I (alat) penumbuk padi dsb, antan;

(bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk dicampakkan prb Mn dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb Mn dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~ pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb Mn perkauman yg dekat menurut adat.

alu II; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil.

alu-alu sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda.

alum I Jw layu;

mengalum menjadi layu, merana.

alum II (Kim) sj garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium (digunakan utk membuat samak, bahan ubat, dll), tawas.

alumina (Kim) aluminium oksida semula jadi.

aluminium sj logam yg ringan (rupanya spt timah putih).

alumni siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti.

alun ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~;

beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi di sawah ~ -alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara);

mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara;

mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli;

alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal.

alun-alun Jw tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten.

alung 1. sj permainan guli (permainan kanak-kanak); 2. sr kata yg digunakan dlm permainan guli ketika hendak melemparnya.

alur 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan;

~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila membajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ bertempuh, jalan berturut prb dilakukan menurut adat (kebiasaan yg lazim);

beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan;

mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali);

aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul).

alur-alur sj tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima.

alusi perbuatan membayangkan atau merujuk kpd sesuatu secara tidak langsung.

alusmitai halwa rambut.

aluvium (Geo) tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir, selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara, lanar.

alveolus (alvéolus) (Bio) 1. pundi udara yg halus dlm paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida; 2. rongga dlm rahang tempat tertanamnya akar gigi.

al-Wadud Ar Yang Maha Mengasihi orang yg beriman kpd-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

alwah Ar kayu gaharu.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə