A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə2/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19

seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia;

adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi;

adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk;

adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai;

adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~;

ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga;

adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga;

berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga;

berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;

keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;

mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?;

mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan;

mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya;

keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi;

berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung;

pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.

adab 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya);

beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~;

mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan;

memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang;

peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat;

berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini.

adad Ar bilangan, jumlah.

adagio (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah gemalai.

adai; ~ -badai tudung saji yg bersulam.

adakala ada waktunya (ketikanya, kalanya), kadangkala, sekali-sekali: ~ dia menang, ~ pula dia kalah.

adalat Ar keadilan.

Adam = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ = cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit.

adan firdaus, syurga.

adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu;

mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb);

musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju;

mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya;

pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang;

pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).

adang II Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...;~ makan ~ tidak kadang makan kadang tidak;

adang-adang kadang-kadang.

adap; adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di upacara perkahwinan).

adaptasi penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri;

beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza;

mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik;

pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu;

pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.

adapun ada.

adar I; mengadar bermalam di rumah orang, bertandang.

adar II sangat tua.

adas 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2. = ~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens.

adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas;

kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan;

~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya: hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat;

beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat;

mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan;

teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.

adawat Ar permusuhan, benci.

ADD kep Akhbar Dalam Darjah.

addin Ar al-Din.

adegan Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg menimbulkan keghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang.

adem Jk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati);

mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).

adhesi (adhési) IB 1. daya tarik-menarik antara molekul dua zat yg berlainan; 2. ucapan setuju, ucapan sokongan.

ad hoc (Latin) bkn sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa perancangan awal: jawatankuasa ~.

adi I (Sanskrit) sl yg pertama, yg terutama, yg tertinggi: pahlawan ~; pendekar ~.

adi II Ar mengikut adat, biasa, lazim.

adi III Br adik;

adi-beradi = seperadian pertalian adik-beradik dlm sesuatu keluarga.

adiabatik (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan sebarang kemasukan atau keluaran haba.

adib Ar 1. beradab, berbahasa, bersopan; 2. sasterawan, pujangga.

adicita Id ideologi.

adik 1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda);

~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir;

beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;

adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara: mereka lima ~ mereka lima bersaudara; bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu;

beradik kakak selaku adik dan kakak;

memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik.

Adika Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja.

adikara sl 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang.

adikarya karya agung yg dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa, mis Hikayat Hang Tuah dlm masyarakat Melayu.

adikong (drpd Perancis aide-de-camp) pembantu peribadi kpd pembesar (spt sultan, perdana menteri, dll).

adikuasa kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah sejak ~ Soviet Union hilang taring.

adikudrati yg di luar kekuasaan alam (Roman Katolik).

adil 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu ~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb): pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu pelantikan yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar taksiran mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk; para pekerja mendapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn pengorbanan yg dilakukan kpd organisasi; 4. tidak menyebelahi mana-mana pihak (bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak berat sebelah: tugas ibu bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu pemberian kpd anak-anak dgn tidak melebihkan seorang drpd yg lain;

mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang;

keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat;

ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil;

peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka;

pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm ~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam;

pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll).

adinda bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat dsb).

ading sl adik.

adiningrat Jw gelaran bangsawan yg tertinggi.

ad interim (Latin) utk sementara waktu: kabinet ~; tindakan ~.

adipati Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang).

adipos (Ubat) mengandungi lemak atau menyerupai lemak; tisu ~ tisu yg dipenuhi lemak.

adiposuria (Ubat) kewujudan lemak dlm air kencing.

adipsia (Ubat) keadaan abnormal yg menyebabkan seseorang mengelak drpd minum (tidak terasa dahaga).

adiraja sl 1. (suatu) gelaran; Maharaja A~; 2. Id ark hak ~ hak melakukan kekuasaan yg tertinggi; diraja.

adiratna sl permata yg mulia (ki bagi perempuan yg cantik).

adisejuk (Kim) bkn cecair yg menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku.

adiwangsa bangsa utama (mulia).

adiwarna sl amat bagus, amat indah.

adjektif (adjéktif) kata sifat.

adjudikasi (Udg) proses undang-undang dlm menyelesaikan sesuatu pertelingkahan;

teradjudikasi; hak ~ hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran.

adjuster (Eko) pelaras.

administrasi IB pentadbiran, tatausaha, pengurusan: ~ negara; ~ perniagaan.

administratif IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau dikenakan sesuatu hukuman lain).

administrator IB pentadbir, penatausaha.

admiral kepala angkatan laut, laksamana.

adob bata yg dibuat drpd campuran tanah liat dgn jerami yg dijemur utk dijadikan bahan binaan.

adoi sr aduh;

mengadoi, mengadoi-adoi mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh): sekonyong-konyong ia ~ dan mengerang.

adopsi IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan sbg anak angkat.

adpertensi (adperténsi) IB iklan (dlm surat khabar dll).

adpis IB nasihat: lagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat-tepat; advis.

adpisir IB penasihat.

adpokat avokado.

ad rem (ad rém) (Latin) berkaitan atau bertepatan dgn sesuatu perkara dsb (bkn jawaban dll), tepat benar.

adrenal (adrénal) (Bio) bkn sesuatu yg berdekatan dgn atau berkaitan dgn ginjal.

adrenalina (adrénalina) (Bio) hormon yg dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna utk tindakan ‘lawan’ atau ‘lari’.

adrenosklerosis (adrénosklérosis) (Ubat) pengerasan struktur kelenjar.

adres (adrés) bp alamat (tempat tinggal);

mengadreskan mengalamatkan (surat dll kpd).

ADRI Id akronim bagi Angkatan Darat Republik Indonesia.

adu I; beradu 1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan;

mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib;

mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberitahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun;

memperadu-adukan memperadudombakan;

aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis;

peraduan pertandingan: ia telah berjaya menjadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu;

pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll;

pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan (simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.

adu II; beradu tidur (bkn raja);

peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja).

adu domba; mengadu domba, mengadudombakan, memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita;

pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.

aduh sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya perut saya!

mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana kesakitan dll): suara yg ~ itu suara orang kena tikam;

teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi.

aduhai sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə