A I huruf pertama abjad Rumi


api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə15/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19

api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api;

berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan;

berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi;

mengapi menjadi spt api atau menyerupai api;

mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut): mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya;

memperapikan memanggang;

perapian tempat menyalakan api utk memanaskan ruang, bilik dsb, pendiangan;

pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.

api-api I sj serangga, kunang-kunang.

api-api II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Verbenaceae yg banyak terdapat di hutan paya bakau, Avicennia spp.; ~ bulu, Avicennia lanata; ~ ludat, Avicennia officianlis; ~ jambu, Avicennia marina; ~ putih, Avicennia alba.

apiari tempat memelihara dan membiakkan lebah.

apik rapi dan bersih serta sangat baik: pekerjaannya ~ sekali.

apikultur pemeliharaan dan pembiakkan lebah.

apilan sl papan tebal yg digunakan spt perisai pd meriam (dlm kapal).

aping (Sunda) apit;

mengaping mengapit.

apion ark gasing.

apit 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. = apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu;

~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah dibaca dua kali pd hari tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b) pengiring raja, ajutan; ~ tempang papan yg menutup rangka perahu, badan perahu;

apit-apit perangkap tikus (harimau dll);

berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~ dua bintang yg berdekatan letaknya;

mengapit 1. menyepit, menghimpit, menindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan;

memperapitkan merapatkan, menghimpitkan;

apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengempa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke ... an, pe ... an, dll);

pengapitan perihal mengapit;

pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit.

apit-apit I sj lebah.

apit-apit II = burung ~ sj burung pipit, ciak tanah, laki padi, lancar-lancar, seri lancar, ciak (pipit) padang, Anthus novaeseelandiae malayensis.

apkir IB tidak dapat dipakai, ditolak, ditampik;

mengapkir menolak, menampik;

apkiran barang yg tidak dipakai, tampikan.

aplikasi kegunaan (pd praktiknya);

mengaplikasikan menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pd amalan: mereka mengetahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg baru dimulainya;

pengaplikasian perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu.

aplus I IB bp bergilir (orang berkawal, bertugas, dll);

mengaplus mengganti (pengawal dll).

aplus II IB tepuk tangan (tanda setuju dll).

apnea (apnéa) (Ubat) keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika.

apodia (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan dgn ketiadaan kaki (sebelah atau kedua-duanya sekali).

apogi titik dlm orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada paling jauh dr bumi.

apoi sj tumbuhan (pokok), bedanan jantan, jolok hantu, mempenai bukit, Arthrophyllum ovalifolium.

apokope (apokopé) (Lin) pengguguran bunyi atau huruf, sama ada satu atau lebih di hujung kata.

apolog cerita dongeng yg mengandungi unsur pengajaran, yg wataknya terdiri drpd haiwan atau objek yg beraksi sbg manusia.

apologetik (apologétik) bersifat menyesali sesuatu perbuatan yg telah terlanjur: nada suaranya yg ~ itu mungkin menunjukkan dia telah menyedari kesilapannya itu.

apologia hujah seseorang utk membela atau mempertahankan pendapat atau tindakannya tentang sesuatu perkara.

apologis orang yg mempertahankan sesuatu (pendapat, kepercayaan, tindakan dsb) dgn hujah.

apopleksi (apopléksi) (Ubat) penyakit yg menyebabkan seseorang jatuh pengsan kerana kerosakan pd salah satu pembuluh darahnya di bahagian otak.

aposisi (Lin) kata atau frasa yg menjelaskan kata atau frasa yg mendahuluinya, mis Fadzli dlm frasa kawannya, Fadzli,…atau Bapa Kemerdekaan dlm frasa Tunku Abd Rahman, Bapa Kemerdekaan, ….

apotek (apoték) IB rumah ubat, kedai ubat.

apoteker (apotéker) IB ahli ubat.

apraksia (Ubat) ketidakupayaan mengkoordinasi pergerakan akibat kecederaan otak.

apresiasi (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah;

mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesuatu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dgn lebih bermakna dan berkesan.

APRI akronim bagi Angkatan Perang Republik Indonesia.

aprikot 1. = buah ~ buah sj pokok yg isinya berwarna oren kekuning-kuningan spt buah pic; pokok ~ pokok yg menghasilkan buah aprikot, Prunus armeniaca; 2. warna oren kekuning-kuningan.

April bulan keempat dlm Tahun Masihi yg mengandungi 30 hari.

aprit; aprit-apritan Jk berlari tunggang-langgang; abrit.

apron I kain yg dipakai, biasanya oleh tukang masak, utk menutupi bahagian depan pakaian supaya tidak menjadi kotor.

apron II kawasan berpermukaan keras di terminal yg khusus utk meletakkan pesawat udara dan kegunaan memunggah dan memuatkan barang.

aptitud kemahiran atau kebolehan semula jadi seseorang, bakat: ujian ~.

apum apam.

apung 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang;

berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = terapung-apung;

berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~;

mengapung 1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara;

mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air;

terapung tidak tenggelam;

terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air;

~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung; asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka;

apungan 1. sesuatu yg berapung atau terapung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan drpd kerajaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas;

keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung;

pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar.

apuran Jk longkang (parit) utk membuang air kotor.

apus; buluh ~ sj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera.

aqidah  akidah.

aqiqah  akikah.

Ar simbol kimia bagi argon.

ara 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu,~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera;

bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan.

Arab 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2. bahasa yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-Quran;

mengarabkan menjadikan atau menyebabkan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab: kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu;

kearaban (yg) memperlihatkan ciri (pengaruh dll) Arab: syair dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~.

arabes (arabés) 1. corak hiasan pd catan, ukiran kayu dsb yg bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yg disusun dgn garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat; 2. kedudukan penari balet yg berdiri di atas sebelah kaki sementara kaki yg sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan.

aragonit (Kim) kalsium karbonat semula jadi.

arah 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke;

searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan;

arah-arah Mn serupa, hampir sama;

berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke selatan;

mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup;

mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang;

mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan;

terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan dan perkembangan yg ~;

arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu;

pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial;

pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Perkhidmatan dan Perjawatan;

~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat;

kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.

arai I ukuran isi padu yg bersamaan dgn dua cupak atau 2.27 liter: maka disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan sakar secupak itu habis.

arai II Mn, NS mayang: ~ pinang.

arak I sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak;

pengarakan tempat membuat arak.

arak II; berarak, berarak-arakan 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya;

~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai;

mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang;

arakan, arak-arakan pawai;

perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;

~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran;

pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan.

arakian arkian.

araknid haiwan drpd kelas Arachnida yg mempunyai empat pasang kaki dan mata ringkas, spt labah-labah, kala jengking dan hama.

aral Ar halangan, gendala, rintangan: kalau tidak ada ~, saya akan datang; ~ gendala = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg datang;

mengaralkan menyebabkan ada aral, merintangi, menggendalakan:~ sesuatu maksud.

aram I; mengaram menaruh dendam, mempunyai niat hendak membalas.

aram II; aram-aram, pengaram ark rangka tempat orang berdiri kalau membuat tembok dll: pekerjaan ini dilakukan siang malam, itulah sebabnya ~ berpasang lampu.

aram III; ~-temaram kabur, suram (bulan dll): bulan pun ~-temaram spt belas akan orang yg bercerai.

arang I 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad;

~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk;

~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); membasuhkan ~ yg terconteng di muka prb menghilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya;

mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang;

mengarangkan menjadikan arang;

pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang.

arang II Mn mulut.

arang III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp.

ararut sj tumbuhan (pokok), sagu belanda, ubi garut, ubi karut, Maranta arundinacea.

aras I 1. hingga ke, sampai ke, paras, takat; ~ pinggang setinggi pinggang; 2. muka (air dll): berapa meter padu air mesti dipamkan ke dlm kolam yg panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya ~ air naik satu meter; ~ air muka air; 3. tingkat: naik lif hingga ke ~ lima;

~ bumi kedudukan yg sama aras dgn permukaan bumi; ~ dada (Hut) ketinggian (1.3 meter) yg lazimnya digunakan sbg piawai utk mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup; ~ laut aras purata permukaan laut berbanding dgn permukaan daratan; ~ tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut, altitud;

mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke; ~ awan sampai ke awan.

aras II sl raja dlm bahaya (seruan utk permainan catur).

aras III; ~ kerdan ark sj penganan.

Arasy Ar singgahsana Allah yg tidak dapat diketahui hakikatnya oleh akal manusia dan hanya dapat diyakini kebenarannya.

arau I berbintik-bintik, berbelang-belang;

anjing ~ anjing belang; ~ batu bintik-bintik putih di atas dasar gelap; ~ hujan panas bintik-bintik merah di atas dasar putih.

arau II; mengarau mengaduk, mengacau; karau.

arau III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, lidah-lidah, kayu mapa, mentulang, odopon putih, Austrobuxux spp., Cephalomappa spp., Drypetes spp.

araz; araznya sl aral: kalau-kalau bertemu dgn ~, jadi tiada sampai spt kehendak Duli Yang Dipertuan itu.

arbaa Ar 1. empat; 2. hari Rabu (hari yg keempat dlm seminggu).

arbab Ar sj biola (memakai dua atau tiga tali), rebab.

arbei (arbéi) IB sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Fragaria nesca.

arbitraj usaha membeli barang di suatu tempat utk dijualkan di tempat lain bagi mendapatkan keuntungan; si ~ orang yg melakukan usaha tersebut.

arbitrari 1. tidak berasaskan pertimbangan yg tertentu atau yg teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dsb), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang: pemisahan antara dunia yg bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yg ~ kerana sifat ilmu itu tidak terpisah drpd masyarakat yg mendukungnya; 2. (Lin) berkaitan dgn sifat bahasa yg menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yg semula jadi antara bentuk bahasa dgn entiti sebenar.

arbitrasi timbang tara.

arboreal (arboréal) berkaitan dgn (hidup di, atau tinggal di) pokok: tumbuh-tumbuhan ~; monyet ~.

arboretum (arborétum) kawasan yg ditanami dgn spesies pokok tertentu utk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan, dan penyelidikan.

arborikultur penanaman pokok, terutamanya utk menghasilkan kayu balak.

arca 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyimpan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipandang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasilkan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə